Showing posts with label UniMAP. Show all posts
Showing posts with label UniMAP. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

Picnic

0 comment
Sabtu lepas aku dengan kawan-kawan aku berkelah dekat tasik darul aman, jitra kedah. Saja la nak buat makan-makan sebab kawan-kawan aku tu semua last sem. Bila lagi nk buat kan. Nanti kalau hujung sem dah sibuk dengan exam lagi final year project lagi. Ni semua idea kawan aku la ida. Dia memang suka buat makan-makan nie semua. Sebab dia la tukang masaknya. Ida masak power kot sedap mati.

Hari jumaat malam tu dh start masak dah. Buat kek, cream puff. Esok nya pulak masak nasi ayam, sandwich, kentang goreng, hotdog dengan air oren sunquick. Masak malam tu sampai tak tidur la. Esok pagi bangun dah pening bangun pulak lewat masa tu pukul 12.00p.m baru bangun. 

Bangun tidur aku siap nak ke arau beli baranh sikit sebab ada tak cukup. Yanh dekat rumah dah mula masak. Plan nya pukul 3.30p.m nak gerak dah tapi bangun dah lewat siap masak pon tak lagi makanya pukul 5.00p.m lebih baru gerak dari bumita. Bawak turun barang semua gerak terus ke jitra. Dalam pukul 6.00p.m sampai tasik. Orang hari tu punya la ramai. Yela sebab hujung minggu nasib baik la ada tempat yg sesuai untuk berkelah. 

Sampai je tasik cari parking setting tempat semua masing-masing dah lapar simpan perut dari pagi. Petang baru dapat makan tu pon dh lewat baru dapat makan. Tapi alhamdulillah la semua plan menjadi. Sebenarnya picnic tu nak meraihkan birthday kadok dengan angah sebab selalu diorang je sambut birthday ida kali ni ida pulak sambut birthday diorang. Sesi bergambar bagai baru la dapat makan dengan tenang. Masing-masing dah kebulur. Dapat makan senyap terus. 

Lepak pon tak lama bergambar pon tak banyak sebab hari dah nak maghrib. So habis je makan terus balik bumita dengan perut kenyang. Alhamdulillah.




Read More..

Tuesday, October 27, 2015

Festival Konvokesyen UUM

0 comment
Semalam pergi jalan festkon UUM, Sintok, Kedah. Kitorang pergi malam pukul 8.00p.m tu dari Bumita. Kalau pergi lewat karang balik lambat pulak so decide lepas maghrib terus ke UUM. First time nie kitorang sampai dekat festival konvokesyen UUM. Sebelum nie dok menapak dekat festkon UniMAP jer. Kali nie berpeluang kesana. Saja la nak tengok macam mana kemeriahannya dekat sana. Memang besar baq ang. Kawasan makan satu tempat kawasan jualan baju, kain, kasut satu kawasan lepastu siap ada funfair lagi tu. Memang meriah kawasan festkon diorang tapi masalah nye tak ramai orang berkunjung macam hambar jer rasa. 

Apa je kitorang buat dekat sana makan, jalan² dekat festa konvo tu cuci mata sikit tengok gelat orang ramai. Paling best sekali kitorang dapat bergambar dengan ironman. Tak tau la ironman tu import darimana. Tapi aku suka tak sia² aku pi festkon UUM malam tadi. Habis je lepak round satu festkon tu balik la ke bumita sebab tak ada apa pon sangat. Nak membeli pon macam tak ada yang menarik so balik je la perut pon dah kenyang makan dah berapa kali makan siap tapau shawama lagi tu. 

Sampai je Bumita lepak dengan budak rumah sembang sekejap. Kawan aku call ajak pergi hospital katanya kawan aku teruk dah nangis bagai. Aku pon on je la kata jom pergi. Aku bersiap pakai tudung semua terus pergi rumah kawan aku tengok kedaan nya macam mana. Memang muka merah la. Dengan tampal salonplus kat kepala. Mula ngadu pening dengan loya kat aku masa kat festkon tadi balik rumah selubung dengan selimut satu badan. Dia senyap je kawan aku yg perasan pastu terus ajak pergi hospital. 

Kalau pergi hospital waktu tengah malam nie kemana je pergi kecemasan terus la. Nama pon kecemasan memang lambat la. Orang beratur panjang dengan ambulan tak berenti keluar masuk. Kitorang sampai pon dah pukul 12.30a.m. Hospital yang terdekat pon nun kat Kangar sana. Kawan aku daftar nama apa semua. Aku tunggu la dekat luar nak duduk dalam orang ramai sejuk pulak tu. Lepak la luar dengan lina macam² la kitorang buat sembang la selfie la study la bagai. Sementara tunggu kawan aku nie masuk jumpa doktor memang lama weyh. Kawan aku masuk jumpa doktor cek darah pulak. Nak kena tunggu lagi keputusan darah. Pukul 3.15a.m baru dapat tau keputusan darahnya. Alhamdulillah nasib baik tak ada apa. Tunggu nak amik ubat lepas balik terus ke Bumita. 

