Friday, April 19, 2013

buang masa

0 comment
Harini sangat la buang masa aku keluar pergi aeon manjung sana. Dah la jauh dengan satu tujuan tu pon tak dapat ditunaikan lagi disebabkan oleh tak cukup duit. Apa cerita disebaliknya jom aku story kat bawah nie.

Tadi petang adik aku, yan ajak pergi aeon manjung nak pergi beli barang la. Aku nie follow je la. Pergi petang tu dalam pukul 5.00p.m gerak dari rumah sebab time tu nak jumpa abang aku, ainal dekat sana lepas dia habis kerja. Kitorang pon sampai la aeon dulu tungggu punye la tunggu dekat pukul 6.00p.m tak sampai-sampai jugak abang aku nie. Sementara menunggu abang aku ni habis kerja pergi la survey barang dulu tanya tokey kedai itu ini. Dah habis survey pon tak datang jugak. Call la abang aku dia kata tunggu dalam sejam. Memang lama la dengan tak tau nak buat apa nye dekat aeon tu. Berpusing-pusing la kitorang dekat aeon tu. 

Dalam pukul 6 lebih abang aku pon sampai la. Pergi balik kedai tadi nak pergi tanya ngan taukey kedai tu harga barang semua. Punye la excited taukey tu demo cara macam mana nak guna explain bagai harga. Siap dah bukak try pasang tengok macam mana nak guna. Lepas tu ada free gift lagi. Dah siap pilih dah pon. Masa tu abang aku kata dia tak cukup duit sebab limit keluar duit RM 1000 je. So dia nak try la draw dekat Maybank lain pergi la sana tunggu punye tunggu sekali dia kata memang tak boleh nak draw. Buang masa giler menunggu nye. Kesian je kat tauket kedai tu. Seb baik la baik taukey kedai tu.  Dah siap tuleh resit semua dah tunggu nak bayar jer. Jadinya esok je la kitorang angkat barang tu. Datang esok je la balik aeon. Seb baik esok perak cuti sempena birthday sultan perak. 

Nie la kisah nye. So terasa buang masa dengan tak jadi beli barang dengan menunggu lama nya. Last kitorang balik rumah je la dengan kekecewaan nye. Hari pon dah maghrib elok la balik rumah. Balik rumah dengan tangan kosong. 

nie la barang yang nak dibeli tadi bukan nak beli tv na

Read More..

Tuesday, April 16, 2013

happy 25th birthday

1 comment
10/4/2013 hari tu sambut birthday abang kembar aku yang ke-25 tahun. Birthday abang aku sebenarnya 11/4/2013 disebabkan abang aku sorang lagi nak balik UTHM, johor makanya disambut awal sehari. Adat la tu ayah aku memang tiap kalai birthday sesapa pon akan celebrated cuma birthday aku aritu tak dapat la nak celebrated sebab masa tu aku ada dekat perlis. 

Sambut simple je. Lagi pon bukan 1 family aku ada. Kakak aku dua orang tu tak dapat nak join la. Yang ada pon aku, adik aku, mak ayah aku, dengan birthday boy la. Haritu pergi celebrated dekat teluk batik sana tak sampai teluk batik sangat la. Makan ikan bakar dekat Marina Cove. 

Sampai dekat Marina Cove pon dah dekat pukul 10 tak silap aku. Masa kitorang tengah makan-makan tu kedai pon nak tutup dah siap-siap kemas basuh pinggan semua. Makan dekat sana dah tak berapa nak best la makan. Mungkin tu yang the last la kitorang pergi makan kat sana. Dah la sikit makanan nyer. Best memang best la tapi sikit kuantiti nya. Rezeki kedai tu la malam tu. Alhamdulillah kenyang pon kenyang. 
 
ABC sepcial. aku tak rasa pon

cake birthday beli untuk diri sendiri ko abang aku

nie la twins brother saya yang diraikan




 
Read More..

Saturday, April 6, 2013

mencampur aduk kan bahasa

0 comment
Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Semalam sebelum aku nak tidur aku belek-belek facebook aku terjumpa dekat news feed facebook aku friend aku share satu status yang sangat menarik yang aku sendiri nak share dekat kawan-kawan semua. Buat aku insaf jugak la lepas aku baca. Aku tabik la dekat tuan empunya artikel tu. Dia menyuarakan ketidakpuashati dia terhadap kita orang Malaysia mencampur aduk kan bahasa melayu dengan bahasa-bahasa kedua seperti bahasa arab, inggeris, mandarin, tamil, etc. Kebiasaan nya bahasa kedua kita pakai bahasa inggeris la kan.

