Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, December 8, 2016

Rabu 7/12/2016

0 comment
Semalam pergi jalan manjung dengan mak aku. Dah mak ajak aku ikut jer. Tujuan nya nak ke maybank dengan tukar duit jer. Kebetulan dh keluar aku ke pejabat pos la mengepos barang orang beli. Kalau bedua keluar dengan mak ni aku la driver nya dengan naik Kancil AFY aku tu. 

Lepas makan semayang apa semua gerak terus ke manjung kalau keluar dengan mak aku ni cepat je pegerakan nya tak ada la lengah-lengah. Pergi maybank dulu masuk maybank tak pernah la tak ramai orang. Selesai kat maybank tak tau nak kemana kita ke aeon beli novel satu dua. Singgah popular aeon manjung jap. Niat hati nak cari novel Isteri tuan Ihsan tapi dh laku keras habis pulak. Tunngu next restock la pulak. Beli la novel 7 Hari Mencintaiku. Tapi mak aku yang beli bukan aku tau. 

Selesai ke aeon kita pergi tukar duit dekat Forex area sitiawan jer. Sementara mak aku tukar duit aku ke pos office sekejap. Selesai kerja mak ajak makan sebab kata macam nak makan tapi tak tau nak makan apa. Aku bawak la dekat gerai pasar komuniti & karavan sri manjung. Memang  biasa makan situ dah. Aku macam nak makan ABC sebab panas terik kan. Kedai ABC tutup pulak. So aku order laksa dengan teh o ais. Mak minum laichekang. Laksa kita kongsi dua. Laksa dia terbaik sedap nya. 

Jam pon dah pukul 5.00 lebih asar tak lagi. Kita shoot balik rumah. Sebelum balik rumah sampai je gelung pepuyu singgh rumah kawan mak kejap niat nak amik minyak YL je tapi dh ajak ke dalam rumah jumpa mak nya sembang la kejap-kejap kita pon gerak balik. 

ni la aku ada la meniaga sikit hotwheels aku. laku keras jugak jual hotwheels nie. hari-hari ada je nak membeli. 

tu la mak aku. asal ajak keluar je aku on jer. tak ada apa buat kan. 

Read More..

Tuesday, December 6, 2016

Sabtu 26/11/2016

0 comment
Awal pagi jam 10:00a.m aku, mak, ayah dan akmal (driver) bertolak dari perak ke KL. Sebelum ke KL singgah rumah opah sekejap bagitau la yang seminggu kitorang tak ada dekat perak sebab nak berjalan ke London nie. Dalam perjalanan berenti rehat di RnR Tapah makan semayang semua situ. Teruskan perjalan jam 2.00p.m singgah ke Mont Kiara amik kereta Vios dengan kak ipar aku hujan haritu memang sangat la lebat sampai ada jalan yang banjir.

Dari Mont Kiara ke KPJ Specialist Damansara tengok pakcik aku yang baru lepas operation. Dan yang sepatut join trip kami ke London tapi apa kan daya kita merancang Allah yang menentukan. Kesihatan lagi penting dari berjalan. Lain kali boleh pergi lagi. Sampai hospital jumpa la sedara mara yang ada sembang apa semua sampai la maghrib semayang maghrib dekat hospital baru gerak pergi makan malam. 

Makan malam dekat area rumah kngah je dekat seri kembangan. Konon nya nak celebrate birthday mak ngan adik aku. Tapi adik aku tak balik lagi. So kira makan malam je macam biasa. Makan dekat Restoran Sajian Sedap. Okey la makan malam tu cuma aku je macam tak ada selera kenyang ke apa ntah. Sebab makanan nya banyak amik set punya ikan sampai dua ekor ko rasa. Tapi puas hati la sedap. Menu yang kitorang order tu Set D semua nya portion dua hidangan memang banyak la. Yang niadel makan kabonara habis la jugak diorang makan. 



Perut dah kenyang macam-Macam dh makan kita pon gerak balik pulang sambung untuk cerita esoknya pulak. kemana kita??


tengok atas meja penuh dengan makanan. abang aku punya hal dia yang lapar order pon banyak. tak apa dia yang belanja.
Read More..

Sunday, November 20, 2016

Ahad (20/11/2016)

0 comment
Harini berangkat pulang ke perak. Sebelum balik perak singgah la beberapa tempat. Pagi tu makan dekat bangi dekat Ayzas restaurant (kedai mamak). Lepas je sarapan singgah rumah kakak aku dekat area situ rumah baru beli tapi tak duduk lagi situ. Lepas tengok rumah berpisah dengan kakak aku dekat situ diorang dengan hal diorang, kitorang pon pergi Desa Seri Jenaris, Kajang tengok kawan ayah sakit. 