Aku harap dan berdoa agar tikah cepat sembut. Esok pon dia dapat MC dapat la dia rehat. Lupakan la pasal kelas esok. 

nampak tak avenger tu. ironman. Atas tu gmbar lina dgn tirah bawah tu gambar aku dengan tikah. Tikah tu la yang sakit aku hantar pi hospital tu.

yeah akhirnya dapat jugak gambar dengan ironman.

nie penaman aku lina nama nya. sementara tikah tengah check up dengan doctor.


Read More..

Sunday, October 25, 2015

Seharian test

0 comment
Semalam punya cerita ada dua test. Rasa macam dah nak final jer ikutkan gaya study nya. Dengan tak tidurnya pulun la seminggu tu study. Dua test tu subjek real time system (RTS) dengan engineering Management. Dua subjek nie masa pergi kelas memang tak paham apa macam tak tau belajar apa pon. Tau² dah ada midterm. 

Nak test baru pulun study semua benda kena belajar sendiri mengkaji sendiri solution dan calculation nya. Pulun study semalam stay up bagai lepas subuh baru nampak katil baru nak tidur. Siap panggil kawan aku mintak tolong ajar kan mana tak paham. Test pukul 3.00 p.m tu test RTS malam pulak test pukul 8.30 p.m engineering management. Alhamdulillah test pon dah habis tinggal dua test je lagi belum buat. Harap apa aku jawap masa test tadi betul la semua walaupon salah. ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ. 

nie yogesh kawan aku setiap kali test exam aku akan cari dia

Read More..

Minyak tumpah

0 comment
Semalam aku hantar kawan aku pergi station bus changlun dia nak balik johor. Bas dia pukul 9.00p.m. Hari pulak hujan lebat masa dalam perjalanan dah la malam mata ni pon tak berapa nampak. Sebab hujan campur silau. Lepas je kawan aku naik bas aku pergi isi minyak dekat caltex highway nk ke bukit kayu hitam tu. 

Sampai je dekat caltex aku nak pergi bayar duit la dekat counter tiba² ada satu situasi berlaku. Masa nk masuk bayar tu ada sorang brother keluar dari kedai caltex tu dia pandang aku macam penah kenal jer sebab cara dia tu tiba² jer terberenti depan pintu caltex pastu pandang aku, aku pon pandang la dia balik. 

Aku masuk bayar pastu aku keluar brother tu duduk dalam kereta 

Brother : student uum ker?
Aku : tak la unimap
Brother : dok mana?
Aku : dok perak ngape?
Brother : tak ada la saja je tanya tak boleh ker? Nak no phone boleh?
Aku : tak leh orang tak kenal susah la nak bagi no phone. 

Aku pon pergi isi minyak. Tengah aku isi minyak tu aku cerita la balik apa yang terjadi tadi apa yang aku sembang dengan brother tu tadi. Cerita punye cerita sambil isi minyak nie. Minyak dah penuh nozzle tu dah tolak aku pon tekan lagi kot boleh sampai RM40 kan aku pon tekan punya syok dok tengok meter minyak tak tengok langsung dekat tang minyak tu sekali kawan aku tegur. Kak amal tengok minyak tu kang takut melimpah sekali tengok memang melimpah. Ya allah membazir je rasa banyak kot limpah nya. Kawan aku pon tolong la jirus dengan air. Nasib baik la hujan boleh cuci minyak tumpah tu.

Habis isi minyak aku nak amik duit baki dekat dalam brother tadi tu ada lagi dekat situ tak tau la dia tunggu apa. Lepas aku keluar dia sibuk lagi dok mintak no phone aku. Aku mula² macam nak bagi tapi tak jadi la aku takut. Entah siapa brother tu walaupon aku tau dia polis sebab dia naik kereta polis. Tu sebab aku tau dia polis. Pastu dia pon blah aku pon blah. Sepanjang pejalanan tu memang berbau la minyak. Pening la kepala kitorang bau minyak. 


Read More..

Friday, October 23, 2015

Kelas batal

0 comment
Yeah bangun tidur semalam bukak whatsapp lecturer bagitau semua aktiviti di UniMAP dibatalkan oleh sebab jerebu yang sangat teruk. Semalam pon ada satu lab jer kelas satu lagi batal sebab lecturer ke singapore ada meeting. Memang jerebu teruk sampai kolej dekat dalam kampus pon tak nampak di sebab kan jerebu yang sangat tebal.

