Tuesday, December 4, 2012

review AEON seri manjung

Salam kepada semua blogger di luar sana. Aku baru je balik dari AEON seri manjung yang baru je buka harini pada 4/12/2012. Harinie lepas je abang aku, ainal amik aku dari kerja kitorang tak balik rumah terus. Pusing-pusing dulu mnjung, Mula-mula singgah ke dewan badminton MP3 dekat kawasan AEON tu je tak jauh pon. Singgah dewan badminton tu sebab tempat kerja abang aku ada buat aktiviti la main badmiton. Tak ada apa tournament pon main suka-suka jer. Lepas dah singgah tanya ada tak booking semua nya memang ada start tempah dewan tu jam 7.00-9.00p.m.

Sementara menunggu nak ke jam 7.00p.m jalan-jalan AEON dulu  nak tengok apa ada dalam AEON tu memang ramai gila and jalan tetiba jadi sesak sebab orang baru balik kerja kan semua pergi terjah AEON la dulu nak-nak harini opening nya. Kebetulan pulak time gaji memang lagi best la kalau berjalan kan bukan aku yang gaji tapi abanag aku yang baru gaji. hehehehe..

kedai yang sangat teruja aku tengok. macam ada. segala komik, puzzle, lego, keychain and etc

Dah habis pusing AEON ondaway nak balik tu teserempak la pulak dengan kawan aku masa zaman sekolah rendah dulu dia kerja kat situ under AEON. Dapat sembang kejap je sebab orang ramai dia pon busy la nak melayan orang. 

Jam pon nak dekat pukul 7.00p.m terus ke dewan badminton tadi nak pergi main badminton. Court yang ditempah ada lima court semua nya main dekat court yang lain getah. Kat situ tak ramai yang suka main diorang lebih suka mai dekat court simen murah pon murah. Aku ingat kan aku nie tengok je la abang aku main dengan budak office nya sekali aku disuruh main sekali.Tapi best jugak sekali sekala main badminton. Lama dah aku tak bersukan nie. Last aku main badminton dengan member aku kat UniMAP tahun lepas kot. Lama dah. Siap beli raket dengan shuttlecock baru weyh. Lagi semangat la aku nak main semua nya baru kan. Abang aku ada bawak raket dari rumah dah. 

Mula-mula main biasa jer. Sementara tunggu buda office abang aku datang aku dengan abang aku main la dulu. Penat jugak la main sampai tiga game main. Sumpah penat lama dah tak main. kerja pukul bola kutip bola tu je la. hahahaha. Habis main tiga game datang sorang budak office abang aku dia main kejap. lepas tu datang lagi sorang sambung main kitorang pon balik.

tu abang aku yang pakai baju maroon baru je lepas main ngan aku dia main dengan budak office dia pulak
Habis main dalam jam7.40p.m singgah AEON balik solat maghrib singgah makan malam sana. Orang makin ramai datang parking pon parking dekat luar jer. Kalau parking dalam confirm penuh. Hari first nie parking semua free la. Kedai kat dalam toksah cakap la semua nya ada discount. 20-50% tu. Mau tak ramai nya orang datang singgah. 

Penat main confirm perut pon lapar singgah makan dekat Johnny's lepas sembahyang maghrib tadi. Semua food court pon penuh atas bawah. Walaupon AEON dia tak besar mana pening jugak pusing satu AEON tu. Nak pulak orang ramai lagi la pening. AEON nie tak besar mana pon cuma dua tingkat jer. 

berjohnny's aku dengan abang aku malam nie. ingatkan sikit rupanya banyak weyh. alhamdulillah habis jugak



AEON seri manjung telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir




No comments:

Real Time Web Analytics