Lepas lawat kawan ayah tadi kitorang pon gerak balik perak. Dalam perjalanan tu singgah rehat semayang dekat R&R Tapah. Makan semayang semua baru gerak balik bota. Itu la cerita hujung minggu aku yang tak dijangka akan turun KL. Banyak la benda yang dapat diselesaikan. Kita jumpa lagi minggu hadapan dengan cerita lebih menarik. 


sarapan pagi di ayzas restaurant (kedai mamak) bangi

Read More..

Cerita sabtu (19/11/2016)

0 comment
Setiap yang hidup pasti akan pergi. Dari dia kita datang dan dari dia juga kita kembali. Begitu la kisah cerita saya semalam. Arwah pakngah (sebelah ayah) saya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.00petang di hospital putrajaya. Disebabkan koma. Sama-sama la kita doakan moga rohnya di cucuri rahmat. Al-fatihah. 

Dapat je berita arwah pak ngah dah tak ada aku roger semua adik beradik aku. Kitorang pon bersiap nak ke kajang sebab kitorang paling jauh ada dekat perak. Bertolak jam 6.00petang memang direct la ke kajang tak ada berenti mana-mana pon. Alhamdulillah sepanjang perjalan dipermudahkan hujan pon tak. Kitorang selamat sampai dekat masjid cheras jaya jam 8.00malam lebih la. Menunggu jenazah semua selesai diuruskan kitorang pon beangkat pulang ke rumah kakngah dekat seri kembangan. 

Sampai rumah kakngah memasing pon lapar tak kebetulan aku ada masak dri perak tak berusik lagi tapau semua bawak datang KL. Nasib baik semua lauk nasi elok lagi. Bersantapan la kitorang malam tu gitu gini macam hal kitorang buat jam 2.00pagi jugak la baru tidur. 





Read More..

Saturday, April 11, 2015

Kelajuan internet

0 comment
Seronok kan bile dok dekat tempat yang kelajuan internet nya tiada batasan. Fuhhhh. Aku la orang paling seronok dan gembira masa tu bukan aku je rasa macam tu korang pon rasa benda yang sama apa yg aku rasakan. Kenapa aku bangkitkan isu macam ni sebab aku nie masih bergelar seorang pelajar masalah inernet dengan pelajar tak dapat dipisahkan. Tapi bila cuti mid sem / cuti sem masa tu syurga internet laju nye masyaallah tak terkata tapi kadang ada masalah jugak. 

Bile internet dah laju depan mata macam-macam benda la rasa nak buat download movie la, online movie la, streaming tv la, download lagu la, cari assignment la, download nota dan lain-lain. Kan seronok kalau setiap univesiti atau di setiap kolej kediaman menyediakan kemudahan seperti ini untuk memudahkan pelajar melayari internet. Macam aku sebagai seorang blogger nak dapat update blog pon payah. Tunggu ada mood dan ada internet yang laju macam sekarang. Sebab sekarang aku berada dirumahku syurgaku. 

Kalau nak dapatkan internet kat Uni aku memang payah ko kena rajin gigih kena pergi perpustakaan atau mencari mana-mana tempat yang menggunakan Wifi atau internet yang laju dan boleh dikatakan untuk korang senang buat kerja yang menggunakan internet. Memandangkan aku dah lama tak update blog aku nie banyak benda sebenarnya aku nak cerita. Tapi aku ringkaskan jela dalam entry yang nie. Jom tengok aktiviti aku sepanjang tahun nie. 

nie masa aku cuti sem lepas seingat aku masa 14/2/2015 aku dipanggil untuk sesi photoshoot ephyra aku pergi la join kebetulan haritu tu jugak ada perlawanan bowling dengan keluarga haji moktar.

lepas habis tournement. buat tournement nie dekat metro in kajang. malam tu pulak ada makan-makan nasi arab kambing golek dekat rumah pakcik aku.
nie tak silap aku masa 7/3/2015 sukan antara ppk. nie gambar pasukan bola tampar perempuan dari ppkkp.

habis je sukan kita pergi berjimba ke jitra kedah tak jauh pon dari perlis setgh jam perjalan je. lepak makan sama hari pon nk senja singgah sekejap dekat tasik darul aman naik itik lepastu balik.

yang nie pulak reunion kecik dengan bekas diploma dulu nie je yang tinggal yang masih belum habis dan bakal habis dan tgh sambung belajar. masa nie 12/3/2015 kitorang lepak makan sembang dekat kfc arau jer.

then hari kelahiran ku 13/32015 kepada kawan-kawn terima kasih untuk kek birthday dan celebration nie. sangat menghargai jasa korang. love u all.