Walaupon kelas batal tapi aku keluar jugak sebab kawan aku mintak tolong hantar dia balik kangar. Aku pon bersiap ajak kawan aku temankan kebetulan dia nak pergi beli tiket aku ajak la sekali. Senang sekali jalan jer. 

Lepas hantar kawan aku singgah makan bihun sup dulu belakang the store lepas tu baru pergi beli tiket dekat station bus kangar. Lepas beli tiker singgah secret recepi kawan aku kirim ngidam katanya. Settle semua baru la balik bumita. 

nampak tu whatsapp mengatakan kelas batal

API dekat perlis semalam


Read More..

Wednesday, October 21, 2015

Jerebu

0 comment
Haritu baru je reda sikit jerebu sebab hujan tak berenti. Sekarang nie kecoh balik pasal jerebu. Bukan jerebu biasa² tau. Sekarang lagi teruk dari sebelum nie. Tak caya korang cek dekat API Malaysia. Aku baru je cek malam tadi API dekat perlis dah mencecah 191. Nampak tak udara sekarang tak sihat. Alhamdulillah kedaan aku okey lagi setakat nie. 

Bukan takt dekat perlis je teruk aku tengok dekat API Malaysia satu Malaysia nie jerebu teruk sampai sekolah dah 3 hari tutup la sebab jerebu punya pasal. Tengah tunggu berita dari pihak Universiti je bila akan dapat cuti nie. 

ni gambar aku tangkap pagi tadi kawasan kolej aku dekat pauh putra, perlis

API Malaysia aku cek pakai apps MY Air Index

kawan aku share mengatakan sekolah masih ditutup


Read More..

Monday, October 19, 2015

1 Malaysia

0 comment
Cina, India, Melayu siapa pon kita tetap 1Malaysia. Tu la status yang aku tulis dekat facebook semalam. Tapi aku delete dah kang timbul kontroversi pulak aku malas la cari gaduh dengan sesiapa. Be professional. Cewah.

Asal aku buat status macamtu sebab berkaitan yang entry aku buat sebelum nie la. Aku tak tau pulak dia dengan kaum lain tak boleh bergabung. Dia macam alahan dengan bangsa lain kalau dok satu rumah sebab macam eiiwww menggeli kan kot.

Pada pendapat aku tak semua orang berbangsa lain macam tu. Kawan² aku kot semua okey jer tak ada yang menjijik kan pon perangai. ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ. Berbalik pada status aku tadi tu dia kata kena la jaga sensitivity orang lain sama camtu la dia komen kat status aku. Iolls okey jer. Cerita dekat facebook habis dekat facebook. Andai kata ko terbaca blog aku nie habis kat sini je la. Kita 0-0 mintak amoun dan maap. Satu je aku nk cakap manusia tak pernah lari dari buat kesilapan. 
Read More..

19/10/2015 (Isnin)

0 comment
7.00 a.m
Aku terjaga dari tidur lepastu aku tak boleh nak tidur balik asyik terjaga² jer. Sampai la kawan aku bangun yang semalam tumpang tidur rumah aku tu. Dia siap mandi nak pergi kelas dah pukul 8.00 a.m kelas nya. Aku pon cuba untuk tidur balik sebab kelas aku pukul 10.00 a.m pulak. ikutkan Isnin aku tak ada kelas disebabkan kelas RTS hari Selasa batal makanya ganti hari Isnin. Siap ada quiz lagi tu tau.

9.10 a.m
Aku terjaga balik dari tidur boleh jugak tidur balik tadi tapi mata nie berat betul nak terjaga. Baring bergolek pukul 9.30 a.m jugak la bangun. Berebut toilet bangun la lambat sikit sebab masing² kelas pukul 10.00 a.m. Aku kalau mandi paling lambat pon aku tetap siap paling awak dan aku akan jadi penunggu yang setia la dalam rumah tu. Aku dah siap mandi siap pakai baju siap beg semua kawan aku yang mandi awal bangun awal tadi tak keluar² bilik lagi. Jam nie dah 9.45 a.m dah. Aku tunggu kat luar pon diorang masih tak keluar lagi. 

10.00 a.m 
Baru la dapat pergi kelas. Disebab kan tunggu lift punya lama. Dok Bumita harap je ada dua lift tapi yang elok satu jer la. Tak pernah la dapat lift elok dua² dalam satu masa. Kalau elok pon sekejap jer. Sampai kelas nasib baik la kelas tak mula lagi quiz pon tak mula lagi so aku tak terlambat la maknanya. 

