Aktiviti harini lepas habis lab tadi balik je kolej pergi amik kereta terus keluar. sebab kawan aku sorang nie, kecik nama nye ajak berjalan-jalan katanya lama tak jenjalan aku pon okey jer. sebelum keluar tu singgah makan kejap lepastu pergi rumah makcik kecik basuh kain semua baru la gerak.
Habis settle semua kerja dalam pukul 3.00p.m jugak la baru gerak dengan cuaca yang tidak menentu kejap hujan kejap panas. Tempat yang nak dituju nye tak la jauh mana pon pergi alor star je pon. kebetulan pulak tengok dekat iklan tv ada tayang raudhah dihatiku bertempat di stadium darul aman, alor star, kedah merupakan destinasi terkahir untuk tahun nie.
Memang kebetulan nak ke alor start amik kesempatan la ke stadium singgah tengok apa ada sana sebab tak penah pon pergi event macam nie. walaupon cuaca hujan orang yang datang tetap ramai parking kereta pon payah nak cari. alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi yang dituju. apa je ada dekat raudhah dihatiku jom tengok gambar bawah nie.
|
sesampai nya di stadium awan pon mendung menandakan hari nak hujan |
|
tetiba ada dua maskot nie. aku curi-curi amik gambar maskot nie |
|
antar booth yang ada booth media prima tak silap aku. yang tu shah raja lawak dan munif. |
|
kitorang tiga je pergi dari kiri aku, kecik, farah |
|
ada booth bananana! land. boleh la bawak anak-anak kecik datang sini memandangkan cuti sekolah. pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. |
|
|
antara artis dan pelakon dalam booth bananana! land yang menghiburkan pengunjung yang datang |
|
ni pulak dekat booth Xpax bersama syawal af berapa aku tak ingat dah |
|
muka seronok kecik dapat sampai sini |
|
inila aku bukan selau boleh dapat sampai event macam nie |
|
kata member aku niepeserta da'i musim kedua. mintak maaf namanye tak tau ada sedikit tazkirah dekat sana. | | | |
|
No comments:
Post a Comment