Aku nak share artikel atau pon status yang dia dah buat sangat panjang dan sangat menarik untuk kita baca. Dah baca jangan lupa praktik kan pulak dalam kehidupan seharian korang yer. Hehehehe.

aku menyedari ramai di kalangan kita melayu mula berminat menjadikan anak mereka celik bahasa kedua. tidak kiralah bahasa arab atau bahasa inggeris. mungkin bahasa mandarin. sila isi tempat kosong.

alang2 aku ini pelajar bahasa, sedang dan masih berurusan dengan kareer pendidikan bahasa, izinkan aku perbetul sedikit kesilapan para ibubapa dalam menanam skill bahasa kedua dalam anak2 kita.

bear in mind, though;
SEMUA anak2 kita adalah unik.
satu formula yang mungkin berkesan pada seorang anak;
ia TETAP berkemungkinan tidak memberi impak pada anak yang satu lagi.
kita semua ada otak berbeza. dominasi otak berbeza. kelebihan motor skill berbeza.

maka sila sensitif.
and dont be too hard on your children.

macam bab makan sayur la.
lagi kau paksa dia makan--
lagi dia tak hingin.
sanggup muntah bagai.
padahal umur 16 tahun, reti pula nak makan ulam2. suka pulak tu. tahap tak boleh makan kalau takde sayur.

*pause*
aku la tu.
bwahahaha.

ok serius.

when it comes to language,
you have to WANT it.
it is not something you can force upon.

sebab itulah ada orang duduk 15 tahun di negara orang--
tetap bercakap bahasa mereka sendiri.
sebab tak nak cuba / mula guna.
ada orang baru dua bulan hidup di tempat orang--
bukan main fasihnya.

hendak seribu daya.

ok.
let us talk business.

antara kesilapan paling besar dalam didikan bahasa ibubapa pada anaknya adalah--
mencampur-aduk bahasa.

bahasa rojak tidak salah. tapi HANYA setelah pengguna bahasa sudah fasih dengan kedua bahasa. TIDAK sebelumnya. jika tidak, terjadilah masalah tatabahasa yang payah diperbetul; atau dalam istilah linguistiknya-- "fossilization" yakni sudah jadi fosil. kalau tak tau fosil itu apa, jemput buka buku sains.

fossilization adalah situasi yang paling menyakitkan hati seorang cikgu kerana bila kami para guru memperbetul anak murid-- ia tidak diterima. alasan biasa: "dari kecil saya guna macam tu. semua orang keliling saya menggunakan perkataan / frasa itu. cikgu, takkan semua orang salah? cikgu sahaja nak rasa betul".

oh dem.
contoh paling senang: "congrate".

PERGH. kalau aku jumpa la siapa yang start guna perkataan "congrate" demi menggantikan "congratulations" ini, memang aku lempang pastu cakap "congrate abah mu". dah satu negara guna "congrate". ya. malaysia SAHAJA. buat malu.

begini. justifikasinya, apabila ibubapa sekadar mencampuradukkan bahasa, mereka tidak menitikberatkan grammar yang terselit bersamanya.

begitu biasa kita dengarkan di pasaraya:
"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight-fight tau. macam semalam sampai cry-cry. mummy tak suka"

seems harmless, right?
wrong.

inilah masalahnya.
inilah punca nanti2nya di dalam buku sekolah dan status facebook: "kak ziana zain, saya suka akak la. you are so inspire".

bila kita alihbahasa secara langsung, ibubapa melayu biasanya tidak mementingkan grammar. tidak salah hendak rojak. TAPI pastikan ia betul.

bahasa melayu mengekalkan kata akar dalam setiap situasi. bahasa inggeris tidak. bahasa arab tidak. bahasa russia juga tidak. bahasa hindu juga tidak.

maka andai BENAR2 mahu menggunakan bahasa rojak, PASTIKAN pilihan kosa kata itu tepat dan betul. kita ambil contoh tadi.

