Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Saturday, December 8, 2012

Happy 5th anniversary

0 comment
Salam kepada blogger luar sana. Amacam puas hati tak dengan penyingkiran pertama untuk Maharaja Lawak Mega 2 (MLM2) harini? Aku okey jer. Nasib baik malam nie semua perform okey la. Okey back to the topic tadi tu sekadar selingan je nak bagitau yang aku baru je lepas layan MLM2. 

Dua hari lepas aku baru je celebrated anniversary mak dengan ayah aku yang ke 32. Kalau korang ada jenguk la entry yang sebelum nie. Harinie pulak merupakan ulang tahun perkahwinan kakak aku yang no dua. Harinie ulang tahun perkahwinan dia yang ke-5. Dan sekarang dah pon mempunyai dua orang cahaya mata yang merupakan RA Junior aku panggil. Dua-dua anak dara yang comel dan bijak pandai like mama and papa nya. 

Yang sulung diberi nama Rania Ayesha sekarang berumur empat tahun. Lebih senang dengan panggilan nia atau pon kakak. Kejap je kan dah besar nia nie. Yang kedua pulan diberi nama Rihana Adelia sekarang berumur dua tahun. Lebih senang dengan panggilan adel. Wah dah macam nama artis pulak ana sedara aku nie. Hehehehe.

Di blog biru ini aku ingin ucap kan kepada kakak ku dan abang ipar ku happy 5th anniversary moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Moga cepat-cepat la adel dapat anak. hehehehe. Moga hubungan kekeluargaan korang bahagia hingga hujung nyawa. In sya Allah. 

Tiada apa yang aku boleh berikan hanya ucapan dan doa dari jauh sahaja. Dan sedikit video movie maker yang aku buat semalam time kerja. Sebab aku tak ada kerja sedang aku fikir harini merupakan anniversary kakak aku so aku nak buat sedikit video yang simple je bagi aku. Basic movie maker. Hope enjoy and like the video.  Maaf kerana kualiti video kurang dan nampak kembang dan pecah sikit. Nak kualiti video yang elok boleh dapat kan yang original daripada saya. Hehehehe.

Nie la family kakak aku. Gambar nie masa dekat legoland



Read More..

Thursday, December 6, 2012

happy 32nd anniversary

0 comment
Harinie genap la 32 tahun ulang tahun perkahwinan mak dengan ayah aku. So sempena ulang tahun mak dengan ayah aku tak ada la celebrated luar ke apa ke ada makan-makan ke. Just simple celebration as usual kitorang beli kan sebijik kek from secret recipe. 

Lepas balik kerja tadi aku dengan abang aku, ainal sempat singgah AEON manjung sebelum balik.

aku : nak g mana?
ainal : dia pon sengeh. nak g beli kek kngah suruh beli

Buat kali kedua aku ke AEON seri manjung. Orang jangan cakap la memang la sangat ramai. Nak-nak waktu balik kerja kan. Abang aku singgah sembahyang asar jap aku jalan-jalan dalam AEON sementara tunggu abang aku siap sembahyang.

Habis abang aku sembahyang kitorang singgah dekat baskin robbins mula-mula nya nak la sekali try makan kek baskin robin macam mana rasa nya. Singgah la abang aku nie and dengan aku nie 1st time nak order kek dekat baskin robbins so tak tau la macam mana nak order. So sempat la abang aku sembang kejap dengan brother baskin robbins tu.

ainal : macam mana nak order kek kat sinie
bother BR : dia kasi broucher untuk order kek. kalau order arinie yg dalam peti je ada
ainal :  dia pergi peti tu tengok la kek apa yang ada. kek nie tahan berapa lama pastu simpan dalam mana?
brother BR : simpan dalam kotak tepi kotak tu ada ais bagi kek tu tahan. tahan dalam 1jam 2 jam perjalanan
ainal : masih menengok kek dalam peti. kek ni semua kek aiskrim kan
brother BR : 4 tingkat atas nie kek+aiaskrim yg bawah sekali nie semua aiskrim
ainal : boleh tuleh tak atas kek tu?
brother BR : kitorang tak pandai tuleh
ainal : mata masih melihat siap nak pilih
aku : kan tak boleh tuleh
ainal : haah kan. cakap kat brother tu thankx.

Teruskan melangkah untuk membeli kek. Kaki terus melangkah ke dan akhir nya sampai di kedai secret recipe. Mana lagi nak beli and nak cari kek kan. Secret recipe la. Orang tak ramai pon nasib baik hari pon dah lewat tengok cuaca pon mendung je hari nak malam or hari nak hujan. sesampai nya di secret recipe. Mata sedang memilih kek yang lain tak pernah makan. Aku ada la dua tiga jenis aku pernah makan. Abang aku nak la makan kek yang dia tak pernah makan.

ainal : sedang mata memilih kek u nie bukan ke dari secret recipe sitiawan?
auntie SR : ha saya dari sana. kenapa u tak pergi beli dekat sana?
ainal : ondaway balik kerja. kerja dekat sini tu yang singgah beli dekat sini.
auntie SR : so nak kek apa? chocolate indulgence lagi.
ainal : tu la asyik chocolate indulgence jer. nak la yang lain. chocolate fudge pilihan hati.
auntie SR : tengah tuleh atas kek
ainal : bayar and kitorang pon balik.

Kek dah beli apa lagi jom kita berangkat pulang hari pon dah mendung kat luar sana. Macam nak hujan je tadi. Sebelum nak keluar AEON singgah pergi beli sushi. Abang aku nie gemar nau makan sushi. Aku nie makan sushi kureng. So aku pilih dua jenis sushi je tadi. Tu pon sushi yang berasaskan nasi. AEON kan tengah sale sekarang nie. So harga sushi pon murah la kot aku pon xtau. satu jenis sushi RM0.99. Tadi beli sepuluh jenis. Maka nya harga semua sushi tadi RM10.00. Lepas beli sushi balik terus. Sampai rumah dalam pukul7.00p.m hujan pon turun dengan renyai.

Sampai rumah rehat-rehat tengok tv cerita cinta itu milikku aku layan sorang-sorang jer. Lepas ayah aku balik dari surau sementara nak tunggu waktu isyak ayah aku balik rumah kejap makan sebab harini ayah aku puasa. So aku ajak la abang and mak aku makan kek. Aku dengan tak mandi nya lagi ajak makan kek. Lantak ada aku kisah. Semua siap-siap duduk di meja makan. Ayah aku baca kan doa selamat sebelum nak potong kek. Lepas tu ada la sesi bergambar sikit semua tak ada la dekat rumah yang ada empat orang je emak, ayah, ainal dengan aku tu je la. Yang lain bekerja dan masih belajar. Masing-masing jauh memang tak dapat la nak celebrated sesama. 

tengah baca doa selamat sebelum makan

nie la mak ngan ayah aku. happy 32nd anniversary. semoga sentiasa kekal bahagia hingga hingga hujung nyawa dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik kami hingga berjaya

aku dengan mak ayah aku 

ainal dengan mak ayah

chocolate fudge.
"Ayah, Mak Happy 32nd AnniversaryProud to have you both in our life 6.12.12"

Read More..
Real Time Web Analytics