Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

Sunday, October 18, 2015

serba salah

0 comment
Memang aku rasa salah aku tapi aku pikirkan kawan lama aku sebab banyak tolong aku. Habis tak akan aku kata tak boleh kot. Okey korang ada kawan india whatsapp korang bagitau nak datang tidur rumah korang satu malam jer. Kalau korang bagi ke tak? Okey ke tak? Selesa ke tak? Kalau korang tanya aku, aku okey je sebab aku setahun setengah satu rumah dengan india cina nie. Tak ada hal pon. Lagi teruk diorang nie bukan nya pembersih sangat pon aku redho je sebab aku nie bukan jenis banyak bunyi dan cerewet sangat pon sebab kita nie duduk menumpang jugak hidup berjiran. Susah la kalau nak ikut rentak kita. Kalau rasa tak boleh duduk berkongsi duduk dalam gua senang. 

Panjang pulak aku bebel kan. Sebab nya kawan india aku tu tumpang tidur malam nie je rumah aku esok pagi pukul 8.00a.m dia ada kelas lepas kelas terus balik. So tak ada la lama sangat pon dalam rumah tu sebab tadi dia datang pon dah malam. Masa dekat rumah aku tadi pon dia duduk dalam bilik aku jer tak ada pon lepak luar buat bising kaco kawan aku ker. Dia baik punye orang la aku kenal la weyh. 

Apa yang aku rasa serba salah sangat sebab kawan aku dah tidur aku pon pergi lepak rumah kawan aku saja la kan sembang apa semua masuk pulak whatsapp panjang berjelar karangan nya. Whatsapp tu kata gitu gini. Aku tak tau la pulak korang ada masalah kongsi toilet dengan non muslim ke saja alasan korang tu. Aku pon tengah dok makan maggie berenti makan kejap sbb sentap punya pasal terus tak ada mood. Aku pon tanya budak bilik aku pasal kawan india aku tu dia okey ke dengan kawan aku tu? dia okey je. Whatsapp sembang la dengan budak bilik aku tu dia bagi nasihat dan cadangan so aku dengar and terima je la mungkin salah aku sebab tak bagi tau diorang dulu yang kawan aku nak tumpang tidur. 

Masalah sekarang nie pulak lepas nie dia tak boleh la tumpang tidur rumah aku dah. Dah keadaan macam nie dan serba salah pada aku sebab dua pihak aku nak kena jaga hati. Budak rumah aku nak jaga hati kawan aku tu pon aku kena jaga hati dia. Macam mana nie aku nak cakap dengan kawan aku nanti sebab hari rabu nie dia nak tumpang tidur lagi aku pon kata boleh je sebab benda nya aku tak tau lagi. Tak apa la mal benda dah jadi pandai buat pandai la tanggung. Sabar dan tabah la wahai hati.

Read More..

Thursday, July 25, 2013

Kisah kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda

0 comment
Dikala kita seronok menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini ada jugak terselit kisah sedih yang aku alami sendiri. Sedih yang aku rasakan tu tak ada la sedih mana tapi lebih kepada perasaan kecewa kerana apa yang diharapkan selama nie tidak dapat dimakbulkan. Mungkin ada hikmah semua ni berlaku. Apa cerita yang sedih sangat aku nak share dengan korang tu pasal orang tengah kecoh keputusan permohonan ke peringkat ijazah sarjana muda. 

So aku la salah seorang yang di kategori kan dalam permohonan tu. Permohonan telah pon dibuat lama masa bulan March 2013. Keputusan nya baru je keluar minggu kedua bulan Julai. Apa yang mengecewakan aku bila bangun tidur check result bahawasanya aku tidak la tersenarai untuk menyambungkan pengajian aku peringkat ijazah sarjana muda di UniMAP. Aku ingat kan apply under UniMAP dia priority kan ex-UniMAP tapi tak la jugak sebab still tak dapat tempat untuk sambung belajar. 

Hari-hari aku mengadap la jugak offer letter tu nak check betul ke aku memang tak dapat. Call pejabat pendaftar pon sama memang aku tak dapat pon sambung. Pihak UniMAP mintak aku buat surat rayuan. Aku buat la hantar ke dekan school dengan pejabat pendaftar sampai 4 surat rayuan aku hantar still tak ada perubahan sampai la rayuan online keluar semalam. Walaupon hebahan rayuan keluar lebih awal daripada bornag online. Sempat la aku isi sebelum due date nya.

ni la surat tawaran yang hari-hari aku hadap. tapi tetap keluar yang sama

keluar macam nie la. Memang mendukacitakan aku la.
Macam-macam halangan la aku hadapi nak sambung belajar nie. Mungkin belum ada rezeki aku lagi. Memang aku tak putus asa lagi. Ayah aku pon tolong aku sama tolong buat surat rayuan call pihak UniMAP macam mana pasal status aku nie dapat ke tidak. Still tak ada perubahan. Isi je la borang rayuan online under UniMAP. Ni la last pilihan aku kalau tak dapat jugak aku redha je la dengan keputusan nyer. Hope aku dapat la tempat untuk sambung ke peringkat ijazah sarjana muda. Jeles aku bile dapat tau kawan-kawan ramai dapat sambung. Tahniah buat kawan-kawan yang dapat sambung belajar di mana U sekali pon yang tidak berjaya macam aku insyallah ada rezeki untuk kita cuma cepat dan lambat jer.

Walaupon aku tak dapat daftar 1.9.2013 nie yang pasti 22.9.2013 nie aku akan convo. Insyallah kalau di panjang kan umur aku. Amin..

rayuan online sudah pon dibuat semalam, semalam jugak la pos laju ke UniMAP hope hari dapat. Result bila dan kemasukan bila tu tak tau la.

Read More..

Friday, April 19, 2013

buang masa

0 comment
Harini sangat la buang masa aku keluar pergi aeon manjung sana. Dah la jauh dengan satu tujuan tu pon tak dapat ditunaikan lagi disebabkan oleh tak cukup duit. Apa cerita disebaliknya jom aku story kat bawah nie.

