Saturday, November 29, 2014

teringat zaman SMKA

Teringat aku masa zaman SMKA dulu 11 tahun yang lepas masa tu aku sekolah SMKA Slim River dari tingkat 1-3 jer aku dekat sekolah tu lepastu aku keluar pergi sekolah teknik pulak. Masa zaman SMKA dulu memang best macam-macam aktiviti dan program yang dianjurkan. Seronok je bile ada macam-macam program contohnya nasyid, kem ibadah, berbuka puasa bersama dll.

Apa yang buat aku terkenang dengan zaman sekolah sebab semalam aku ada join majlis berbuka puasa di surau UniMAP. memang ramai yang datang semalam. bukan setakat berbuka puasa je semalam macam-macam pengisian yang ada semalam antaranya soalat jemaah maghrib isyak, berkasidah, berzikir, tazkirah pendek dll. 

Harini pulak ada battle of nasyid dekat dewan terbuka kolej kediaman tan sri aishah ghani (KKG), wang ulu. masa SMKA dulu pon selalu je buat pertandingan nasyid aku sendiri pon pernah join pertandingan nasyid masa sekolah dulu. memang best tengok pertandingan nasyid nie. nak pulak dengan surau dan lagu yang best diorang pulak pandai main gendang sendiri. tu yang buat lagi best tu. tapi tadi macam ada kurang sikit la nasyid nya. ada yang best ada yang biasa-biasa je. tapi terhibur la jugak. kepada yang berjaya ke peringkat akhir esok tahniah yang kurang bernasib baik boleh cuba lain tahun. in sha Allah.


juadah berbuka puasa semalam makan nasi dalam talam. satu talam enam orang. 1st time aku makan nasi dalam talam nie.


soalat berjemaah maghrib dan isyak



masa nie mendengar tazkirah, kasidah dan nasyid.


wakil nasyid daripada kolej kediaman tan sri aishah ghani


ini pon wakil kumpulan dari kolej yang sama kolej kediaman tan sri aishah ghani




wakil daripada utara no voice nama kumpulan nya.

No comments:

Real Time Web Analytics