Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

wedding fahmee

0 comment
Menghadiri jemputan kawen kawan aku masa SM Teknik Seri Iskandar dulu. Kebetulan bakal bini dia orang bagan serai dapat la aku hadirkan diri dan memeriahkan majlis. Aku pulak masa tu ada dekat perlis dan kebetulan pulak budak rumah aku memang orang sana so senang la aku nak kesana sebab kawan aku boleh tunjuk kan jalan aku memang tak tu tempat tu dan memang pertama kali aku sampai bagan serai. 

Alhamdulillah sampai jugak aku dekat majlis tu. Kawan aku yang kawen ni nama nye fahmee. Nikah dan resepsi sebelah perempuan hari yang sama pada 28/3/2015 (sabtu). Jam 10.00pagi akad nikah dan jam 1.00tgh bersanding. Aku sebenarnya dah lama tak jumpa dengan fahmee nie tau-tau je dia nak kawen dah dia ada invite aku dekat facebook ke majlis perkahwinan nya. Dan rezeki aku dapat jumpa dengan dia selama 8 tahun baru jumpa balik. Last kitorang jumpa masa tahun 2007 tak silap aku. 

Jumpa fahmee nie perangai dari zaman sekolah sampai la sekarang sampai dah sah jadi suami orang pon masih tak berubah perangai nye. Perangai yang suka buat lawak dan tak pernah nak serious. Tapi alhamdulillah semuda 25 tahun kau telah berjumpa dengan jodoh ko yang aku rasa sangat sesuai dengan ko. Ucapan dari aku untuk korang berdua selamat pengantin baru semoga perkahwinan korang kekal hingga ke syurga. Selamat melayari bahtera perkahwinan. 

ini la pengantin perempuan nya nurbaizura. alhamdulillah sudah pon bergelar seorang isteri.

nie la kawan aku fahmee. gambar baru lepas akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.

pembatalan air semayang.

bersanding sama padan sama cantik diorang berdua nie.

diorang nie bercinta sejak dari zaman plkn lagi masa tu tahun 2008 hampir 8 tahun diorang bercinta. setia jugak kawan aku sorang nie.

aku happy tengok kawan-kawan aku happy. tahniah sekali lagi..

Read More..

Saturday, December 6, 2014

Kenduri kawen Razali dan Masitah

0 comment
Minggu lepas punye cerita. Ke padang serai, kulim menghadir jemputan kakak aku yang no dua adik ipar dia dua orang kawen sekali. Citenya kawen dua pasang la pada 30 November 2014, Ahad. Aku pon join la sekali memandang semua orang pergi kenduri hari ahad tu. Pasangan yang diraikan Razali & Zulaika, Iskandar & Masitah. Diorang nie kawen dengan orang dekat-dekat jer tu yang kawen belah masitah nie boleh buat dalam masa satu hari je kenduri nyer. Belah pengantin perempuan dan lelaki buat satu hari kenduri nyer. So ko bayangkan la macam mana nak uruskan dua kenduri dalam satu hari. Letihnye dekat pengantin la kot. Nasib baik la taman sebelah-sebelah jer. 

nie belah rumah dua pasangan pengantin razali dan masitah tadi. diorang tak ada bersanding ada makan beradap jer.

nie la pengantin nyer masitah yang diraikan. ce teka umur dia berapa. hehehe.

tengok warna baju pon dah sama dengan pengantin perempuan tadikan nie la pasangan nye iskandar namanya.

tengahari rembang nie dengan pakai baju pengantin nye korang paham je la macam mana kedaan nyer. dengan orang ramai datang tak berenti.

pengantin perempuan nie suka jeling2 pengantin laki nye.

pasangan kedua yang diraikan razali & zulaika.

dua pasangan pengantin yang adik beradik tu tau masitah dan razali tu

sesi potong kek lepas makan beradap


sesi photography dengan pengantin dalam bilik pengantin

selesai sudah di sebelah pengantin permepuan bergegas terus ke rumah pengantin lelaki ni gambar family diorg adik beradik belah laki.

bersama keluarga besar pengantin perempuan

sebelum meninggalkan majlis bergmbar sekeping atas pelamin dengan pengantin. tu la kakak aku yg pakai baju biru tu.

Read More..

Saturday, April 27, 2013

karoke

0 comment
Aku memang suka menyanyi weyh tak kira la kat mana sahaja aku berada tapi tengok tempat jugak la kalau nak menyanyi tu. Lagi best kalau pergi berkaroke. Tu memang paling aku suka la. Last aku karoke dengan member baik aku masa bulan 3 baru nie. 

Kebetulan pulak 27.4.2013 baru nie sepupu aku kawen harusla ada dj dengan set karoke nya. Aku pon apa lagi amik kesempatan yang ada lewat sikit majlis mula mencari lagu untuk kau rosak kan. Hahahahahaha. Lantak kan memang puas hati weyh kalau dapat karoke nie. Bukan 1 2 lagu je aku nyanyi berlagu-lagu aku nyanyi entah apa lagu pon aku tak tau layan kan je la. 