Tadi petang adik aku, yan ajak pergi aeon manjung nak pergi beli barang la. Aku nie follow je la. Pergi petang tu dalam pukul 5.00p.m gerak dari rumah sebab time tu nak jumpa abang aku, ainal dekat sana lepas dia habis kerja. Kitorang pon sampai la aeon dulu tungggu punye la tunggu dekat pukul 6.00p.m tak sampai-sampai jugak abang aku nie. Sementara menunggu abang aku ni habis kerja pergi la survey barang dulu tanya tokey kedai itu ini. Dah habis survey pon tak datang jugak. Call la abang aku dia kata tunggu dalam sejam. Memang lama la dengan tak tau nak buat apa nye dekat aeon tu. Berpusing-pusing la kitorang dekat aeon tu. 

Dalam pukul 6 lebih abang aku pon sampai la. Pergi balik kedai tadi nak pergi tanya ngan taukey kedai tu harga barang semua. Punye la excited taukey tu demo cara macam mana nak guna explain bagai harga. Siap dah bukak try pasang tengok macam mana nak guna. Lepas tu ada free gift lagi. Dah siap pilih dah pon. Masa tu abang aku kata dia tak cukup duit sebab limit keluar duit RM 1000 je. So dia nak try la draw dekat Maybank lain pergi la sana tunggu punye tunggu sekali dia kata memang tak boleh nak draw. Buang masa giler menunggu nye. Kesian je kat tauket kedai tu. Seb baik la baik taukey kedai tu.  Dah siap tuleh resit semua dah tunggu nak bayar jer. Jadinya esok je la kitorang angkat barang tu. Datang esok je la balik aeon. Seb baik esok perak cuti sempena birthday sultan perak. 

Nie la kisah nye. So terasa buang masa dengan tak jadi beli barang dengan menunggu lama nya. Last kitorang balik rumah je la dengan kekecewaan nye. Hari pon dah maghrib elok la balik rumah. Balik rumah dengan tangan kosong. 

nie la barang yang nak dibeli tadi bukan nak beli tv na

Read More..

Saturday, April 6, 2013

mencampur aduk kan bahasa

0 comment
Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Semalam sebelum aku nak tidur aku belek-belek facebook aku terjumpa dekat news feed facebook aku friend aku share satu status yang sangat menarik yang aku sendiri nak share dekat kawan-kawan semua. Buat aku insaf jugak la lepas aku baca. Aku tabik la dekat tuan empunya artikel tu. Dia menyuarakan ketidakpuashati dia terhadap kita orang Malaysia mencampur aduk kan bahasa melayu dengan bahasa-bahasa kedua seperti bahasa arab, inggeris, mandarin, tamil, etc. Kebiasaan nya bahasa kedua kita pakai bahasa inggeris la kan.

Aku nak share artikel atau pon status yang dia dah buat sangat panjang dan sangat menarik untuk kita baca. Dah baca jangan lupa praktik kan pulak dalam kehidupan seharian korang yer. Hehehehe.

aku menyedari ramai di kalangan kita melayu mula berminat menjadikan anak mereka celik bahasa kedua. tidak kiralah bahasa arab atau bahasa inggeris. mungkin bahasa mandarin. sila isi tempat kosong.

alang2 aku ini pelajar bahasa, sedang dan masih berurusan dengan kareer pendidikan bahasa, izinkan aku perbetul sedikit kesilapan para ibubapa dalam menanam skill bahasa kedua dalam anak2 kita.

bear in mind, though;
SEMUA anak2 kita adalah unik.
satu formula yang mungkin berkesan pada seorang anak;
ia TETAP berkemungkinan tidak memberi impak pada anak yang satu lagi.
kita semua ada otak berbeza. dominasi otak berbeza. kelebihan motor skill berbeza.

maka sila sensitif.
and dont be too hard on your children.

macam bab makan sayur la.
lagi kau paksa dia makan--
lagi dia tak hingin.
sanggup muntah bagai.
padahal umur 16 tahun, reti pula nak makan ulam2. suka pulak tu. tahap tak boleh makan kalau takde sayur.

*pause*
aku la tu.
bwahahaha.

ok serius.

when it comes to language,
you have to WANT it.
it is not something you can force upon.

sebab itulah ada orang duduk 15 tahun di negara orang--
tetap bercakap bahasa mereka sendiri.
sebab tak nak cuba / mula guna.
ada orang baru dua bulan hidup di tempat orang--
bukan main fasihnya.

hendak seribu daya.

ok.
let us talk business.

antara kesilapan paling besar dalam didikan bahasa ibubapa pada anaknya adalah--
mencampur-aduk bahasa.

bahasa rojak tidak salah. tapi HANYA setelah pengguna bahasa sudah fasih dengan kedua bahasa. TIDAK sebelumnya. jika tidak, terjadilah masalah tatabahasa yang payah diperbetul; atau dalam istilah linguistiknya-- "fossilization" yakni sudah jadi fosil. kalau tak tau fosil itu apa, jemput buka buku sains.

fossilization adalah situasi yang paling menyakitkan hati seorang cikgu kerana bila kami para guru memperbetul anak murid-- ia tidak diterima. alasan biasa: "dari kecil saya guna macam tu. semua orang keliling saya menggunakan perkataan / frasa itu. cikgu, takkan semua orang salah? cikgu sahaja nak rasa betul".

oh dem.
contoh paling senang: "congrate".

PERGH. kalau aku jumpa la siapa yang start guna perkataan "congrate" demi menggantikan "congratulations" ini, memang aku lempang pastu cakap "congrate abah mu". dah satu negara guna "congrate". ya. malaysia SAHAJA. buat malu.

begini. justifikasinya, apabila ibubapa sekadar mencampuradukkan bahasa, mereka tidak menitikberatkan grammar yang terselit bersamanya.

begitu biasa kita dengarkan di pasaraya:
"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight-fight tau. macam semalam sampai cry-cry. mummy tak suka"

seems harmless, right?
wrong.

inilah masalahnya.
inilah punca nanti2nya di dalam buku sekolah dan status facebook: "kak ziana zain, saya suka akak la. you are so inspire".

bila kita alihbahasa secara langsung, ibubapa melayu biasanya tidak mementingkan grammar. tidak salah hendak rojak. TAPI pastikan ia betul.

bahasa melayu mengekalkan kata akar dalam setiap situasi. bahasa inggeris tidak. bahasa arab tidak. bahasa russia juga tidak. bahasa hindu juga tidak.

maka andai BENAR2 mahu menggunakan bahasa rojak, PASTIKAN pilihan kosa kata itu tepat dan betul. kita ambil contoh tadi.