Read More..

Tuesday, February 17, 2015

Makan besar

0 comment
Cerita lama tertunggang baru ada masa dan rasa nak bercerita. Cerita yang minggu lepas bile aku pergi KL yang aku cerita pergi rumah kakak aku tgk MLM separuh akhir. Keesokkan nye rumah makcik aku dekat bandar tun razak ada buat kenduri arwah. Kenduri nya lepas zohor kitorang pon sampai elok orang nak mula makan. Makan sembang lepak gitu gini selesai semua gerak terus ke shah alam ada birthday party kawan kakak aku. 

Birthday party nye start pukul 3.00-6.00p.m. Birthday party nie buat dalam satu rumah kedai yang kedai tu memang untuk disewakan buat apa-apa event macam sambut birthday party nie. Birthday party nie meraikan kelahiran anak dan mama nye, Emran Hamzah & Elmira Azlan. Yang di jemput orang tertentu je aku terjoin sekali sebab aku naik satu kereta dengan kakak aku maka nya aku pon nak tak nak kena la join. Tidak la private party sangat.

Tema birthday party tu construction macam ada lorry, tools, etc. Best birthday party macamtu ada permainan untuk kanak-kanak. Tak adala budak-budak boring sementara makpak sibuk menyembang. Adala jugak aktiviti anak-anak. Habis je birthday party ke masjid shah alam singgah semayang asar dekat sana. Habis semayang asar terus gerak balik sebelum balik tu isi perut dulu pekena ikan bakar dekat area puchong. Nama kedai nye, Ikram Mikael Ikan Bakar, Puchong Gateway. Makanan lautnye sedap dan besar-besar pulak tu. Memang puas hati la kalau nak ajak makan malam dengan keluarga.Tempat pon selesa. 

Perut kenyang bergerak pulang balik rumah kakak aku dekat seri kembangan. Dekat je daripada kedai ikan bakar tu tadi. 

lama dah tak join birthday party gini. tu la tema yang aku cakapkan.

ni 1st time aku datang masjid shah alam. sesat weyh dalam nie semata-mata nak cari toilet jer.

menu makan malam aritu. sedapkan.
 
ikan siakap bakar

ikan siakap masak steam

kangkung goreng belacan

lala masak lemak cili api

sotong goreng tepung

ketam masak sambal

udang goreng butter

Read More..

Thursday, February 5, 2015

hujung minggu di KL

0 comment
Minggu lepas jalan pergi KL. Ada majlis tahlil dekat bandar tun razak rumah makcik aku kakak no2 mak aku. So gerak dari perak hari jumaat lepas maghrib dalam pukul 8 lebih betolak nyer. Alhamdulillah sepanjang perjalanan berjalan lancar dari perak terus ke KL tanda berenti mana-mana. Sampai je dekat seri kembangan singgah makan dekat kedai mamak dekat kawasan rumah kakak aku sebab masing-masing pon dah lama memang tunggu lapar betul baru singgah makan. 

Makan dekat kedai mamak namanya Maulana Bistro Corner, Putra Walk, Seri Kembangan. Best la kalau lepak mamak situ besar open and bersih la jugak. Makanan dia puas hati sedap semua nya. Malam tu makan berempat je aku, adik aku ngan mak ayah aku. Sampai maulana time tu pon dah pukul 11 lebih tapi kedai mamak paham la orang tetap ramai tak putus-putus orang datang. 

Perut pon dah kenyang hari pon dah lewat malam kang kesian kngah menunggu lama dekat rumah kitorang tak sampai-sampai lagi. Balik rumah bukan mau nak tidur sampai je rumah kngah layan MLM separuh akhir dulu. Dah kata peserta malam tu best-best belaka. Malam tu tema nye loghat dengan prop. Biasa la peserta ada best ada tak best ada so so jer. Nanti kan final MLM sapa pula menang minggu nie 6/2/2015.

nasi vanggay malam tu adik aku makan. nampak sangat lapar nya.

tosai ayah aku makan malam tu. besar tak tosai dia.

mak aku cakap capati dia best sangat aku tak rasa pon aritu.

ha nie of course la aku punye meal. nan cheese ayam tandori. jenuh jugak nak habis kan sebab makan tengah malam kan.

kenyang perut kita layan MLM pulak. layan nabil je malam tu dekat 10x la ulang lawak dia. tapi memang kelakor pon.