12.00 p.m
Kelas habis. Cadang lepas kelas nak lepak la library. Sekali plan aku bertukar sebab kawan aku motor dia masalah pulak tak boleh start. Sebab dah seminggu dah tak start nak pulak akhir² nie kat perlis nie hujan panas hujan panas tu yang mungkin sebab motor tak boleh start tu. Balik Bumita try la start balik motor tak berjaya jugak konon nak mintak tolong guard sekali guard pon tak boleh pakai la. Kitorang pon amik keputusan pergi panggil foreman dia je boleh selesai kan masalah nie. 

12.30 p.m
Sebelum nak ke bengkel makan tengahari dulu dekat chemat masing² perut dah lapar dah. Yang kawan aku ni tak ada mood nak makan paksa la jugak makan sekali. Dekat chemat tu kawan laki aku tanya kenapa motor cakap la tak boleh start dia kata boleh la dia tengok kan lepas makan. Boleh la dia tau sikit pasal motor nie. Habis makan try tengok balik motor hari pulak hujan renyai tolak motor bawah bumbung. Kawan laki aku tadi tolong tengok plug dia kot la masalah tu tapi tak berjaya nak buka. 

1.00 p.m 
Kitorang pon kata tak apa la pergi panggil foreman jer la senang. Bengkel motor tedekat pekan pauh je la. Terus shoot kesana. Sampai sana bagitau foreman motor tak boleh start dia kata okey nanti petang sikit dia datang sebab dekat bengkel dia busy banyak motor yang kena settle kan dulu baru la boleh datang bumita. Settle kat bengkel balik, balik bumita. Sementara tunggu foreman tu sampai apa lagi tidur seround dulu. 

5.15 p.m
Aku terjaga dari tidur pergi rumah kawan aku sekali kawan aku pon tengah tidur lagi la. Bangun je aku tanya tak ada ke orang bengkel tu call ke apa. Aku pon suruh call la bengkel tu takut dia lupa ke kan. Call je dia kata dalam 10minit dia sampai la. Aku pon bersiap nak teman kawan aku pergi betul kan motor dia. Tunggu sekejap orang bengkel tu pon sampai check motor apa masalah memang plug dengan kabarator masuk air. Try start motor dah okey dah sekarang. Kena la dalam RM20 tadi. Elok je betulkan motor hujan pon turun nasib baik la dah settle semua nya.
Read More..

Sunday, October 18, 2015

serba salah

0 comment
Memang aku rasa salah aku tapi aku pikirkan kawan lama aku sebab banyak tolong aku. Habis tak akan aku kata tak boleh kot. Okey korang ada kawan india whatsapp korang bagitau nak datang tidur rumah korang satu malam jer. Kalau korang bagi ke tak? Okey ke tak? Selesa ke tak? Kalau korang tanya aku, aku okey je sebab aku setahun setengah satu rumah dengan india cina nie. Tak ada hal pon. Lagi teruk diorang nie bukan nya pembersih sangat pon aku redho je sebab aku nie bukan jenis banyak bunyi dan cerewet sangat pon sebab kita nie duduk menumpang jugak hidup berjiran. Susah la kalau nak ikut rentak kita. Kalau rasa tak boleh duduk berkongsi duduk dalam gua senang. 

Panjang pulak aku bebel kan. Sebab nya kawan india aku tu tumpang tidur malam nie je rumah aku esok pagi pukul 8.00a.m dia ada kelas lepas kelas terus balik. So tak ada la lama sangat pon dalam rumah tu sebab tadi dia datang pon dah malam. Masa dekat rumah aku tadi pon dia duduk dalam bilik aku jer tak ada pon lepak luar buat bising kaco kawan aku ker. Dia baik punye orang la aku kenal la weyh. 

Apa yang aku rasa serba salah sangat sebab kawan aku dah tidur aku pon pergi lepak rumah kawan aku saja la kan sembang apa semua masuk pulak whatsapp panjang berjelar karangan nya. Whatsapp tu kata gitu gini. Aku tak tau la pulak korang ada masalah kongsi toilet dengan non muslim ke saja alasan korang tu. Aku pon tengah dok makan maggie berenti makan kejap sbb sentap punya pasal terus tak ada mood. Aku pon tanya budak bilik aku pasal kawan india aku tu dia okey ke dengan kawan aku tu? dia okey je. Whatsapp sembang la dengan budak bilik aku tu dia bagi nasihat dan cadangan so aku dengar and terima je la mungkin salah aku sebab tak bagi tau diorang dulu yang kawan aku nak tumpang tidur. 

Masalah sekarang nie pulak lepas nie dia tak boleh la tumpang tidur rumah aku dah. Dah keadaan macam nie dan serba salah pada aku sebab dua pihak aku nak kena jaga hati. Budak rumah aku nak jaga hati kawan aku tu pon aku kena jaga hati dia. Macam mana nie aku nak cakap dengan kawan aku nanti sebab hari rabu nie dia nak tumpang tidur lagi aku pon kata boleh je sebab benda nya aku tak tau lagi. Tak apa la mal benda dah jadi pandai buat pandai la tanggung. Sabar dan tabah la wahai hati.