"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight-fight tau. macam semalam sampai cry-cry. mummy tak suka"

merojak dengan betul:
"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight. macam semalam, you cried. mummy tak suka"

nampak?

ok. didasarkan dari pengalaman disulam ilmu kami para linguist, izinkan aku cadangkan dua usul yang paling asas untuk diikut. hakikatnya ada terlalu banyak lagi kaedah menerapkan budaya bilingual di kalangan anak2. tapi memandangkan tema utama tulisan ini adalah "membetulkan benda paling basic mak abah melayu yang nak anak2 dia cakap omputih", aku bagi ini sahaja.

1) guna ayat lengkap.
------------------

kalau hendak cakap bahasa inggeris, habiskan seluruh ayat bahasa inggeris. kalau hendak cakap bahasa melayu, habiskan seluruh ayat bahasa melayu.

setiap bahasa punya rhetoric yakni gaya bahasanya. ia ada banyak kena-mengena dengan aspek psikolinguistik dan sociolinguistik. mencampur-adukkan bahasa akan menimbulkan banyak masalah.

tidak susah.
dan tidak ada buruknya.
malah akan lebih kelihatan kemas dan tersusun.

contoh:
"what are you talking about, abang long? tadi mummy dengar abang long marah adik. dont you lie to me now"

sedap, kan?
berbanding:

"apa awak talk ni, abang long? tadi mummy hear abang long angry adik. jangan lie pada mummy sekarang"

benci, kan?
macam kita benci skrip drama datin2 berangan di tv itu.
maka jangan buat.

yang terbaik adalah mak guna satu bahasa, abah guna satu bahasa lain. andai ia dimulakan dari kecil, otak anak2 kita akan terbiasa melakukan language shift tanpa dipaksa. this works wonders.

2) alihbahasa perkataan yang bukan kata kerja.
----------------------------------------

KALAU memang KENA jugak rojakkan bahasa yang kalau tak rojakkan boleh tahap mati ke, rojaklah. TAPI alihbahasa perkataan SELAIN kata kerja yakni verb.

seandainya ibubapa tidak fasih dengan past, present atau future tense, JANGAN gunakan tanpa kepastian. translate everything EXCEPT the verb.

contoh:
"normally, i makan dekat school. tapi sejak last week, i mula makan dekat this one awesome restaurant.".

naaaaahhhh.
nampak permainannya?
lebih nampak terpelajar, bukan?

bandingkan dengan:
"biasanya, saya eat dekat sekolah."
(sorry, cant find a better example. maka terpaksa bagi contoh yang grammatically corrent juga)

masalah yang paling selalu timbul adalah bila ibubapa mengganti makna perkataan2 yang berlainan tense. contoh sudah bagi di atas tadi. boleh rujuk semula.

maka kalau BETUL nak rojakkan, BE SURE you do not sound ridiculous.

3) jangan poyo depan orang SAHAJA.
-------------------------------

ini ditulis dari pengalaman aku di salah sebuah pasaraya di kolumpow.

mak:
(sambil kuat2 suara, mengerling kiri-kanan)
adik, come come.

anak:
(mungkin 6 tahun. mungkin juga 7. umur pandai menjawab. tidak bergerak. pandang ibunya dengan kening berkerut)

mak:
(suara makin tinggi)
why degil? come. come. we go. come.

anak:
(masih tegak)

mak:
(datang. cubit. aku awkward. sebab aku sedang duduk di sebelah anak kecil itu)
kenapa tak listen?

anak:
(kelihatan marah kembali)
apa...? kenapa cakap english?

HAHAHAHAHAHAHAAH.
burn.

:)

menemui ibubapa di mana2,
APA SAHAJA BAHASA--
asalkan cantik, kemas dan betul gunanya--
kool lah dia.

kalau bahasa rojak tapi bunyi macam tahi--
percayalah--
tidak kool mana.

berbanggalah dengan bahasa sendiri.
tapi jangan pula sehingga menghina bahasa orang.
macam satu masa dahulu fakulti aku dicadangkan fakulti lain agar ditutup. atas alasan "bahasa inggeris adalah bahasa syaitan".

pensyarah aku respon dengan senyum dan tenang:
"ketika iblis berbual dengan rasulullah. bahasa apa yang mereka guna?"

badum badum tassssss!!!

bahasa tidak menentukan kita siapa, kasta apa, golongan mana.
maka tolonglah.
rilek2 saja.

selamat jumaat.

p/s: petikan/artikel/status dipetik dari facebook Fynn Jamal
Read More..

Saturday, February 23, 2013

InTRA end

0 comment
Alhamdulillah harini genap lah empat bulan aku menjalani latihan industri di firma Ekral Mega (M) Sdn. Bhd. Selama empat bulan aku menjalani latihan industri di firma ini pelbagai pengalaman, pembelajaran dan pengajaran yang aku perolehi. Segala pahit manis suka dan duka aku tempuh sejak aku melangkah masuk ke firma ini. Aku mula menjejak kan kaki aku ke firma nie dan mula melaporkan diri sebagai pelajar latihan industri disini pada 5.11.2012 sehingga la berakhirnya latihan industri pada 22.2.2013. 

Aku memanjatkan syukur dan terharu kepada pengarah urusan nya keran sudi memberikan aku peluang dan tempat untuk aku menjalani latihan insdutri disini. Walaupun tidak banyak kerja yang dilakukan tapi ilmu yang diajarnya sangat bermakna dan sangat berguna kepada aku untuk aku bawa balik ke universiti nanti. Insyallah aku akan ingat setiap apa yang diajar sepanjang aku menjalani latihan industri. 

