Showing posts with label ofa. Show all posts
Showing posts with label ofa. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

shopping raya lagi

0 comment
Selagi tak hari raya selagi tu la semua shopping complex nak di terjah nye. Haritu pergi sampai ke penang sana bershopping tak cukup ke sungai petani pulak kali nie balik perak pon singgah shopping dekat sini pulak. Menyinggah aeon seri manjung tadi. Dah tak ada apa nak buat apa lagi keluar berjalan la keje nya. 

Actually bukan la shopping raya sangat pon. Beli barang rumah mana yang dah habis. Shopping raya settle dah semua. Tunggu nak raya je sekarang nie. Mood raya memang tengah ada sekarang nie. Terbayang baju raya, kuih raya, makanan yang banyak, duit raya yang paling penting. Muahahahaha.. Raya tu memang la seronok tapi kepenatan tu dah ternampak-nampak dah. Penat nya nak mengemas rumah masyallah tuhan saja la tahu kan. Kalau mengemas rumah time raya nie lain macam sikit. Kena kemas habis-habisan. Tak nak nampak sikit habuk pon. 

Maklumla orang nak bertandang ke rumah hari raya nie. Semua tu perlu la dijagakan. Kang apa pulak orang yang datang rumah tu kata nanti. Okey la melalut la pulak aku nie berbalik ke pada intro aku tadi per shopping apa nye saja berjalan kakak aku tak pernah sampai lagi aeon manjung. So ajak la dia ke sana. Dia pon nak beli barang dia jugak. 

Keluar rumah tadi pon lewat jugak la jam 12.00p.m sebab pagi tu mak aku berkebun tu pon jenuh nak mengajak mak pergi ikut sekali katanya penat. Dalam penat pon pergi jugak ada jugak barang yang dibeli nye masa kat aeon tadi. Hehehehe. Aku pon tak kurang nye jugak kalau dah keluar dengan mak kakak aku tu nak la jugak rembat 1 2 barang kan. Hehehehe. 

Dari aeon terus ke bazar ramadan sebab dah pukul 4.00p.m bazar pon dh bukak walaupon tak banyak gerai lagi yang bukak atau pon ramai yang dah tutup gerai sebab nak raya nie kan. Kot semua pakat dah balik kampung ye la cuti sekolah pon dah mula. So gerai tak banyak bukak makanya beli apa yang ada je la. Dari bazar terus balik rumah. Aku pon penat dengan mengantuknya telena la kejap sampai rumah. Tertido sampai pukul 6.30p.m la sampai mak aku dah siap masak. Hahahaha. Teruk betul perengai. Hehehe. 

ofa yang tak puasa.

tak pasal² aku kena main kereta nie dengan ofa.

korang pergi shopping dekat aeon dapat rebate voucher RM5 untuk setiap pembelian yang berharga RM100.


Read More..

Tuesday, July 30, 2013

celebrated birthday atuk dan cucu

0 comment
Turun sungai petani haritu bertujuan nak sambut hari lahir ayah aku dengan anak buah aku yang no tiga ameera aufa. Birthday ayah aku jatuh pada 25.7.2013 dan birthday aufa pulak jatuh pada 27.7.2013 kebetulan lahir dekat-dekat tarikh nya. So dah tarikhnya dekat sambut sekali la. Tak ada la sambut meriah mana sekadar baca doa selamat dan potong kek sekadar cukup syarat. 

Birthday aufa masa hari sabtu tu siang kan puasa tak boleh la nak makan so makan kek masa sahur. Baca doa selamat masa maghrib masa berbuka puasa. Siang hari tu pergi shopping raya mula-mula ke aeon seberang perai, penang. Dekat je dengan sungai petani tak ada la jauh mana sebab ikut highway kan. Shopping mana ada kat sana yang berkenan di hati. Sempat la aku beli kasut sepasang dekat bata untuk raya nie. 

Habis pusing aeon tak ada apa yang bekenan sangat dekat sana. Terus balik sungai petani. Ingat nak la singgah aman jaya mall sekali hamik kau jalan jem dengan sesak nya sebab ada crew tv3 turun aman jaya mall. Sempena seindah ramdhan. Artis pulak ada turun nora danish dengan adi putra memang ramai la. Cancel pergi sana teruskan perjalanan ke central square. Dekat sana jugak orang tak ada la ramai mana tapi ramai la juga shoppig raya sebab time cuti masa tu je la terluang nak bershopping. Dekat the store jugak banyak pilihan and bekenan di hati. 