Tak cukup petang berkaroke sambung sampai ke malam sampai pukul 12.00a.m pulak tu. Nasib baik la pakcik dj tu sporting baik hati peramah. Layan kan je la kitorang 1 family nie nak nyanyi lagu apa je. Macam-macam lagu ada. Dari yang lama sampai la yang terbaru. Puas hati la haritu dapat berkaroke. Sampai serak-serak la suara aku bersungguh nya menyanyi.
Read More..

Sunday, February 10, 2013

Hari makan sedunia

0 comment
Aku rasa harini hari makan sedunia kot. Daripada aku celik mata sampai la ke malam tadi aku makan tak berenti. Aku bangun jam 10.00a.m mak aku dah ajak pergi kenduri kawen. Harini je ada empat orang kawen 1 kenduri kesyukuran. Kalau pergi kenduri nie tak sah kalau tak makan. Kalau tak makan nasi pon makan yang ringan-ringan pon okey dah. 

1st wedding yang jauh dulu pergi dekat teluk bakong. 2nd pergi wedding dekat padang changkat. 3rd pergi kenduri kesyukuran dekat kawasan rumah jer. 4rd pergi kenduri kawen dekat rumah jugak. Sampai pukul 1.00p.m jugak la baru sampai rumah. Fuhhhh masa tu perut memang penuh la dan terasa kenyang. Lepas zohor sambung pergi kenduri kawen dekat manjung pulak. Sambung makan lagi. 

Lepas ke manjung cadangnya nak jumpa opah pergi la rumah opah alih-alih tengok tak ada orang kat rumah patah balik rumah kata opah ada dekat rumah makyong. Sekali dengan maknyah semua. So petang tadi buat makan-makan sikit dekat rumah makyong menu nya laksa made by maknyah. Malam sambung makan nasi pulak. Aku tak ada la makan nasi. Aku makan lauk pauk je la. Sebab perut dah full.




Read More..

Saturday, February 2, 2013

housekeeping

0 comment
Hujung minggu aku yang agak busy. Busy dengan mengemas rumah. Aku tengah sedap tidur pagi tadi dengar pulak orang mendrill. Apa yang di drill aku pon tak tau la. So gangguan di situ. Terus je bangun buat apa yang patut. Bermula la tugas aku sebagai housekeeping. 

Harini jadi housekeeping agak berat kerja nya. Sebab orang wiring dengan orang aircond datang rumah. Memasang wiring dengan aircond korang paham je la dengan habuk, pasir semua. So secara kebetulan langsir rumah pon lama tak basuh so menurun kan semua sekali langsir yang ada. So tiada la langsir dirumah nie. Nak lepak depan tv pon tak ada privacy sebab sliding door tak berlangsir sebab pergi hantar dobi. 

Memang bergelumang la aku dengan habuk tadi. Sangat banyak habuk. Mak kata langsir tak pernah basuh sejak kawin kngah sampai la kangah anak dua nie baru ada masa and kesempatan nak basuh. Nak basuh tu satu hal nak pasang balik tu agak jenuh jugak la. 

Settle wiring dengan aircond semua. Mengemas la hampir satu rumah jugak la. Sendirian la aku menyapu, mengvaccum, mengemop. Agak meletih kan. Harini pon tak ada masak apa. Makan kenduri je harini tengahari tadi ada dua wedding harini. Kenduri kawin satu dekat kawasan rumah satu lagi dekat bota. Dari bota tadi terus ke seri iskandar nak pergi hantar dobi and then balik rumah tidur sampai la kepetang. Bangun tidur sambung lipat kain yang bertimbun. 

kerja wiring dan memasang aircond sedang dijalan kan. korang bayangkan la macam mana keadaan ruma time tu


Selepas dipasang. memang puas hati aircond dah elok and sejuk.

baju yang bertimbun nie. stok seminggu punya baju. baru siap lipat dari pukul 7-8p.m


Read More..

Saturday, December 22, 2012

ke selayang

0 comment
Seawal pagi aku telah dikejut kan. Bangun pagi dengan elektrik tak ada. Sungguh dugaan bagi aku di pagi hari. Masuk bilik mandi hanya betemankan lampu suluh telefon bimbit. Mandi dengan keadaan tergesa-gesa. Sampai tangan terlanggar kepala paip. Memang sakit cakap kau.

Siap je mandi masuk bilik alhamdulillah elektrik sudah ada. Boleh la aku iron tudung. Aku pon bersiap. Jam hampir pukul 9.00a.m tapi mak dengan ayah aku masih belum bersiap lagi untuk bergerak ke KL. Pagi nie ke selayang untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan mak ayah aku yang merupakan jiran masa dekat gombak dulu. Masa tu aku da lahir ke belum aku pon tak tau la. 