Firma nie tidak la sebesar mana yang korang sangka kan hanya la satu firma yang kecil sebuah pejabat yang teletak di bandar baru seri manjung, perak dan merupakan sebuah rumah kedai dua tingkat. Di tingkat bawah merupakan pejabat dan di tingkat atas merupakan bengkel untuk membuat kerja-kerja services atau merepair barang. Dimana aku mengenali firma ini hanya di senarai nama-nama syarikat dan kilang-kilang yang terdapat di malaysia. Aku dengan tidak membuang masa terus memohon untuk menjalani latihan industri disini. Alhamdulillah aku mendapat jawapan yang baik dari pihak Ekral Mega kerana menerima aku sebahagian daripada pekerjanya sebagai pelajar latihan industri.

Insyallah aku akan kenang dan akan ingat segala apa yang aku belajar di Ekral Mega. Pengalaman aku pergi ke TLDM lumut merasa aku masuk ke kapal tentera laut. Itu la satu pengalaman baru dalam hidup aku. Menjejak kan kaki aku ke dalam kapal tentera laut. Melihat sendiri bagaimana diorang bekerja. Kalau aku tidak di tempatkan disini aku tidak akan dapat merasa naik kapal tentera laut. Mungkin hanya mampu melihat sahaja dari jauh. 

Disini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat sepanjang aku menjalani latihan industri di firma nie. Aku terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengarah urusan, Tn. Hj. Tajudin kepada pihak pentadbiran abg zul dan kawan sama-sama praktikal dengan aku fatin. Dan tidak lupa kepada ahli keluarga aku kepada mak ayah dan abang aku yang hari-hari ulang alik dari rumah ke manjung menghantar dan amik aku. Hope segala jasa pengorbanan dan doa kalian dapat memberi satu kejayaan dalam diri saya sendiri. 

Dengan ini saya disahkan telah menamatkan latihan industri saya di Ekral Mega (M) Sdn. Bhd. 

ha nie la pejabat EMSB yang aku buat latihan industri

sijil yang aku dapat dari EMSB yang menyatakan aku pernah LI disini



Read More..

Sunday, February 17, 2013

happy 3rd birthday adel

0 comment
Dah masuk 17.2.2013 makanya harini hari jadi anak buah aku, Rihana Adelia a.k.a ade yang no dua. Menyambut hari kelahiran nya yang ke-3. Wah dah besar dah adel. Moga adel menjadi anak yang baik dan mendengar kata dan yang paling penting menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa nya. Insyallah.

Present nanti mintak mama ngan papa ye adel. Hehehehe.

tu la rihana adelia yang berbaju biru tu. ni gambar paling latest dia semalam

kngah ko tak jadi nak tempah kek dia kan nie aku amik ye letak kat entry aku. hehehe. 

dua gambar atas nie sepatut nya kakak aku nak tempah utk kek hari jadi adel kesudah nya tak tempah sampai la harinie. 
 
Read More..

Wednesday, February 13, 2013

debaran semakin hampir

0 comment
Hari yang aku agak kelam kabut dan rasa berdebor. Sebab apa? Sebab aku baru je dapat mesej daripada lecturer yang nak datang visit LI aku bagitau dia nak visit esok 14.2.2013 sudah jadi awal sehari sepatut yang dijanjikan 15.2.2013 hari jumaat. So ada la masa aku nak prepared ke kan. 

Nak jadikan aku lagi tambah serabut dah la esok supervisor aku tak ada pergi meeting memang dia tak free la esok. Lepastu tadi aku mana la bawak log book aku yang nak di sign dicop apa semua. Nasib baik la cousin aku yang sangat rajin nak mai manjung mintak tolong dia bawak kan log book. Kalau esok baru nak sign semua memang takut tak dan and kelam kabut la jadi nya.

Apa la nasib aku esok kan. Hope semua nya dipermudahkan. Amin..

ha nie la mesej aku dapat harini ptg tadi pulak tu.

menghilangkan rasa nervous keluar makan McD dengan cousin aku ni ha


Read More..

Monday, February 4, 2013

topup

0 comment
Harini tak ada apa kerja pon dibuat di tempat kerja (praktikal). Duduk saja ngadap laptop online layan movie habis kerja balik. Aku tak ada la balik rumah terus lepas kerja. Tunggu ayah aku datang amik baru boleh balik. Habis kerja tadi tengok cuaca luar awan mendung dengan angin kuat. Menandakan hari nak hujan. Aku keluar je office cepat-cepat sebab nak ke kedai seberang office tu nak pergi cari topup. Kang lambat-lambat hujan turun lagi payah. 

Elok je sampai dekat kedai yang biasa aku beli topup habis bukan habis la topup 30 tak ada yang ada pon 5 ringgit tak nak beli 6 keping kot. Jenuh aku nak topup nanti. Lepastu aku singgah kedai lagi satu yang biasa jugak aku beli topup tu pakai e-pay berapa ringgit nak topup pon ada. Sampai-sampai depan pintu kedai aku tolak la. Aik apahal tak mau bukak tutup kot aku pikir. Sekali ada akak tu cakap kedai tutup sekejap. Siap letak sign lagi tu. 1st time aku tengok orang letak sign macam tu. Tunggu la ada la dalam 10 minit kot. Sementara menunggu kedai bukak hujan pon turun dengan lebat.

Lepas tu hujan renyai jer. Lepas beli topup beberapa minit lepas tu ayah aku sampai aku pon balik la. On the way nak balik rumah singgah la beberapa tempat. Bank rakyat, bank islam, kedai repair letrik. Hujan sepanjang jalan balik rumah sampai rumah hujan masih lebat. Sampai je rumah masuk dapur masak la apa yang patut. Simple je masak harini satu lauk je. Tu pon aku goreng toge dengan tahu sebab lauk semalam banyak lagi. Nasib baik harini aku tak terlepas tengok cerita kegemaran aku Setia Hujung Nyawa. Minggu nie minggu last apa la ending nya cerita tu. Sambil tengok tv tangan pon bekerja melipat kain. Kang tak ada la menimbun seminggu punya kain macam minggu lepas. Hahahaha. 


tu la sign yang 1st time aku jumpa. TUTUP "TANDAS SEBENTAR SORRY" siap ada smiley lagi

saya dah on BIS so boleh la bbm, whatsapp, fb, twitter etc dengan saya bila2 masa. hehehe.