Read More..

Saturday, October 17, 2015

Cerita Sabtu

0 comment
Semalam punya cerita tak kebosanan selalu nya hujung minggu hari Sabtu lepak Bumita duduk rumah tak keluar² sampai la hari Isnin. Sebab Isnin pon tak ada kelas. Bangun tidur harini pikir nak kemana aku harini bersiap mandi semua pikir nk pergi run baju dekat wang ulu. Ajak la kawan temankan syok sikit kalau ada teman. Sebelum tu perut lapar makan tengahari dulu dekat Anjung keli. Perut kenyang gerak terus pergi Wang Ulu masih niat dan tujuan nya nak pergi run baju. 

Sekali master runner whatsapp aku bagitau due date dilanjutkan sampai 30/10 nie. Makanya niat nak run baju tu jadi terbantut sikit la sebab lama lagi due date nya. Dah ada dekat Wang Ulu pikir nak buat apa whatsapp kawan aku tanya rumah dekat mana pergi la rumah dia lepak. Cerita kawan aku nie pulak baru lepas jatuh dari katil yang katil double dacker tu memang tinggi la jatuhnya. Dah la kawan aku nie keding je orang nya. Tak pasal pagi nie belebam tangan dengan kaki nya. 

Sembang punya sembang dengan kawan aku ni dia ajak aku bawak dia pi makan pastu anta pergi klinik. Diorang ni pulak ajak aku nun pi makan Secret Recipe dekat kangar kata dah lama tak makan sedap aku bawak la diorang makan sana. Diorang kata SR ada promotion makan one slices cake dapat free coffee or tea la memang betul pon. Perut dah kenyang apa lagi pikir nak kemana klinik ke hospital terus so pergi terus ke hospital sebab kalau pergi hospital boleh la kawan aku xray tangan dia yang sakit tu. 

Kalau cuti nie masuk bahagian kecemasan je la memang orang ramai tak terkata la. Nasib baik la cepat urusannya kawan aku jumpa doktor dengan xray bagai dalam pukul 8 lebih macam tu la selesai. Nampak kawan aku keluar jumpa doktor terus tanya macam mana tangan dia, dia kata okey je tak ada yang patah terseliuh ke cuma doktor nasihatkan kena pakai anduh seminggu pergi kelas. 

Habis urusan hospital makan pulak dekat Hameed nasi kandar dekat kangar diorang lapar aku dengan kawan aku tak makan pon sebab kenyang makan nasi tadi pon tak habis lagi. Habis makan lepak semua hantar kawan aku balik Wang Ulu. Tak ada la lewat sangat balik semalam dalam pukul9 lebih balik Bumita dah sebelum balik Bumita singgah sebentar Watson dekat C-Mart Arau kawan aku nak beli barang. C-mart pon dah nak tutup sebab kitorang sampai pun dah pukul 9.45 p.m nasib baik la sempat masuk Watson. Selesai semua kitorang pon balik la Bumita.

tu la kawan aku yang teman aku seharian semalam nama nya Lina. Ni gambar kitorng dekat Wang Ulu. Setahun setengah duduk Kolej sini.

Ni pulak kawan aku yang jatuh katil tu kitorang panggil Fia je.

Gambar nie masa kitorang tunggu Fia jumpa doktor yang sebelah kiri sekali tu kawan Fia nama nya Wani.

Read More..

Wednesday, October 14, 2015

Sem 1 tahun 4 sesi 2015/2016

0 comment
Fuhhhh sem paling mencabar aku rasa sem nie. Walaupon subjek berkurang jam kredit sikit tapi aku rasa macam amik 8 subjek satu sem. Betul kawan-kawan cakap tahun akhir nya memang mencabar dan susah. Aku dah rasa kesusahan nya. Ya ALLAH ya tuhan ku kau permudahkan la urusan aku sepanjang aku berada di UniMAP dan moga dipermudahkan urusan aku untuk menamatkan pengajian aku yang tak berapa lama lagi akan habis. Amin ya rabbalalamin.

macam gambar dekat atas nie apa kesudahannya??

Read More..

Saturday, April 11, 2015

Kelajuan internet

0 comment
Seronok kan bile dok dekat tempat yang kelajuan internet nya tiada batasan. Fuhhhh. Aku la orang paling seronok dan gembira masa tu bukan aku je rasa macam tu korang pon rasa benda yang sama apa yg aku rasakan. Kenapa aku bangkitkan isu macam ni sebab aku nie masih bergelar seorang pelajar masalah inernet dengan pelajar tak dapat dipisahkan. Tapi bila cuti mid sem / cuti sem masa tu syurga internet laju nye masyaallah tak terkata tapi kadang ada masalah jugak. 

