Showing posts with label smtsi. Show all posts
Showing posts with label smtsi. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

wedding fahmee

0 comment
Menghadiri jemputan kawen kawan aku masa SM Teknik Seri Iskandar dulu. Kebetulan bakal bini dia orang bagan serai dapat la aku hadirkan diri dan memeriahkan majlis. Aku pulak masa tu ada dekat perlis dan kebetulan pulak budak rumah aku memang orang sana so senang la aku nak kesana sebab kawan aku boleh tunjuk kan jalan aku memang tak tu tempat tu dan memang pertama kali aku sampai bagan serai. 

Alhamdulillah sampai jugak aku dekat majlis tu. Kawan aku yang kawen ni nama nye fahmee. Nikah dan resepsi sebelah perempuan hari yang sama pada 28/3/2015 (sabtu). Jam 10.00pagi akad nikah dan jam 1.00tgh bersanding. Aku sebenarnya dah lama tak jumpa dengan fahmee nie tau-tau je dia nak kawen dah dia ada invite aku dekat facebook ke majlis perkahwinan nya. Dan rezeki aku dapat jumpa dengan dia selama 8 tahun baru jumpa balik. Last kitorang jumpa masa tahun 2007 tak silap aku. 

Jumpa fahmee nie perangai dari zaman sekolah sampai la sekarang sampai dah sah jadi suami orang pon masih tak berubah perangai nye. Perangai yang suka buat lawak dan tak pernah nak serious. Tapi alhamdulillah semuda 25 tahun kau telah berjumpa dengan jodoh ko yang aku rasa sangat sesuai dengan ko. Ucapan dari aku untuk korang berdua selamat pengantin baru semoga perkahwinan korang kekal hingga ke syurga. Selamat melayari bahtera perkahwinan. 

ini la pengantin perempuan nya nurbaizura. alhamdulillah sudah pon bergelar seorang isteri.

nie la kawan aku fahmee. gambar baru lepas akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.

pembatalan air semayang.

bersanding sama padan sama cantik diorang berdua nie.

diorang nie bercinta sejak dari zaman plkn lagi masa tu tahun 2008 hampir 8 tahun diorang bercinta. setia jugak kawan aku sorang nie.

aku happy tengok kawan-kawan aku happy. tahniah sekali lagi..

Read More..

Thursday, May 19, 2011

selamat hari guru

0 comment
Walaupon hari guru dah lama lepas. tak lama jugak la baru je 3 hari lepas yang disambut  pada 16.5.2011 (isnin) dan disambut di semua sekolah di seluruh malaysia. sapa yang masih berekolah masih merasa kehangatan hari guru. yang dah lepas sekolah pulak merindui zaman menyambut hari guru sama juga dengan aku yang merinduikan zaman sekolah dan cikgu-cikgu sekolah serta sambutan hari guru. 

Bila hari guru yang paling best cikgu-cikgu la kan sebab terasa diri nye dihargai dan diingati. kalau macam aku nie honestly aku tak ingat dan tak ada sorang cikgu pon yang menambat hati aku masa zaman sekolah dari sekolah rendah sampai la aku ke sekolah menengah. sorry la cikgu-cikgu. bukan la tak ingat tapi ingat gitu-gitu je la.

Kalau korang nak tau parents aku dua-dua nya cikgu tau. so ramai la kan anak murid mak ayah aku nie. dari zaman sekolah menengah sampai la diorang dah keje masih lagi ingat  dekat mak aku nie. masih lagi wish happy teacher's day. wish je pon dah buat cikgu rasa happy dan dihargai tau. punye seronok tu bercerita la anak murid zaman ngajar dekat mahad mesej wish teacher's day. tak ke seronok tu. rugi la cikgu-cikgu yang dapat anak murid macam aku nie tak wish pon dekat diorang. ater nya macam mana nak wish no diorang pon aku tak ada. 


Asal la aku tetiba je story pasal hari guru nie sebab tadi pukul 1.30 - 3.30 p.m aku terpacak depan tv tengok cerita melayu lama tak layan sebab tajuk nya menarik dan pelakon nya pon menarik. tajuk cerita nye lilin yang terbiar. dalam hati aku nie mesti cerita pasal hari guru nie. memang betul pon. cerita yang sangat menyayat hati. serius aku tengok cerita nie meleleh air mata aku. 
kisah pasal budak laki yang nakal, hafeez masa zaman sekolah dan membeci seorang cikgu disiplin, cikgu mokhtar yang suka menyibuk hal dia. sehinggakan hafeez membalas dendam kepada cikgu mokhtar yang menuduh cikgu mokhtar la meyebabkan kematian ayahnya. sehingga suatu hari kawan baik hafeez iaitu lokman datang kerumah dan memberi kata semangat untuk hafeez berubah. dah sehingga hafeez berjaya dan sekarang nie hafeez sudah pon bekerja dan menjadi seorang guru disiplin di sekolah dia. 
So daripada cerita yang aku share dekat korang nie mungkin ada yang teringat zaman kenalan diorang masa zaman sekolah dulu buat nakal dengan cikgu-cikgu ke mintak ampun mintak maaf la korang dekat cikgu-cikgu korang tu. tanpa diorang siapa la kita sekarang nie. 