Read More..

Thursday, January 31, 2013

end of january

0 comment

Harinie merupakan hari last untuk bulan Januari. Jadinya sok dah masuk bulan Februari. So tak lama lagi aku pon dah nak habis praktikal. Tingaal lagi 3 minggu je nak habis kan praktikal. Tadi boss pon tanya aku habis bila. Aku cakap la habis 22.2.2013. Sebab tarikh tu cukup 16 minggu aku praktikal. Boss pon cakap la 20 hari je la lagi. Tinggal la fatin sorang-sorang berpraktikal sebab aku habis dulu. 

Apa je yang menarik bulan januari nie pada aku. Aku rasa tak ada apa yang menarik yang ingin aku kongsikan. Korang baca je la entry aku yang lepas-lepas tu je la aktiviti aku sepanjang bulan nie. Tak ada holiday kemana-mana pon sibuk bekerja. Mak aku pon sibuk mengajar. So dok rumah je la. 

Good bye Januari. Welcome February. 
Read More..

Friday, January 11, 2013

mood marah

0 comment
Dah macam muka aku bila time marah

Perasaan aku sekarang rasa nak marah je dengan orang keliling aku. Aku pon tak tau la kenapa dengan mooe aku harini. Semua benda yang aku buay serba tak kena. Pastu semua nak buat aku hangin kan petang-petang macam nie. Nasib baik la esok cuti. Boleh la rehat-rehat sikit. Kalau boleh rehat. 

Lepas sorang-sorang nak buat aku marah. Dengan member aku mesej entah pape entah. Dengan maxis pergi telan kredit aku. Aku baru je topup pastu sampai sekeping mesej dari maxis. Cek kedit tinggal RM0.75. Elok je sampai rumah tinggal RM0.00 mau tak menyirap aku. 

Ingat aku tak ada kerja lain ke nak abeh kan duit aku topup je. Aku takyah la makan ke minum ke. Aduhai. Haish sabor je la aku dengan maxis nie. So jadi nya semua no aku tak ada kredit. Kalau korang mesej aku tak balas tu mintak maaf la awal-awal ye. 

So hanya mampu berserah moga cahaya tiba nanti. Dah macam lirik lagu ombak rindu pulak. Sabor je la aki bebanyak. 

Nie la mesej yang maxis hantar

Read More..

Thursday, January 10, 2013

kawan, sahabat atau musuh

0 comment
Kita hidup di atas muka bumi nie macam-macam orang kita kenal. Macam-macam ragam dan perangai yang kita jumpa. Tak kira la dari peringkat umur tua mahupon muda. Lagi lama dia hidup lagi macam-macam perangai dia dah penah jumpa. 

So macam tu jugak la dimana sahaja kita berada dimana sahaja kita belajar pasti ada masalah tak puas hati tak sedap hati tak suka terpaksa untuk menerima perangai orang keliling kita. Nak-nak orang yang rapat dengan kita. Orang yang rapat dengan kita tu pulak orang yang selalu keluar makan, ke kelas, outing, balik kampung, kemana sahaja la dengan dia. Tapi sayang disebalik persahabatan itu diri kita sendiri dikhianati atau pon dipermainkan. 

Kalau betul dia kawan atau sahabat yang baik yang menggunakan istilah susah senang bersama tapi kenapa bila senang ko je nak senang tapi bila dia susah ko tak pernah nak bela atau backup dia. Lagi kau nak menjatuhkan maruah dia keaiban dia ada la. Nak-nak orang perempuan sekeras-keras mana pon pada luaran dia jauh disudut hati dia ada sedikit hati dan perasaan yang sangat lembut dan halus. Hati perempuan nie macam tisu yang mudah terkoyak.

So kita sebagai hidup bermasyarakat nie kena la berbaik-baik dan bertolak ansur antara satu dengan yang lain. Saling menjaga hati orang lain. Insyallah hidup kita akan sentiasa aman dan damai. Dan tiada timbul pergaduhan atau permusuhan.. Bila dah bergaduh dah bermasam muka tak syok la kan. Nak-nak orang yang kita bermasam muka tu serumah, sekelas dengan kita pulak. 

So nasihat aku buang yang keruh ambil yang jernih. Baru hidup kita akan aman dan damai. Insyallah. Andai kita ditegur oleh siapa nak-nak dengan kawan kita sendiri terima je la dengan seadanya dengan pikiran dan hati yang terbuka. Pikirla positif. 
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
Kalau sebelah pihak ingin berdamai kenapa sebelah pihak lagi nak mengeruhkan keadaan. Tak salah kalau dua-dua untuk berdamai. Dan berbaik-baik. Lebih baik korang bincang elok-elok bersemuka antara satu sama lain. Kalau post kat facebook tak dapat nak selesaikan masalah. 












 

 
Read More..

Sunday, January 6, 2013

Anugerah Juara Lagu Ke-27

0 comment

Ha amacam korang ada setuju ke tidak dengan keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL) tadi? Kalau pada pandangan aku kenapa yuna yang menang kenapa tidak hafiz yang no.1. Dah keputusan kata begitu nak kata macam mana lagi kan. Terima je la keputusan begitu. 

Tahniah kepada semua finalist AJL27 memang sangat best dan persembahan semua menarik dan gempak. Start dari pembukaan sampai la penutup AJL27. Aku suka. Dan sangat puas hati. Yang tak berkesempatan untuk tonton atau tengok tadi atau hanya dapat dengar live di radio hotfm mungkin boleh download di link-link yang akan keluar tak lama lagi. So boleh la layan balik.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan yang kurang berjaya boleh cuba lagi pada tahun akan datang. InsyaAllah. Senarai nama pemenang AJL27 :
    1. Persembahan terbaik - Black & RJ (Teman Pengganti)
    2. Vokal terbaik - Hafiz (Kuakui)
    3. Tempat ketiga - Hafiz (Kuakui)
    4. Tempat kedua - Lan & the typewriter (Idola)
    5. Tempat pertama - Yuna (Terukir dibintang) 
Read More..

