Saturday, October 17, 2015

Cerita Sabtu

Semalam punya cerita tak kebosanan selalu nya hujung minggu hari Sabtu lepak Bumita duduk rumah tak keluar² sampai la hari Isnin. Sebab Isnin pon tak ada kelas. Bangun tidur harini pikir nak kemana aku harini bersiap mandi semua pikir nk pergi run baju dekat wang ulu. Ajak la kawan temankan syok sikit kalau ada teman. Sebelum tu perut lapar makan tengahari dulu dekat Anjung keli. Perut kenyang gerak terus pergi Wang Ulu masih niat dan tujuan nya nak pergi run baju. 

Sekali master runner whatsapp aku bagitau due date dilanjutkan sampai 30/10 nie. Makanya niat nak run baju tu jadi terbantut sikit la sebab lama lagi due date nya. Dah ada dekat Wang Ulu pikir nak buat apa whatsapp kawan aku tanya rumah dekat mana pergi la rumah dia lepak. Cerita kawan aku nie pulak baru lepas jatuh dari katil yang katil double dacker tu memang tinggi la jatuhnya. Dah la kawan aku nie keding je orang nya. Tak pasal pagi nie belebam tangan dengan kaki nya. 

Sembang punya sembang dengan kawan aku ni dia ajak aku bawak dia pi makan pastu anta pergi klinik. Diorang ni pulak ajak aku nun pi makan Secret Recipe dekat kangar kata dah lama tak makan sedap aku bawak la diorang makan sana. Diorang kata SR ada promotion makan one slices cake dapat free coffee or tea la memang betul pon. Perut dah kenyang apa lagi pikir nak kemana klinik ke hospital terus so pergi terus ke hospital sebab kalau pergi hospital boleh la kawan aku xray tangan dia yang sakit tu. 

Kalau cuti nie masuk bahagian kecemasan je la memang orang ramai tak terkata la. Nasib baik la cepat urusannya kawan aku jumpa doktor dengan xray bagai dalam pukul 8 lebih macam tu la selesai. Nampak kawan aku keluar jumpa doktor terus tanya macam mana tangan dia, dia kata okey je tak ada yang patah terseliuh ke cuma doktor nasihatkan kena pakai anduh seminggu pergi kelas. 

Habis urusan hospital makan pulak dekat Hameed nasi kandar dekat kangar diorang lapar aku dengan kawan aku tak makan pon sebab kenyang makan nasi tadi pon tak habis lagi. Habis makan lepak semua hantar kawan aku balik Wang Ulu. Tak ada la lewat sangat balik semalam dalam pukul9 lebih balik Bumita dah sebelum balik Bumita singgah sebentar Watson dekat C-Mart Arau kawan aku nak beli barang. C-mart pon dah nak tutup sebab kitorang sampai pun dah pukul 9.45 p.m nasib baik la sempat masuk Watson. Selesai semua kitorang pon balik la Bumita.

tu la kawan aku yang teman aku seharian semalam nama nya Lina. Ni gambar kitorng dekat Wang Ulu. Setahun setengah duduk Kolej sini.

Ni pulak kawan aku yang jatuh katil tu kitorang panggil Fia je.

Gambar nie masa kitorang tunggu Fia jumpa doktor yang sebelah kiri sekali tu kawan Fia nama nya Wani.

No comments:

Real Time Web Analytics