Saturday, October 23, 2010

trip to penang

weekand lepas 15-17.10.2010 jumaat-ahad dak kelas aku buat trip pergi batu ferringhi, penang. nia la 1st and the last trip untuk dak-dak kelas aku computer engineering buat trip macam nie. memandangkan kitorang pon student tahun akhir. lepas nie masing-masing dah LI so susah la nak berjumpa and berkumpula balik semua 1 course. masing-masing pon tinggal jauh-jauh. paling dekat perlis la. paling jauh sarawak.

rancangan nak ke batu ferringhi nie lama dah dirancang nyer. aku yang tak tau apa-apa nie aku join je la. bayaran pon hanya RM50. dapat tempat tinggal pon rumah bungalow yang disewa di batu ferringhi. selesa dan besar rumah nyer. rumah tu nak kata tepi pantai betul tak ada la sangat. sebab kena bejalan kaki sikit baru la nampak pantai. 

kitorang konvoi ramai-ramai sebanyak 5 bijik kereta. 3 kereta sewa 2 kereta sendiri. ada jugak 2 3 orang daripada course lain join. kitorang tak kisah pon. pergi sekdar suka-suka dan seronok-seronok jer. seua yang join seramai 28orang. sampai batu feringghi pon time tu dah maghrib siap-siap keluar makan pulak malam tu. makan dekat tulang corner. lepas makan-makan kitorang lepak gurney plaza. tangkap gambar tengok wayang cite the other guys. macam biasa aku kalo tengok wayang memang wayang yang tengok aku. nak-nak pulak tengok wayang overnight mata pon dah penat dan mengantuk. lepas tengok wayang lepak mamak jap minum-minum lepas tu terus balik ke batu ferringhi. malam tu pulak lepak pantai. pantai dia memang syok la ombak besar. sejuk je lepak pantai.


hari sabtu pulak tenghari jalan-jalan dekat queenbay. makan-makan, minum-minum, window shopping dekat sana. tak ada pe nak buat pon. masing-masing dah borink dah dekat queenbay. jalan-jalan sampai petang. petang tu pulak balik batu ferringhi sebab nak pergi mandi pantai pulak. mandi pantai pon tak lama kejap jer. sebab datang pon dah lewat kol 6.45 p.m baru sampai sampai la ke maghrib dekat pantai. malam pulak ada aktiviti barbieque dengan celebrate birthday kawan-kawan yang lahir bulan 10 & 11. 

hari ahad bertolak balik ke perlis. sebelum balik ke perlis tak direct balik pon. singgah mandi dekat air terjun. mandi dari kol 12.45-2.00 p.m. lepas tu ke destinasi seterus nye ke pacific tu la 1st time aku jejak kan kaki ke pacific penang. selalu pergi pacific alor star jer. memang pacific nye meriah la. sebab banyak dengan booth. dekat pacific pon tak ada buat apa lepak-lepak, makan-makan, window shopping lepas tu balik perlis terus.


yugeraj & aku sebelum sampai ke batu feringghi.

nie di pantai mana aku pon tak tau la nama dia. memang best ombak besar tapi menakutkan.

same place. at pantai batu feringghi.

candid picture. tapi smart

nie la antara dak pempuan kelas aku rev, aku, ct, wani

dak-dak kelas aku yang sporting dak-dak laki nyer.

bawak bola siap dak laki nie. sempat la main 2 3 minit. lepas tu masing-masing dah penat.

aktiviti biasa di tepi pantai tanam orang. magsa aritu shahir.

muka penat mandi dah diorang nie. aku tak mandi tapi main air jer.

aku & thana at queensbay. laki india yang aku rapat. best la kawan ngan ko thana. sporting.

1 comment:

Nine said...

wah syoknya..best tgk pic2..meriah jer :)

Real Time Web Analytics