Thursday, January 3, 2013

laptop kembali bernyawa

1 comment
Yeppi!!!! seronok nye la aku kan. Harusla seronok. Mau nya tak. Sebab netbook asus kembali bernyawa seperti biasa. Setelah sekian lama di hibernate kan adala dalam 9 hari tak bukak disebabkan tiada charger nya. Walaupon ada battery tapi tiada charger nya tak guna la jugak. Pakai laptop nie bukan nye boleh bukak kejap-kejap bukan nya boleh ngadap kejap-kejap. Sekali dah bukak tu mau makan masa 5 6 jam jugak la mungkin lebih. So kalau battery laptop yang tahan okey la kalau yang jenis tak tahan lama cepat la sleep nya laptop. Tapi alhamdulillah la laptop nie tahan battery nya. Tu yang aku suka tu. 

So bile laptop dah bernyawa dah boleh charge dag boleh on apa lagi aku pon melepaskan niat-niat aku yang tertunggak selama 9 hari dengan mengdownload movie, online, update blog salah satu nya. Tadi pagi jam 10.40a.m aku baru je pergi amik adapter laptop yang aku dah order lama dah minggu lepas lagi hari isnin (24.12.1012) lepas. Dapat lambat sebab hari rabu (2.1.2013) minggu ni baru aku start kerja balik. Sepatut nya boleh dapat semalam dah tapi kedai komputer tu tak bukak la pulak. So tu yang dapat harini tu. 

Alhamdulillah charger pon okey laptop pon charge seperti biasa. Masa tak ada charger nie macam-macam la aku pikir kot ada yang menanyakan aku mana laptop nak guna ke apa. Alhamdulillah la tak ada sapa yang tanya termasuk la mak aku. Kalau mak aku tanya tu la paling riso. Nasib baik la tak ada tanya. So sepanjang aku online update blog tu gigih jugak la nak update blog tu pakai phone je. Dah ada laptop nie puas la sikit nak online, update blog, download movie, download lagu semua. 

Nasib baik kedai tu ada stock. Kalau dak nak tunggu order nak tunggu bila la dapatnya. Korang jangan la tanya aku berapa harga nya. Pada aku okey la kot harga nya. Tapi bajet ada lari la sikit. Baru je aku nak menabung. Hahahahaha. Aku beli dekat First Solution Enterprise dekat je dengan tempat aku praktikal. Jalan kaki pon sampai. Tapi charger yang kita beli lain jangan harap yang original la. Tapi jenama nye yang sama. Yang tu tak perlu risau. Yang penting boleh charge laptop.

ha tu la laptop yang aku selalu usung dari rumah ke tempat kerja

adapter nie la yang rosak nye. plug dia masih boleh guna lagi. yang atas yang ori yang bawah yang baru.

Read More..

Wednesday, January 2, 2013

log book InTRA

0 comment
Alhamdulillah kita sudah pon masuk hari kedua tahun baru. Dan harini merupakan hari pertama aku bekerja (praktikal) untuk tahun baru. Datang kerja tadi pon dengan hati gembira dan ceria la jugak aku rasa. 

Minggu nie aku masih lagi seorang yang berpraktikal kat sini. Sebab next week baru ada sorang lagi student jmti yang masuk praktikal. Dia start 7.1.2013 sampai la bulan 6 baru dia habis praktikal. Lagi lama dari aku praktikal weyh. 

Masuk minggu ni dah minggu ke-9 aku berpraktikal. Pejam celik pejam celik lagi 7 minggu je aku nak habiskan praktikal. Kejap pulak rasanya nak habis. Tak apa 7 minggu tu lama lagi nak habis. Dalam seminggu ada 7 so kalau ikut hari aku tinggal 49 hari lagi nak habis praktikal. 

So apa je kerja yang aku buat sepanjang aku praktikal kat sini. Aku pon tak tau nak cakap macam mana. Nanti kan la entry seterus aku cite pasal apa kerja yang aki buat time praktikal. 

So misi aku harini berjaya menyiap kan log book mengemas kini log book dari minggu 1-9. Seronok pulak bila aku tuleh log book tu. So aku harap hari-hari aku di tempat praktikal dipenuhi dengan kerja yang berfaedah. Tak lama je lagi nak habis praktikal. Moga dipermudahkan segala urusan aku semasa praktikal.  Amin..

Log book InTRA

Read More..

Tuesday, January 1, 2013

welcome 2013

0 comment
Yeahhhhh!!!! Sudah masuk tahun baru tahun 2013. Yang aku nantikan sebab ada no 3 kot dekat tahun tu. Sebab apa aku hilight kan no 3 tu nanti korang akan tahu jugak. Nanti entry akan datang 3 bulan dari sekarang. Hehehe. 

So dah masuk tahun baru nie apa je azam korang. Masing-masing mesti ada azam baru dan target baru bagi setiap tahun. Kalau macam aku apa azam tahun baru aku. Azam tahun baru aku untuk memenuhi hari-hari aku dengan aktiviti yang berfaedah. InsyaAllah.  

Dan ini juga mungkin azam aku tahun nie untuk menulis  entry blog setiap hari. Mampukah aku untuk melakukan nya. Wait and see. Hehehe..

So dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat tinggal kenangan 2012 dan selamat datang kenangan 2013. Moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum nie. InsyaAllah.  Amin.  

Mesti ada tarikh-tarikh penting bagi korang kan sempena tahun 2013 nie. 

Read More..

Monday, December 24, 2012

terdelete

0 comment

Wah sangat sedih tambah tension pon ada nie. Sedang sibuk mengemas folder movie didalam laptop rupa-rupanya aku telah terdelet semua folder drama melayu yang aku sudah download dan baru je download sekejap tadi. Aku harus bersedih atau hanya mendiam kan diri sahaja. Bukan sikit cerita yang aku dah download tu. Banyak kot weyh. Korang paham je la drama melayu bukan satu dua episode. Berpuluh-puluh episode kot.