Read More..

tunang akmal 27/12/2014

0 comment
Masih cerita tahun lepas juga pasal pertunangan. Yang nie pasal abang aku bertunang dan kebetulan pada minggu yang sama kawan aku bertunag yang aku cerita entry sebelum nie. Cuma kawan aku tunang 25/12 abang aku pulak bertunang 27/12 beza dua hari je la. Tak jauh kan. Abang aku yang mana bertunang nie? Aku ada dua orang abang je yang bertunang nie nama nye Akmal. Bertunang dengan orang dekat je. Dekat mana? dekat seri iskandar, perak. Kalau dari rumah aku ke seri iskandar 20km je tak jauh kan. 

So tak lama lagi aku bakal dapat kakak ipar la pulak kan. Bile langsung nye pada 7/6/2015 belah lelaki nya. Jemput la kawan-kawan datang kenduri nanti ye sebab majlis buat pada minggu pertama cuti persekolahan. 

sebelum bergerak ke seri iskandar baca doa sikit moga semuanya dipermudahkan

sesampainye kitroang dirumah pihak perempuan. dalam dah penuh dengan jemaah lelaki kitorang duduk diluar saja la. sebelum majlis bertunang ada bacaan tahlil, makan tengahari baru la sesi bercakap antara keluarga untuk melangsungkan majlis perkahwainan nye bila.

menu pada hari kenduri aku pon tak ingat dah apa menu nya yang penting semua sedap.

sedikit hantaran pihak lelaki dan perempuan punya

selamat menajdai tunangan orang. mak sarungkan cincin ke bakal menantu.

sesi gambar perkenalan dengan bakal menjadi ahli keluarga.

bergambar dengan adik beradik. tu la bakal kakak ipar aku. nama siti afifah izzati.

sebelum pulang gambar bersama dengan bakal besan dan bakal menantu. sebenar nye bakal besan mak ayah aku nie kawan mak ayah aku jugak. memang kenal antara satu sama lain.

Read More..

Saturday, December 6, 2014

Kenduri kawen Razali dan Masitah

0 comment
Minggu lepas punye cerita. Ke padang serai, kulim menghadir jemputan kakak aku yang no dua adik ipar dia dua orang kawen sekali. Citenya kawen dua pasang la pada 30 November 2014, Ahad. Aku pon join la sekali memandang semua orang pergi kenduri hari ahad tu. Pasangan yang diraikan Razali & Zulaika, Iskandar & Masitah. Diorang nie kawen dengan orang dekat-dekat jer tu yang kawen belah masitah nie boleh buat dalam masa satu hari je kenduri nyer. Belah pengantin perempuan dan lelaki buat satu hari kenduri nyer. So ko bayangkan la macam mana nak uruskan dua kenduri dalam satu hari. Letihnye dekat pengantin la kot. Nasib baik la taman sebelah-sebelah jer. 

nie belah rumah dua pasangan pengantin razali dan masitah tadi. diorang tak ada bersanding ada makan beradap jer.

nie la pengantin nyer masitah yang diraikan. ce teka umur dia berapa. hehehe.

tengok warna baju pon dah sama dengan pengantin perempuan tadikan nie la pasangan nye iskandar namanya.

tengahari rembang nie dengan pakai baju pengantin nye korang paham je la macam mana kedaan nyer. dengan orang ramai datang tak berenti.

pengantin perempuan nie suka jeling2 pengantin laki nye.

pasangan kedua yang diraikan razali & zulaika.

dua pasangan pengantin yang adik beradik tu tau masitah dan razali tu

sesi potong kek lepas makan beradap


sesi photography dengan pengantin dalam bilik pengantin

selesai sudah di sebelah pengantin permepuan bergegas terus ke rumah pengantin lelaki ni gambar family diorg adik beradik belah laki.

bersama keluarga besar pengantin perempuan

sebelum meninggalkan majlis bergmbar sekeping atas pelamin dengan pengantin. tu la kakak aku yg pakai baju biru tu.

Read More..

Saturday, August 3, 2013

shopping raya lagi

0 comment
Selagi tak hari raya selagi tu la semua shopping complex nak di terjah nye. Haritu pergi sampai ke penang sana bershopping tak cukup ke sungai petani pulak kali nie balik perak pon singgah shopping dekat sini pulak. Menyinggah aeon seri manjung tadi. Dah tak ada apa nak buat apa lagi keluar berjalan la keje nya. 

Actually bukan la shopping raya sangat pon. Beli barang rumah mana yang dah habis. Shopping raya settle dah semua. Tunggu nak raya je sekarang nie. Mood raya memang tengah ada sekarang nie. Terbayang baju raya, kuih raya, makanan yang banyak, duit raya yang paling penting. Muahahahaha.. Raya tu memang la seronok tapi kepenatan tu dah ternampak-nampak dah. Penat nya nak mengemas rumah masyallah tuhan saja la tahu kan. Kalau mengemas rumah time raya nie lain macam sikit. Kena kemas habis-habisan. Tak nak nampak sikit habuk pon. 