Kesuntukan masa hari pon nak dekat pukul 7.00p.m takut tak sempat je nak balik rumah nak berbuka puasa memikirkan dengan jalan jem lagi. Balik je dari central square singgah bazar ramadhan dekat dengan rumah kakak aku. Kelam kabut jugak la membeli juadah berbuka aritu bekeja-kejaran jugak la. Nasib baik semua nya sempat. Alhamdulillah. Sampai je rumah siap kan makan untuk berbuka semua on time duduk then berbuka puasa. 

blueberry cheese. nak la merasa cake SR yang lain kan. Okey la masam tapi masam sikit.

ofa yang lena tido sejak sampai di aeon seberang perai.

ofa pon sibuk nak shopping. ofa pon dah segar merayap² la dia satu butik nie.

nie yang jadi lambat nie nak pilih jam had mana bekenan di hati. bukan aku punyer.

ofa pon penat time to sleep. tengok la dia tidur macam mana.

Read More..

Friday, July 26, 2013

Cuti Nuzul Quran

0 comment
Cuti nuzul quran nie ke sungai petani aku selama 3 hari 2 malam di taman palma dekat rumah kakak aku yang sulung. Minggu lepas kakak aku nombor dua dah balik perak berbuka puasa kali ni kitorang satu keluarga pulak turun sungai petani nak berbuka puasa sama-sama. Kebetulan pulak esok 27.7.2013 ulang tahun pertama ameera aufa jadi kitorang nak sambut sekali la tu dengan ayah aku punya birthday. Birthday ayah aku pulak jatuh pada 25.7.2013 dua hari sebulan birthday cucu nya.


sesampai nye kitorang dekat sini

tengah syok main dgn opah

penat main time to sleep
So apa je buat dekat sungai petani ni jalan-jalan saja la dekat nie. Tak ada apa buat pon. Bulan puasa apa je aktiviti boleh buat setakat cuci-cuci mata dekat shopping complex boleh la. Harini je dah masuk 4 shopping complex mula-mula ke Nagoya lepas tu ke Kamdar kemudian ke Village Mall last sekali ke Econsave. Mencari barang keperluan mana yang tak ada. 

Bulan puasa nie ingatkan orang tak ramai la keluar rupanya time-time cuti nie la diorang pakat keluar dengan keluarga diorang pergi membeli belah. Nak-nak dekat nak raya ni kan. Kitorang pulak pergi lepas jumaat waktu orang sibuk nak pergi bazar la jalan memang jem la. Jalan dekat sungai petani nie pulak aku tak paham betul la banyak nau cabang nyer. Pening aku nengok nye. 

1st time aku pergi bazar yang aku rasa agak panjang dan besar jugak la. Actually tak ada la besar tapi dia panjang kiri kanan penuh dengan gerai makan walaupon jual benda yang sama. Orang memang ramai la. Kalau sapa dok sungai petani nie memang tau la kat mana bazar tu bazar tu nama nya bazar taman ria. Makan dia pon okey la tak ada la yang tak menyelerakan. Boleh diterima tekak la. Balik dari bazar terus balik rumah kakak aku sebab masa tu dah pukul 7.00 p.m nak berbuka dah pon. Ngam-ngam sampai rumah berbuka. 

ondaway nak balik rumah kakak aku jalan jem teruk. memang banyak kete la time nie

orang tengah berbuka jadi baby siter jap aku menjaga ofa

berbuka sudah

dah penat berjalan apa lagi penat tido la dia

walaupon terjaga2 dia tetap mantain akan tido balik


Read More..

Saturday, February 23, 2013

BertTango dengan ofa

0 comment
Zaman dah maju. Zaman sekarang semua nya di hujung jari. Untuk melepaskan rindu dengan anak buah aku sorang nie (ameera aufa) a.k.a ofa kitorang panggil semalam aku ajar kakak sesuatu benda yang baru. Kakak aku sorang nie bab-bab nie slow sikit. Aku suruh dia install satu application yang dipanggil Tango. Sekarang Tango buka saja boleh video call tapi boleh jugak chat. Korang takyah la riso sebab Tango nie connect dengan internet so free call je la. Korang nak bervideo call berapa lama pon boleh. 

So semalam bertango la aku dengan kakak aku. Video nya muka ofa suara latar suara mama ofa la. Lepas nie boleh la selalu Tango dengan kakak aku. Kakak aku nie facebook tak ada mana nak upoload gambar ofa ke apa. Twitter pon tenggelam timbul. Sekarang semua dah canggih. Gambar sent pakai LINE nak video call pakai Tango. Lepas la rindu opah dengan atuk nya semalam dapat tengok ofa.

nie la sibulat ameera aufa.
nie LINE ramai yang tau LINE

nie pulak Tango ramai yang tak tau Tango nie.


Read More..
Real Time Web Analytics