Bile internet dah laju depan mata macam-macam benda la rasa nak buat download movie la, online movie la, streaming tv la, download lagu la, cari assignment la, download nota dan lain-lain. Kan seronok kalau setiap univesiti atau di setiap kolej kediaman menyediakan kemudahan seperti ini untuk memudahkan pelajar melayari internet. Macam aku sebagai seorang blogger nak dapat update blog pon payah. Tunggu ada mood dan ada internet yang laju macam sekarang. Sebab sekarang aku berada dirumahku syurgaku. 

Kalau nak dapatkan internet kat Uni aku memang payah ko kena rajin gigih kena pergi perpustakaan atau mencari mana-mana tempat yang menggunakan Wifi atau internet yang laju dan boleh dikatakan untuk korang senang buat kerja yang menggunakan internet. Memandangkan aku dah lama tak update blog aku nie banyak benda sebenarnya aku nak cerita. Tapi aku ringkaskan jela dalam entry yang nie. Jom tengok aktiviti aku sepanjang tahun nie. 

nie masa aku cuti sem lepas seingat aku masa 14/2/2015 aku dipanggil untuk sesi photoshoot ephyra aku pergi la join kebetulan haritu tu jugak ada perlawanan bowling dengan keluarga haji moktar.

lepas habis tournement. buat tournement nie dekat metro in kajang. malam tu pulak ada makan-makan nasi arab kambing golek dekat rumah pakcik aku.
nie tak silap aku masa 7/3/2015 sukan antara ppk. nie gambar pasukan bola tampar perempuan dari ppkkp.

habis je sukan kita pergi berjimba ke jitra kedah tak jauh pon dari perlis setgh jam perjalan je. lepak makan sama hari pon nk senja singgah sekejap dekat tasik darul aman naik itik lepastu balik.

yang nie pulak reunion kecik dengan bekas diploma dulu nie je yang tinggal yang masih belum habis dan bakal habis dan tgh sambung belajar. masa nie 12/3/2015 kitorang lepak makan sembang dekat kfc arau jer.

then hari kelahiran ku 13/32015 kepada kawan-kawn terima kasih untuk kek birthday dan celebration nie. sangat menghargai jasa korang. love u all.

Read More..

Friday, January 2, 2015

BBQ RK20

0 comment
Inilah buat kali pertama nye sepanjang degree aku berbbq dengan semua budak kelas aku kelas RK20-computer engineering. Sebelum nie ada jugak diorang ajak steamboat, bbq semua tapi tak penah nak join sebab pikir tak sekepala dan segan la dengan diorang nie. Hahahahaha.

BBQ nie haritu buat masa study week 22/12/2014 buat dekat bukit ayer. Walaupon masa tu cuaca agak tidak menentu hujan lebat pagi tu alhamdulillah dapat jugak meneruskan bbq. apa je aktiviti kitorang buat makan, mandi, bergambar tu je la. Saja je buat bbq nie nak mengerat silaturahim. Buat bbq nie pon kumpul duiat sorang RM5.00. Macam-macam jugak la makan haritu:-
  1. ayam bakar
  2. sosej bakar
  3. ikan bakar
  4. sotong bakar
  5. jagung bakar
  6. bihun goreng
  7. nasi goreng
Haritu pon makanan banyak la jugak lebih tapi tak ada la berlebih sampai membazir. Cuaca masa bbq pon elok tak hujan tak panas. Tapi masa nak balik sebelah petang tu hujan renyai. Okey la ada pengalaman berbbq dengan diorang. 






 



Read More..

The best video & poster

0 comment
Apa yang "the best video & poster" nie?? sem nie aku ada amik subjek thinking skills a.k.a kemahiran berfikir. Aku kena buat satu assignment iaitu satu poster dan satu video yang berkaitan dengan kemahiran berfikir. So satu kumpulan kena ada 10-15 orang. Tapi dalam kumpulan ada hanya ada 9 orang jer. Alhamdulillah ahli tak ramai sangat pon kerja tetap jalan dan dapat disiapkan. Kitorang decide satu tajuk tentang Animal abuse a.k.a penderaan haiwan.

Kenapa kitorang pilih tajuk nie tak tau la sebab penderaan haiwan nie terlalu berleluasa dia seluruh pelusuk dunia keran penderaan haiwan nie tak ada undang-undang atau tindakan yang diambil. Okey berbalik pada tajuk entry. Assignment membuat poster dan video nie diberi tempoh selama 10 minggu untuk disiapkan. Poster tu memang sepenuhnye aku yang reka dan aku yang buat. Video pulak satu kumpulan yang buat. Dalam video tu kitorang kena buat satu persembahan tak kisah la cara macam mana kita nak sampaikan tentang tajuk assignment yang kita pilih. Kitorang memilih untuk belakon dan interview orang. 