Aku sekarang hanya mampu bersabar dan redha je la dengan semua ni. Mungkin ada hikmah nye la kot di sebalik apa yang terjadi. Kawan aku kata boleh cari balik. Aku try cari dalam recycle bin memang tak ada la pulak. Tu memang tak dapat nak tolong dah la.


Macam mana boleh terjadi. Aku nak susun movie aku ikut genre la gitu. Nak buat folder by folder. Mealyu, English, Hindustan, etc. Aku jenis suka copy cut terus daripada folder sebelum nya. Aku dah cut aku copy la dalam folder yang baru. Aku tengok aku copy benda yang sama. Aku delete la folder yang sama tu. Sekali aku nak susun balik ikut drama, filem semua aku tengok kenapa folder cerita nya kosong. Aku pelik dah aku cek semua pon sama macam tu jugak. Bukak recycle bin pon tak ada. Dah tak boleh nak buat apa dah la. Kalau diriku ini rajin download yang lain tapi drama yang latest je la. Yang lama try cari dekat member je la. Tu pon kalau ada.

Antara drama melayu yang aku dah download and yang sudah pon terdelete: 
1. suria di cordoba - 26 episode
2. laila manja - 20 episode
3. cinta itu milikku - 24 episode *new
4. adam dan hawa - 3 episdoe *new
5. maharaja lawak mega musim 1 - 10 episode
6. maharaja lawak mega musim 2 - 6 episode *new
7. nora elena - 24 episode
8. 7 ramadhan - 13 episode
9. ameera - 25 episode
10. vanilla coklat - 13 episode
11. bicara hati - 26 episode
12. gemersik kalbu - 24 episode
13. cinta buat emelda - 24 episode
14. kemah keming ustaz azhar idrus - 3 episode
15. stanza cinta - 13 episode

Korang rasa banyak ke tak banyak yang aku dah download nie. Apa boleh buat benda dah jadikan. Nasib baik drama melayu je yang terdelete. Kalau nota-nota penting ke terdelete memang nangis tak belagu la jawab nye.
Read More..

Friday, December 21, 2012

Masa

0 comment

Ku sagka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Itu lah yang sedang berlaku di bandar baru seri manjung dimana cuaca sekarang menunjukkan hujan yang sangat lebat. Dengan tiupan angin kuat bertambah pula dengan kilat dan guruh. Walaupon aku berada didalam office tapi aku tetap dengar bunyi ritik hujan dan merasakan kesejukan didalam ini. Seperti hujan tidak mahu berhenti turun. Mungkin ini merupakan hujan rahmat yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada kita sempena hari jumaat yang mulia nie merupakan penghulu segala hari. Cahaya kilat tetap kelihatan dan kedengaran bunyi guruh yang kuat.  

Walaupon kadang cuaca tidak menentu ada panas dan ada hujan. Aku disini tetap begini yang hari-hari ku rasakan tiada perubahan dalam diriku. Hari silih berganti. Masa pon tidak menunggu kita. Apa yang harus aku lakukan. Aku pon ingin menjadi seperti mereka yang diluar sana. Berjaya dan mempunyai cita-cita sendiri. Aku inginkan dalam sehari tu ada benda yang berfaedah aku lakukan. Bukan sekadar mengadap laptop yang tidak boleh berkata-kata dengan aku. Bukan itu yang aku mahukan.

Hari-hari duduk didalam office hanya bertemankan laptop yang tiada mendatangkan apa-apa hasil. Sekadar membunag masa, dan membuang tenaga aku. Dari jauh aku datang kesini hanya membuang masa disini tanpa melakukan apa-apa. Di blog biru nie aku meluahkan perasaan aku agar diluar sana atau blogger semua dapat memberikan pendapat dan pandangan kepada aku. Agar pandangan dan pendapat anda sangat bernas dan boleh memberi mafaat kepada diriku ni. 


Aku tidak tahu lagi bagaimana aku ingin meluahkan perasaan yang aku rasakan sekarang. Hanya pada sekeping gambar diatas aku lakarkan, aku lukiskan diatas nya. Inilah perasaanku sekarang. Yang aku alami sudah sekian lama. Mungkin hampir sebulan lebih aku berkeadaan begini. Tiada kawan untuk aku bersembang tiada kawan untuk bergurau senda. Hanya laptop ini la sebagai kawanku disini. Tiada dia mungkin bertambah gila la aku jadinya. Hehehehehe.



Read More..

Saturday, December 15, 2012

selamat berhujung minggu

0 comment
Kini kembali sudah berminggu-minggu aku menyepi tanpa ada khabar berita daripada aku. Busy?? tak ada masa ker? Ah itu semua tipu berlaka. Cuma kemasalan aku untuk aku mengupdate blog sahaja. Sekarang baru datang kerajinan aku untuk mengupdate blog. Bila ada mood baru la best tangan nie nak menaip entry pepanjang. Masak la korang nak baca entry aku yer. Hehehehe

Harinie dah masuk hujung minggu hari sabtu. Semalam mesti korang layan maharaja lawak mega 2 minggu ke lima yang bertema kan musical comedy. Korang aspek mesti best puny la kalau tiap kali tema nie. Memang pon tidak dinafikan diorang melawak malam tadi memang best la. Tapi ada jugak kumpulan yang kureng. Nasib menyebelahi lapan kumpulan semalam sebab tiada penyingkiran pon. Biasa la tu tiap kali tema musical comedy memang tiada penyingkiran. So diorang masih ada peluang la untuk buat lagi best dari sebelum-sebelum nie. 

Okey habis isu pasal maharaja lawak. Dalam minggu nie je macam-macam isu yang menarik dan agak popular telinga aku nie mendengar nya. Antara nya iphone 5 sudah dilancarkan di malaysia pada 13/12/2012 tengah malam tu jam 11 lebih. Isu yang paling hangat ialah selepas habis nya perlawanan separuh akhir kedua malaysia menentang bangkok yang berlawan di bangkok kemarin apabila pengadil nya berat sebelah dan telah melayang kan kad kuning kedua kepada pemain malaysia, fadhli. Dan berita yang aku baru je dengan malam tadi iaitu datuk k cedera kemalangan di new zealand dan siti terpaksa batalkan konsert nya di Banjarmasin, indonesia.