"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight-fight tau. macam semalam sampai cry-cry. mummy tak suka"

merojak dengan betul:
"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight. macam semalam, you cried. mummy tak suka"

nampak?

ok. didasarkan dari pengalaman disulam ilmu kami para linguist, izinkan aku cadangkan dua usul yang paling asas untuk diikut. hakikatnya ada terlalu banyak lagi kaedah menerapkan budaya bilingual di kalangan anak2. tapi memandangkan tema utama tulisan ini adalah "membetulkan benda paling basic mak abah melayu yang nak anak2 dia cakap omputih", aku bagi ini sahaja.

1) guna ayat lengkap.
------------------

kalau hendak cakap bahasa inggeris, habiskan seluruh ayat bahasa inggeris. kalau hendak cakap bahasa melayu, habiskan seluruh ayat bahasa melayu.

setiap bahasa punya rhetoric yakni gaya bahasanya. ia ada banyak kena-mengena dengan aspek psikolinguistik dan sociolinguistik. mencampur-adukkan bahasa akan menimbulkan banyak masalah.

tidak susah.
dan tidak ada buruknya.
malah akan lebih kelihatan kemas dan tersusun.

contoh:
"what are you talking about, abang long? tadi mummy dengar abang long marah adik. dont you lie to me now"

sedap, kan?
berbanding:

"apa awak talk ni, abang long? tadi mummy hear abang long angry adik. jangan lie pada mummy sekarang"

benci, kan?
macam kita benci skrip drama datin2 berangan di tv itu.
maka jangan buat.

yang terbaik adalah mak guna satu bahasa, abah guna satu bahasa lain. andai ia dimulakan dari kecil, otak anak2 kita akan terbiasa melakukan language shift tanpa dipaksa. this works wonders.

2) alihbahasa perkataan yang bukan kata kerja.
----------------------------------------

KALAU memang KENA jugak rojakkan bahasa yang kalau tak rojakkan boleh tahap mati ke, rojaklah. TAPI alihbahasa perkataan SELAIN kata kerja yakni verb.

seandainya ibubapa tidak fasih dengan past, present atau future tense, JANGAN gunakan tanpa kepastian. translate everything EXCEPT the verb.

contoh:
"normally, i makan dekat school. tapi sejak last week, i mula makan dekat this one awesome restaurant.".

naaaaahhhh.
nampak permainannya?
lebih nampak terpelajar, bukan?

bandingkan dengan:
"biasanya, saya eat dekat sekolah."
(sorry, cant find a better example. maka terpaksa bagi contoh yang grammatically corrent juga)

masalah yang paling selalu timbul adalah bila ibubapa mengganti makna perkataan2 yang berlainan tense. contoh sudah bagi di atas tadi. boleh rujuk semula.

maka kalau BETUL nak rojakkan, BE SURE you do not sound ridiculous.

3) jangan poyo depan orang SAHAJA.
-------------------------------

ini ditulis dari pengalaman aku di salah sebuah pasaraya di kolumpow.

mak:
(sambil kuat2 suara, mengerling kiri-kanan)
adik, come come.

anak:
(mungkin 6 tahun. mungkin juga 7. umur pandai menjawab. tidak bergerak. pandang ibunya dengan kening berkerut)

mak:
(suara makin tinggi)
why degil? come. come. we go. come.

anak:
(masih tegak)

mak:
(datang. cubit. aku awkward. sebab aku sedang duduk di sebelah anak kecil itu)
kenapa tak listen?

anak:
(kelihatan marah kembali)
apa...? kenapa cakap english?

HAHAHAHAHAHAHAAH.
burn.

:)

menemui ibubapa di mana2,
APA SAHAJA BAHASA--
asalkan cantik, kemas dan betul gunanya--
kool lah dia.

kalau bahasa rojak tapi bunyi macam tahi--
percayalah--
tidak kool mana.

berbanggalah dengan bahasa sendiri.
tapi jangan pula sehingga menghina bahasa orang.
macam satu masa dahulu fakulti aku dicadangkan fakulti lain agar ditutup. atas alasan "bahasa inggeris adalah bahasa syaitan".

pensyarah aku respon dengan senyum dan tenang:
"ketika iblis berbual dengan rasulullah. bahasa apa yang mereka guna?"

badum badum tassssss!!!

bahasa tidak menentukan kita siapa, kasta apa, golongan mana.
maka tolonglah.
rilek2 saja.

selamat jumaat.

p/s: petikan/artikel/status dipetik dari facebook Fynn Jamal
Read More..

