Sunday, July 24, 2011

jalan alor star - jitra

Weekand aku berada di kedah. hari jumaat pagi balik je dari kelas digit aku terus gerak ke station bus kangar nak pergi shahab perdana. bas dari kangar bertolak jam 11.30 a.m memakan masa 1 jam perjalanan. sampai di shahab perdana jam 12.30 p.m. hampir setengah jam la aku tunggu kawan aku (didie) dari jitra nak amik aku. tapi tak  apa tunggu dengan penuh kesabaran. 

Tepat jam 1.10 p.m kawan aku sampai dekat shahab gerak terus ke star parade. perut dua-dua pon dah lapar aku dari pagi tak makan apa. hanya makan roti gardenia ikan bilis sahaja. itu pon satu. sekadar mengalas perut aku yang lapar je la. sampai star parade pergi makan dekat McDonald. lama tak makan McD lepas rindu makan McD kemarin. aku makan double cheese burger didie pulak makan McChicken. 

Perut dah kenyang solat zohor lepas tu baru sambung berjimba dekat bowling pulak. aku main dengan didie berdua saja la. kemenangan peroleh pada aku. well aku dah kata dekat didie dah dia akan kalah. sampai sakit-sakit la tangan aku main bowling. kitorang main satu game jer.


Lepas main bowling nak try main skating. bukan ice skating pon tapi main roller blade jer. situ penuh dengan orang cina. mana tak nya dah tauke pon cina kan. tapi best la sampai terjauth-jatuh aku main. sakit woo kalau jatuh..

Lepas habis pusing star parade terus ke jitra mall. aku ajak didie pergi karoke lama giler tak karoke. ingat nak singgah tengok wayang tapi ingat nak pergi esok nya. karoke bantai sampai 10 lagu. aku 5 lagu didie 5 lagu. memang syok masing-masing tak nak kalah pulak amikk lagu stok tinggi-tinggi. tapi yang menang didie la suara ko memang power la didie.

Abeh karoke solat asar kejap terus ke tasik d'aman park. walaupon hari hujan renyai nak jugak pergi sana. aku pikir orang tak ramai la rupanya makin hujan makin ramai la orang nya. itu la 1st aku pergi sana. merasa la kayuh boat apa nama pon aku tak tau. serious penat kaki aku mengayuh. sumpah aku tak mau naik dah boat tu. baik berjogging keliling tasik tu lagi best kot.

Balik dari tasik singgah rumah uya dekat kawasan situ je tak jauh. sembang punya sembang makan sampai habis la makanan yang dikeluarkan. sampai la maghrib leps tu baru la keluar pergi makan malam dekat gerai kak pah tomyam memang best la tomyam dia. boleh la singgah makan lagi. habis makan balik rumah didie. aku dengan uya bermalam di rumah didie. siyes didie rumah ko besar giler. boleh aku datang rumah ko lagi pasnie.

Esok pagi bangun seawal 9.00 a.m pergh tak pernah aku bangun seawal nie nak-nak hari sabtu kan. breakfast roti canai dekat taman siswa. habis makan balik hantar uya. ingat kan nak la  hantar uya saja. dah uya ajak didie hantar aku sampai ke perlis. aku okey jer. kesian kat korang la nak hantar aku semata-mata ke perlis. sebelum hantar aku balik singgah dulu jitra mall. again pergi jitra mall main bowling didie masih tak puas hati nak kalah kan aku jugak. tapi kali nie main bowlig dapt lane yang tipu. computer dia bengong kot. yang penting aku menang lagi ye didie.


Habis 1 game bowling terus kan perjalanan ke alor star parade. singgah pacific beli barang keperluan. hari sabtu agak busy masa tu. maklum la time cuti and time lunch hour memang la sibuk. habis beli barang masing-masing pon tak makan lagi diorang ajak makan pizza hut. aku pon dah lama tak pekena pizza hut aku pon on saja. aku apa yang tak on supa on jer.

Kitorang makan pon sampai nak termuntah sebab kenyang sangat-sangat. dah makan sume pon dah gerak balik perlis. aku dok saja dalam kete dengan perut kenyang nye lena la aku apa lagi. sedar-sedar dah sampai perlis. hahahaha. teruk betul la aku nie. sembang apa uya dengan didie dalam kete pon aku tak tau la. sampai perlis jam 6.00 p.m. uya semayang asar jap dekat rumah aku baru gerak balik jitra.


Seronok la keluar dengan korang 2 hari nie. sangat la best. baru keluar bertiga belum ajak keluar berlapan agak nya lagi la meriah kan. weekand aku yang sangat best dan menyeronok kan. thankx uya & didie spend time masa dengan aku and hantar aku balik perlis. to didie thankx 4 present birthday the big spongebob. hahahaha. unexpected present.

ni la tasik d'aman park

pemandangan dari atas boat

makan malam dekat gerai kak pah tomyam

uya dengan aku dekat rumah didie sebelum balik

dekat jitra mall rest and go dulu. masing-masing penat mengurut dulu

chicken wing terbaik di pizza hut

pizza apa aku tak tau

nie pizza hawai kot

ni la spongebob yang aku dapat tu. besar tak.

No comments:

Real Time Web Analytics