raya ke-6 pulak aku beraya dekat kajang. belah adik badik ayah aku. so kitorang pilih la raya ke-6 untuk baray dekat saya. sebab nak kasi kakak aku lepak lama sikit dekat perak pastu baru la gerak balik kajang. cadang bertolak dari rumah dalam pukul 10 tapi dengan hujan lebat lepas tu nak sambut birthday kakak aku yang dua orang nie so bergerak pon lewat dalam pukul 12. 7.9.2010 aritu birthday akak aku yang 2nd 9.10.2010 pulak time raya tu birthday akak aku yang 1st kitorang pon tak sempat nak sambut so seblaum gerak kajang baca doa sikit sempena birthday diorang baru la gerak pergi kajang. tu yang jadi lewat tu.
destinasi pertama yang kitorang pergi ialah taman maju beraya dekat rumah opah we. rumah opah sedara kitorang. tok we tu adik badik dengan opah kitorang. lepas beraya dekat taman maju baru la gerak pergi kuala selangor dulu. ikut jalan dalam senang sikit sebab nak beraya rumah adik badik mak aku dulu.
dalam pukul 5 petang baru la sampai dekat kuala selangor. singgah rumah ayah yang dulu. nak melawat kakak sedara aku yang tengah pantang. baru nie dia lahir kan anak yang sulung tapi meninggal nye dalam perut masa tu bulan puasa lagi 3.9.2010 meninggal nyer. nak buat macam mana dah ajal kan. tuhan lebih sayangkan anak dia. dekat rumah ayah yang pulak makan agak menarik sebab makan satay. satay nye pulak besar-besar memang puas la kitorang makan.
destinasi seterus nya ke meru rumah pak tam aku (adik mak). sebab rumah terdekat la kita pergi dulu kan. sampai sana masa tu dah maghrib dah pon. so kitorang pon rehat kejap makan, minum semayang maghrib situ baru la ke destinasi seterus nya. rumah pak tam kitorang makan bihun goreng. mak tam aku nie pulak pandai masak cakap je masak apa sure dia boleh buat. so kitorang bagitau nak datang pon last minute so makan apa yang ada je la.
lepas beraya di meru bergerak beraya dekat ruma uda (adik mak) dekat kelang. sampai sana dah malam pukul 9 sampai nya. makan rumah uda makan bihun goreng juga. yang kitorang nie pulak pergi mana-mana rumah pon macam tak makan. asal singgah jer sure makan. sepinggan tu abeh juga la.
lepas ke kelang kitorang gerak terus ke rumah mak su (adik ayah) dekat puchong. time nie dah lewat malam dah sampai nye. dalam pukul 11 lebih sampai rumah mak su. sian la mak su tunggu kitorang. walaupon lewta malam kitorang datang makanan tu tetap ada. siap buat bihun tom yam lagi tu. masa makan lagi. aku pulak makan ketupat palas dengan rendang je la. maklum la perut dah penuh dah time tu. rumah mak su la rumah last haritu kitorang pergi beraya. lepas balik seri kembangan tidur rumah kakak aku dekat sana. esok sambung pulak beraya.
tudung maroon tu kakak aku 1st yang selendang purple kakak aku 2nd.
nie la opah we aku. g beraya dekat taman maju
nie masih lagi di perak teluk intan singgah semayang zohor.
nie pulak makan tengah ari dekat sungai besar.
rumah ayah yang aku dekat kuala selangor
satay dia memang terbaik la aku rasa. sedap pon sedap.
rumah pak tam aku dekat meru. time makan kena makan la yer. time raya je dapat makan banyak-banyak macam nie.
tengok masing-masing pon dah lemau. penat beraya. dekat rumah uda dekat kelang.
walaupon penat berjalan time makan tu mesti makan la. tengok surve makanan tetap banyak. dekat rumah mak su aku dekat puchong.
2 comments:
Taman Maju best..nah duk seminggu kat sana..masa tu ada gerai makan bukak malam2 kat kedai depan tu...
taman maju best? apa yg best nyer. biasa2 je la.
Post a Comment