Tuesday, April 2, 2013

on my 23rd birthday

0 comment
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas. Aku pon dah mencecah umur 23 tahun. Actually aku mencecah umur 23 tahun pada 13.3.2013. No yang sangat cantik tahun pada aku. Sebab ada no 3 di setiap hari bulan dan tahun dan kebetulan pulak umur aku pada tahun 23 tahun. That why i like number 3. 

Masa birthday aku nie aku berada di perlis. So aku sangat terharu kepada kawan-kawan yang tidak lupa birthday aku. Aku sangat hargai dan sangat terharu dengan jasa baik dan ingatan korang dekat aku. Walaupon seminggu dah berlalu birthday aku tapi ada jugak yang masih bagi aku hadiah dan kek. 

Nie la kenangan yang aku tak akan lupakan sebelum aku menghabiskan diploma. Kenangan nie aku akan ingat sampai bila-bila. 

Last but not least thankx kepada ahli keluarga, kawan-kawan yang wish birthday aku aritu samada wish di facebook, twitter,  melalui phone aku menghargai ucapan dan ingatan korang kepada aku. Jasa baik korang akan aku ingat sampai bila-bila.
 
nie kek masa jam 12.00a.m on my birthday 13.3.2013. kek nie from kkf70



cup cake from my junior nadia azizul. thankx for the cake

 
nie kek dari kawan aku kiemah dan zati walaupon seminggu dah berlalu birthday aku.

waiting for this present from my best friends.

Read More..

Friday, March 29, 2013

Kuala kangsar

0 comment
Cuti pon sudah bermula. Apa je program aku lepas habis diploma nie. Tak ada plan pon just dok rumah je la kot. Setakat nie tak ada apa plan lagi. Semalam aku baru je sampai perak balik dengan kakak aku yang dekat sungai petani. Kebetulan dia pon nak balik perak aku pon follow la sekali. 

Harini plan nye memang nak ke kuala kangsar sebab nak borong labu sayung. Kebetulan pulak abang ipar aku nie tak pernah la sampai ke sana. So sekali jalan la nak bawak round perak. Tak ada la round sangat pon. Tak jauh mana la dari rumah aku tu. 

Before ke kuala kangsar singgah sekejap ke parit. Tempah baju mana yang belum ditempah. Yang tempahnye aku kakak aku dengan mak aku. Kakak aku tempah 6 pasang baju, mak aku pulak tempah 4 pasang baju, aku 2 pasang je tempah tu pon untuk pakai raya dengan konvokesyen nanti. Insyallah. 

Dari parit ke kuala kangsar tu tak ada la jauh mana dalam setengah jam sampai la. Bukan nak ke pekan kuala kangsar pon. Just pergi kampung sayong sebab dekat situ memang banyak la boleh dapat labu sayong. Tapi kena pandai cari tempat la harga murah atau mahal kan. 

Survey dulu tempat baru kita beli jangan terus beli. Kang menyesal tak sudah. Mula pergi 1st tempat agak mahal. Pergi 2nd tempat alhamdulillah dari harga RM55 dia kasi RM35 je weyh. Ko bayang kan betapa murahnya. Dapat la borong tadi. Mak aku beli 2 labu abang ipar aku beli 3 labu. 

Hari pon dah lewat nak dekat maghrib terus memecut balik ke teratak seri al-faizin. Tak ada singgah mana-mana pon.

1st destination survey harga je dulu. lagi pon tak banyak choice kat sini.

Kedai nie tutup la pulak. Sangat banyak labu sayong yang cantik-cantik. Tak ada rezeki dia la.

Masih survey dan cuba menawarkan harga. tapi tidak berjaya jugak. angkat kaki pulang

2nd destination. KT KRAF memang rezeki ko harinie. borong labu sayong disini.

nie kawasan kampung sayong

kakak aku, ofa n mak aku. gambar kenang-kenangan walaupon tidak membeli

Nie la labu sayong yang dibeli nya

Besar tak labu sayong dia.

Mak bekenan ngan labu sayong nie tapi sayang tutup tak boleh bukak. sebab untuk lampu sahaja.

Apa motif nya dia gantung labu syaong nie disini

Tapi sangat comel labu sayong nya

Sedang membungkus labu ssayong untul dibawa pulang.

Read More..
Real Time Web Analytics