10 minggu dah berlalu dah submit assignment. Lecturer bagitau kumpulan mana yang the best poster & video akan dapat award. Tak sangka la pulak video kitorang antara yang terbaik sebab terpilih lecturer kata kitorang kreatif sebab belakon. Poster tu pulak ikutkan kitorang pon dapat award jugak tapi lecturer kata pilih salah satu sahaja samada video atau poster. Kitorang pon okey jer.

Terima kasih dan tahniah kepada kawan-kawan kerana telah bekerjasama menyiapkan assignment ni. Walaupon buat video dalam satu hari dalam keadaan hujan kena tebal muka temuramah orang tapi berbaloi usaha kita. Good Job! Aku dapat share gambar je video tak lepas nak upload nanti dapat upload aku bagitau korang.


aku tunjuk kan hasil tangan aku mengedit poster. original idea daripada aku sendiri.

ni la kumpulan aku tak cukup forum haritu. semua sekali ada 9 orang. yang tengah pakai selendang hitam tu la lecturer kitorang puan syamimi sangat sporting dan baik sangat.

amik gambar dulu dengan poster. tu la hadiah yang kitorang dapat.

 
Read More..

Saturday, November 29, 2014

Raudhah dihatiku

0 comment
Aktiviti harini lepas habis lab tadi balik je kolej pergi amik kereta terus keluar. sebab kawan aku sorang nie, kecik nama nye ajak berjalan-jalan katanya lama tak jenjalan aku pon okey jer. sebelum keluar tu singgah makan kejap lepastu pergi rumah makcik kecik basuh kain semua baru la gerak.

Habis settle semua kerja dalam pukul 3.00p.m jugak la baru gerak dengan cuaca yang tidak menentu kejap hujan kejap panas. Tempat yang nak dituju nye tak la jauh mana pon pergi alor star je pon. kebetulan pulak tengok dekat iklan tv ada tayang raudhah dihatiku bertempat di stadium darul aman, alor star, kedah merupakan destinasi terkahir untuk tahun nie. 

Memang kebetulan nak ke alor start amik kesempatan la ke stadium singgah tengok apa ada sana sebab tak penah pon pergi event macam nie. walaupon cuaca hujan orang yang datang tetap ramai parking kereta pon payah nak cari. alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi yang dituju. apa je ada dekat raudhah dihatiku jom tengok gambar bawah nie.


sesampai nya di stadium awan pon mendung menandakan hari nak hujan

tetiba ada dua maskot nie. aku curi-curi amik gambar maskot nie


antar booth yang ada booth media prima tak silap aku. yang tu shah raja lawak dan munif.

kitorang tiga je pergi dari kiri aku, kecik, farah

ada booth bananana! land. boleh la bawak anak-anak kecik datang sini memandangkan cuti sekolah. pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.


antara artis dan pelakon dalam booth bananana! land yang menghiburkan pengunjung yang datang

ni pulak dekat booth Xpax bersama syawal af berapa aku tak ingat dah

 
muka seronok kecik dapat sampai sini

inila aku bukan selau boleh dapat sampai event macam nie


kata member aku niepeserta da'i musim kedua. mintak maaf namanye tak tau ada sedikit tazkirah dekat sana. 





Read More..

teringat zaman SMKA

0 comment
Teringat aku masa zaman SMKA dulu 11 tahun yang lepas masa tu aku sekolah SMKA Slim River dari tingkat 1-3 jer aku dekat sekolah tu lepastu aku keluar pergi sekolah teknik pulak. Masa zaman SMKA dulu memang best macam-macam aktiviti dan program yang dianjurkan. Seronok je bile ada macam-macam program contohnya nasyid, kem ibadah, berbuka puasa bersama dll.

Apa yang buat aku terkenang dengan zaman sekolah sebab semalam aku ada join majlis berbuka puasa di surau UniMAP. memang ramai yang datang semalam. bukan setakat berbuka puasa je semalam macam-macam pengisian yang ada semalam antaranya soalat jemaah maghrib isyak, berkasidah, berzikir, tazkirah pendek dll. 