Keluar rumah bertolak dari perak terus ke KL jam 9.00 lebih. Alhamdulillah perjalanan ke KL berjalan lancar tiada incident yang tidak di ingini berlaku. Majlis perkahwinan bertempat di ideal convention centre selayang. Elok je sampai selayang hujan pon turun dengan lebat. Nasib baik la majlis nya dibuat di tempat bertutup. Tak ada la kena tempias hujan atau basah ke. 

Masa sampai tu pengantin tengah makan beradap. Memang ramai jugak la orang yang datang. Dekat convention centre tu bukan satu majlis perkahwinan je yang ada tapi ada dua. Lagi satu majlis perkahwinan orang india. So keadaan dewan tu jadi lagi sesak sebab ada dua majlis perkahwinan.

Menu makan tadi nasi briani. Ada la makanan sampingan macam laksa, kuih muih, cendol dan sebagai nya. Aku makan nasi je la. Dah makan nasi kenyang tak ada la makan benda lain dah. 

sampai sini dah jadi macam reunion aku rasa. kawan-kawan mak ayah masa dok gombak dulu.

pelamin yang sangat cantik. tema pengantin warna biru

pengantin tengah makan beradap sambil menonton tayangan multimedia

nie la family pengantin. 

kek pengantin

anak yang kawen nie laki-laki. nama nya azrul azli & rosnadiah

bergambar bersama tuan rumah. Dato' Hj Ramle & Datin Hjh Azmon

Read More..

Saturday, November 17, 2012

sungai petani & wedding kak intan

0 comment
Alhamdulillah aku telah selamat sampai di negeri jelapang padi. Aku sekarang berada di taman palma, sungai petani kedah. Dekat sini aku duduk rumah kakak aku yang sulung. Dia duduk sini la kerja pon dekat sini. Sebelum meneruskan perjalan ke sungai petani ada singgah satu rumah orang kawen dekat lekir. Anak kawan ayah aku kawen. Agak jauh jugak la lekir tu. Nasib baik la satu jalan je nak ke sungai petani tak ada la kena mematah balik. 

Bertolak dari rumah jam 9.00 lebih lepas breakfast siap-siap terus gerak ke lekir. Singgah sana kejap jumpa kawan mak ayah aku lepas tu baru gerak sungai petani. Sampai dekat rumah pengantin pon masa tu awal lagi pengantin pon baru lepas akad nikah. So tak sempat la nak makan apa semua cuma sempat jumpa tuan rumah dengan dapat doorgift dari rumah pengantin. 

Dalam perjalan nak ke sungai petani tu ada sedikit jam dekat terong tu yang membuatkan perjalanan jadi lambat. Kalau tidak boleh sampai lagi awal kot sebab memang tak ada berenti mana-mana pon. Kalau ikut kan nak kejar ke sungai petani tu nak pergi wedding kawan kakak aku, intan. Kebetulan pulak harini dia kawen. Memang nak la kesana untuk memeriahkan majlis. Tapi tengok kedaan la kalau sempat singgah la kesana kejap.

Sesampai je dekat sungai petani perut masing-masing pon dah lapar singgah sekejap makan tengah hari dekat kedai makan deret rumah kakak aku. Lepas makan baru nak ke rumah kakak aku, klong. Tapi sebelum tu call dulu k.long sebab dia pergi wedding kawan dia dekat D'visa hotel. Dekat je hotel nya dengan rumah. Ikut kan memang tak nak la kesana sebab kan dah makan apa semua ingat nak balik umah k.long rehat-rehat tidur je la. Tapi dia ajak ke sana so teruskan perjalan ke D'visa hotel untuk memeriahkan kenduri kawen intan. Tak ada la ramai yang datang pon. Cuma keluarga belah laki, lecturer uitm lepas tu student tu pon tak ramai yang datang. Makanan banyak lebih kot. Dah jumpa pengantin balik rumah k.long time untuk berehat-rehat.  Korang mesti teruja nak tengok pengantin nya kan. Jom layan kan gambar bawah nie. 

pengantin baru selesai akad nikah

pengantin lelaki tengah semayang sunat
sempat tangkap gambar pelamin nya. tema dia hijau cantik.

 tu la pengantin yang diraikan. tengah makan beradap masa kitorang sampai tu.


si kecik ameera aufa anak buah aku la.


tu la kawan kakak aku nama nye intan. aku panggil kak intan. nama suami nye apa aku pon lupa tanya.


antara hantaran nya al-quran


kain pasang untuk baju kurung


apa nie aku tak tau la


hantaran belah laki dan perempuan


kasut


kemeja dan tie


set wallet


apa nie? makanan kot. hahaha


kek untuk pengantin


apa nie barang make up kot.


perfume


kek


student uitm datang memeriahkan majlis leturer nya


pengantin laki kerja sebagai cikgu asal nya johor bahru


pengantin perempuan pulak sebagai lecturer


sempat bergambar family kakak aku dengan pengantin baru




































Read More..
Real Time Web Analytics