Ada berita gembira dan ada berita yang menyedihkan. Moga daripada semua berita yang buruk dan berita kurang sedap di dengar nie agar  semua nya kembali pulih seperti sedia kala. Moga semua rakyat malaysia boleh menerima hakikat dan redha diatas semua yang berlaku. Dan kepada datuk K semoga cepat sembuh seperti sedia kala. In sya Allah. 


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
Read More..

Saturday, December 8, 2012

Happy 5th anniversary

0 comment
Salam kepada blogger luar sana. Amacam puas hati tak dengan penyingkiran pertama untuk Maharaja Lawak Mega 2 (MLM2) harini? Aku okey jer. Nasib baik malam nie semua perform okey la. Okey back to the topic tadi tu sekadar selingan je nak bagitau yang aku baru je lepas layan MLM2. 

Dua hari lepas aku baru je celebrated anniversary mak dengan ayah aku yang ke 32. Kalau korang ada jenguk la entry yang sebelum nie. Harinie pulak merupakan ulang tahun perkahwinan kakak aku yang no dua. Harinie ulang tahun perkahwinan dia yang ke-5. Dan sekarang dah pon mempunyai dua orang cahaya mata yang merupakan RA Junior aku panggil. Dua-dua anak dara yang comel dan bijak pandai like mama and papa nya. 

Yang sulung diberi nama Rania Ayesha sekarang berumur empat tahun. Lebih senang dengan panggilan nia atau pon kakak. Kejap je kan dah besar nia nie. Yang kedua pulan diberi nama Rihana Adelia sekarang berumur dua tahun. Lebih senang dengan panggilan adel. Wah dah macam nama artis pulak ana sedara aku nie. Hehehehe.

Di blog biru ini aku ingin ucap kan kepada kakak ku dan abang ipar ku happy 5th anniversary moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Moga cepat-cepat la adel dapat anak. hehehehe. Moga hubungan kekeluargaan korang bahagia hingga hujung nyawa. In sya Allah. 

Tiada apa yang aku boleh berikan hanya ucapan dan doa dari jauh sahaja. Dan sedikit video movie maker yang aku buat semalam time kerja. Sebab aku tak ada kerja sedang aku fikir harini merupakan anniversary kakak aku so aku nak buat sedikit video yang simple je bagi aku. Basic movie maker. Hope enjoy and like the video.  Maaf kerana kualiti video kurang dan nampak kembang dan pecah sikit. Nak kualiti video yang elok boleh dapat kan yang original daripada saya. Hehehehe.

Nie la family kakak aku. Gambar nie masa dekat legoland



Read More..

Monday, November 26, 2012

member UniMAP datang rumah

0 comment
Perasaan terkejut dan teruja tak dapat aku nak gambar kan. Sebab aku macam tak percaya kawan-kawan aku dari UniMAP perlis datang kerumah aku semalam. Aku pon tak tau apa la motif diorang nak datang sinie. Kalau datang bertujuan aku tak kisah la lagi. Nie memang tak ada apa tujuan sekadar datang nak jumpa aku jer. Wah terharu nya. Macam mana diorang boleh sampai kerumah aku nie jom ikut story aku.

Diorang plan benda nie agak last minute jugak la. Sebelum diorang ke rumah aku ada beberada destinasi diorang singgah. Bertolak dari perlis hari sabtu singgah di bukit mertajam bermalam disana. Hari ahad pulak bertolak ke kenduri kawen rumah kawan abang dia kawen dekat parit buntar. Bergerak dari perlis tiga bijik kereta. Lepas sampai dekat parit buntar berpecah. dua kereta balik perlis satu kereta boleh pulak tukar plan nak singgah rumah aku. 

Lepas tu diorang bagitau aku nak datang rumah. Dengan diorang nie 1st time nya nak datang, dengan tak tau jalan nya lagi. Kalau nak harapkan aku bagi land mark ke tunjuk jalan ke memang aku failed la bab jalan nie. Yang aku cakap kalau jumpa changkat jering tu dah senang la nak jumpa rumah. Itu pon jenuh nak keluar nak sampai ke changkat jering. Banyak kali jugak la call aku tanya tak tau sebelum tu jumpa apa. Last-last aku bagi idea tanya la sesiapa kat situ yang tau jalan ke changkat jering. 

Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke changkat jering. Jumpa la jalan terong beruas simpang gelung pepuyu semua. Diorang dah pelik sebab lalu kawasan kelapa sawit. Betul ke jalan nie nak kerumah aku. Dok call aku lagi tanya nak kepastian aku cakap ha betul la tu tak yah nak pelik sangat la. Alhamdulillah dalam pukul 6.300p.m sampai jugak diorang ke rumah aku. 

Aku jamu diorang macam jugak la. Kebetulan pulak diorang datang time musim buah apa lagi ayah aku pon jamu durian, manggis dengan rambutan. Kemain suka lagi diorang makan durian. Lama mengidap katanya. Sampai habis la tiga bijik durian makan. Lepas tu ada jugak mak aku masak kan bihun goreng.

Alhamdulillah selesai makan sembahyang mahgrib rehat-rehat dulu.  Sempat lagi diorang layan bola malaysia vs singapore walaupun malaysia kalah. Tak apa cuba lagi next time. Dalam pukul 10.15p.m diorang gerak balik rumah kawan aku yang duduk dekat lahat tak jauh pon dari rumah aku. Dalam setengah jam sampai la. Esok baru diorang gerak balik perlis pagi-pagi. Macam tu la kisah nya. Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat korang sebab sudi singgah rumah aku walaupon jauh. Aku sangat hargainya. Lepas nie jangan serik untuk singgah lagi. And nie la 1st time kawan UniMAP aku datang rumah. 

lima orang je yang datang rumah aku dari kiri lily, nisah, wawa, zura, zu. yang 2nd dari kiri tak datang. ni gambar lama. 


Read More..
Real Time Web Analytics