Thursday, June 24, 2010

Bulan Rejab

BULAN REJAB KEMBALI LAGI...
Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya

Fadilat Bulan Rejab
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengejarkan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab :
  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab).
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj.
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Doa Bulan Rejab
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalm perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dan kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat megampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

p/s: dipetik daripada buliten panitia pendidikan islam sekolah rendah daerah manjung

No comments:

Real Time Web Analytics