Maklumla orang nak bertandang ke rumah hari raya nie. Semua tu perlu la dijagakan. Kang apa pulak orang yang datang rumah tu kata nanti. Okey la melalut la pulak aku nie berbalik ke pada intro aku tadi per shopping apa nye saja berjalan kakak aku tak pernah sampai lagi aeon manjung. So ajak la dia ke sana. Dia pon nak beli barang dia jugak. 

Keluar rumah tadi pon lewat jugak la jam 12.00p.m sebab pagi tu mak aku berkebun tu pon jenuh nak mengajak mak pergi ikut sekali katanya penat. Dalam penat pon pergi jugak ada jugak barang yang dibeli nye masa kat aeon tadi. Hehehehe. Aku pon tak kurang nye jugak kalau dah keluar dengan mak kakak aku tu nak la jugak rembat 1 2 barang kan. Hehehehe. 

Dari aeon terus ke bazar ramadan sebab dah pukul 4.00p.m bazar pon dh bukak walaupon tak banyak gerai lagi yang bukak atau pon ramai yang dah tutup gerai sebab nak raya nie kan. Kot semua pakat dah balik kampung ye la cuti sekolah pon dah mula. So gerai tak banyak bukak makanya beli apa yang ada je la. Dari bazar terus balik rumah. Aku pon penat dengan mengantuknya telena la kejap sampai rumah. Tertido sampai pukul 6.30p.m la sampai mak aku dah siap masak. Hahahaha. Teruk betul perengai. Hehehe. 

ofa yang tak puasa.

tak pasal² aku kena main kereta nie dengan ofa.

korang pergi shopping dekat aeon dapat rebate voucher RM5 untuk setiap pembelian yang berharga RM100.


Read More..

Tuesday, July 30, 2013

celebrated birthday atuk dan cucu

0 comment
Turun sungai petani haritu bertujuan nak sambut hari lahir ayah aku dengan anak buah aku yang no tiga ameera aufa. Birthday ayah aku jatuh pada 25.7.2013 dan birthday aufa pulak jatuh pada 27.7.2013 kebetulan lahir dekat-dekat tarikh nya. So dah tarikhnya dekat sambut sekali la. Tak ada la sambut meriah mana sekadar baca doa selamat dan potong kek sekadar cukup syarat. 

Birthday aufa masa hari sabtu tu siang kan puasa tak boleh la nak makan so makan kek masa sahur. Baca doa selamat masa maghrib masa berbuka puasa. Siang hari tu pergi shopping raya mula-mula ke aeon seberang perai, penang. Dekat je dengan sungai petani tak ada la jauh mana sebab ikut highway kan. Shopping mana ada kat sana yang berkenan di hati. Sempat la aku beli kasut sepasang dekat bata untuk raya nie. 

Habis pusing aeon tak ada apa yang bekenan sangat dekat sana. Terus balik sungai petani. Ingat nak la singgah aman jaya mall sekali hamik kau jalan jem dengan sesak nya sebab ada crew tv3 turun aman jaya mall. Sempena seindah ramdhan. Artis pulak ada turun nora danish dengan adi putra memang ramai la. Cancel pergi sana teruskan perjalanan ke central square. Dekat sana jugak orang tak ada la ramai mana tapi ramai la juga shoppig raya sebab time cuti masa tu je la terluang nak bershopping. Dekat the store jugak banyak pilihan and bekenan di hati. 

Kesuntukan masa hari pon nak dekat pukul 7.00p.m takut tak sempat je nak balik rumah nak berbuka puasa memikirkan dengan jalan jem lagi. Balik je dari central square singgah bazar ramadhan dekat dengan rumah kakak aku. Kelam kabut jugak la membeli juadah berbuka aritu bekeja-kejaran jugak la. Nasib baik semua nya sempat. Alhamdulillah. Sampai je rumah siap kan makan untuk berbuka semua on time duduk then berbuka puasa. 

blueberry cheese. nak la merasa cake SR yang lain kan. Okey la masam tapi masam sikit.

ofa yang lena tido sejak sampai di aeon seberang perai.

ofa pon sibuk nak shopping. ofa pon dah segar merayap² la dia satu butik nie.

nie yang jadi lambat nie nak pilih jam had mana bekenan di hati. bukan aku punyer.

ofa pon penat time to sleep. tengok la dia tidur macam mana.

Read More..
Real Time Web Analytics