Harini pulak ada battle of nasyid dekat dewan terbuka kolej kediaman tan sri aishah ghani (KKG), wang ulu. masa SMKA dulu pon selalu je buat pertandingan nasyid aku sendiri pon pernah join pertandingan nasyid masa sekolah dulu. memang best tengok pertandingan nasyid nie. nak pulak dengan surau dan lagu yang best diorang pulak pandai main gendang sendiri. tu yang buat lagi best tu. tapi tadi macam ada kurang sikit la nasyid nya. ada yang best ada yang biasa-biasa je. tapi terhibur la jugak. kepada yang berjaya ke peringkat akhir esok tahniah yang kurang bernasib baik boleh cuba lain tahun. in sha Allah.


juadah berbuka puasa semalam makan nasi dalam talam. satu talam enam orang. 1st time aku makan nasi dalam talam nie.


soalat berjemaah maghrib dan isyak



masa nie mendengar tazkirah, kasidah dan nasyid.


wakil nasyid daripada kolej kediaman tan sri aishah ghani


ini pon wakil kumpulan dari kolej yang sama kolej kediaman tan sri aishah ghani




wakil daripada utara no voice nama kumpulan nya.
Read More..

Saturday, September 14, 2013

serabut

0 comment
Walaupon sudah ditawarkan ke UniMAP tapi dalam kegembiraan pasti ada duga. Mungkin Allah tengah menguji aku. Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnye. Hanya Allah saja yang tau apa yang aku tengah alami sekarang nie. Semoga Allah permudahkan segala urusan pendaftaran aku pada 17 September 2013. Moga aku akan terus tabah untuk menempuh hari-hari akan datang. Insyallah. 

macam mana serabut nya aku nak selesaikan benda ni semua macam tu la serabutnye kepala otak aku nie.

Read More..

Friday, September 13, 2013

Syukur Alhmdulillah

0 comment
Alhmdulillah syukur tak tehingga ke hadrah Allah S.W.T kerana lagi sekali bagi aku peluang untuk meneruskan pengajian aku dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Komputer) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Terima kasih kepada mak ayah, adik beradik, kawan-kawan yang tak putus-putus mendoakan untuk aku agar aku mendapat tempat di UniMAP.

Akhirnya segala doa aku dan apa yang aku hajati selama ini telah pon termakbulkan dan Allah telah pon tunaikan. Tak terkata aku dibuat. Segala persoalan dan tanda tanya yang korang nak tau selama ni telah pon terjawap aku berjaya menyabung pegajian aku. Jumpa korang nanti pada 17 September 2013 pada hari selasa. 

Tepat jam 12.00p.m tadi aku check result rayuan aku alhamdulillah aku berjaya mendapat tawaran ke UniMAP sekali lagi walaupun pengambilan kedua. Aku tetap bersyukur. Diharap peluang yang diberikan kepada aku kali ni dapat aku manfaatkan dengan sebaik nya nanti. Insyallah. Amin. Dan tidak lupa jga kepada kawan-kawan yang dapat tawaran sama macam aku, aku ucapkan jutaan tahniah. Jumpa korang di UniMAP nanti.

semakan dibuat pada 13 september 2013 jam 12.00p.m

ini la keputusan nya.

Read More..

Wednesday, September 11, 2013

Aura konvokesyen

0 comment
Perasaan aku nak sambung degree dah 50-50 je aku rasa. Entah sebab malas nak pikir dah kot. Orang asyok dok tanya benda yang sama je kat aku seperti :- 
1. bile rayuan akan keluar.
2. dah buat rayuan ker? 
3. dapat sambung UniMAP ke dak? 
4. Bile nak mai UniMAP?
Soalan nie la aku ditanya nak dikatakan hari-hari la jugak. Kalau korang nak tau bile result rayuan akan keluar pada 13 September 2013 pada hari Jumaat nie. Dan mula mendaftar bagi pengambilan kedua pada 17 September 2013 pada hari Selasa. Kalau aku ada dekat UniMAP 17 Sept tu makna nya ada rezeki aku la sambung UniMAP. Kalau aku datang lebih awal tu maknanya aku mai untuk konvo je la tu. Tapi doakan la jugak untuk aku dapat sambung sana. Amin..

Apa yang aku tengah terujakan sekarang kan nie menunggu hari konvokesyen aku je 22 September 2013 pada hari Ahad jam 2.30p.m sidang ke-4. Kepada kawan-kawan yang ada masa terluang tu mai la konvo aku na bawak la sejambak bunga ke, sekuntum bunga ke, bebear apa yang patut. Wah macam-macam la pulak demand nyer. Hehehehe. 

Mana aku tak excited nya sebab surat jemputan ke istiadat konvokesyen kali ke-8 UniMAP dah pon sampai rumah weyh. Mau tak excited aku. Dengan tempahan bingkai gambar sampai lagi. Semua benda aku dah selesaikan. Daripada yuran konvo sampai la tempahan bingkai gambar. Bak kata orang konvo sekali seumur hidup walaupon 'bercinta' nak habiskan belajar. Hehehehe. 

surat nie sampai hari isnin baru nie kalau tak silap aku

kasi zoom lagi dekat.

yang nie paling latest dapat harini, harini jugak kena settle kan sebab due tempahan before 13 september.

Read More..
Real Time Web Analytics