Kalau korang nak tau aku dulu mendapt pendidikan awal di beberapa buah sekolah.
  1. SK Convent Kajang darjah 1-3 (1997-1999)
  2. SK Bota kanan darjah 4 - 6 (2000-2002)
  3. SMKA Slim River tingkatan 1-3 (2003-2005)
  4. SMT Seri Iskandar tingakatan 4 - 5 (2006-2007)
Dalam empat buah sekolah yang aku dapat pendidikan di sini ada cikgu yang masih aku ingat nama dan ada yang aku tak ingat nama. dan ada yang cikgu masa kenal nama aku dan ada mungkin dah tak kenal or cam aku tu aku tak kisah la sebab aku pon ingat-ingat lupa cikgu-cikgu aku nie. pape pon masih belum terlambat untuk aku wish selamat hari guru kepada cikgu-cikgu di seluruh malaysia especially to my parents happy teacher's day tanpa diorang siapa la kita harini. layankan je la gambar aku zaman sekolah dulu.

masa aku form 4. kelas 4PKA1 guru kelas cikgu junidah dan cikgu rohanizah. cikgu junaidah mengajar aku sejarah cikgu rohanizah mengajar aku bahasa melayu.

masa aku form 5. kelas 5PKA2 guru kelas cikgu kamal dan cikgu nazri. cikgu kamal mengajar aku bahasa melayu cikgu nazri mengajar aku lukisan kejuruteraan.

Read More..

Sunday, April 3, 2011

SMTSI a.k.a SMVSI

0 comment
Hai you all diluar sana. maaf la yer entry harini keluar lambat sikit. sebab blogger nye busy harini. busy ker. alasan je semua tu. today i want to story about my school at seri iskandar. wah lama giler aku tak menjejak kan kaki ke sekolah aku nie yang dulu diberi nama SMT Seri Iskandar (SMTSI) tapi kini sudah bertukar nama kepada SMV Seri Iskandar (SMVSI). beza nye T dan V, T for teknik V for vokasional.

Harinie aku ke Seri Iskandar atas urusan 1st hantar cousin aku balik asrama. wah ikut jejak aku tu sekolah dekat sinie. cousin aku tu laki-laki yer amir nama nye berusia 16 tahun baru form 4. amik bidang amalan bengkel mesin (ABM). *tetiba story pasal cousin aku pehal. 


Okay back to the topic aku sekolah sini dulu masa batch 2006-2007. lama tak lama sangat n baru tak baru sangat la. baru je 3 tahun tinggal kan zaman sekolah. habis je sekolah lepas tu tak jenguk-jenguk dah sekolah. punye la tak suka nye aku dengan memori dekat sekolah nie tak ada yang menarik dan boleh disimpan dalam ingatan aku nie. yang pahit ada la. yang manis langsung tak ada. tu pon aku malas nak ingat.

Okey SMT nie semua orang tau yang disini menawarkan pelbagai kos kemahiran. masa zaman aku sekolah sini masih ada 2 aliran iaitu tkenik dan vokasional. aku aliran teknik dan mengambil jurusan kejuruteraan awam. entah macam aku boleh terpikir nak masuk sekolah nie pon aku tak tau. dah la jauh nun di seri iskandar lepas tu jadi outsider pulak tu. giler la habis duit minyak hantar aku dekat sekolah jer. pergi jer 20km kalau pergi balik 40km habis duit minyak RM50 sehari. yang hantar aku sekolah dulu mak aku la. mak aku cikgu sekolah dekat SMKDARY bota jer. alang-alang nak keluar pergi sekolah hantar la aku dulu ke sekolah. * mekaseh mak hantar ina pergi balik sekolah dulu.

Aku bukan nye tak mau duduk hostel tapi malas la aku sebab aku pengalama dok hostel nie 3 tahun masa dekat SMKASR dulu. aku dah tau dah flow dok hostel nie macam mana. kalau aku dok luar at least aku boleh la attand tuisyen. kalau dalam kelas pon dok main-main tusyen la membantu ku. membantu ker? ada la membantu tu pon subjek add math yang paling ku suka zaman sekolah dulu. tapi sayang dapat 5C jer. okey la tu kan kredit la jugak. alhamdulillah. 

Dan lagi satu nak ceri pasal SMT nie dalam adik badik aku, aku sorang je la yang tercampak masuk ataupon diberi peluang bersekolah disinie. pelik kan. dari kakak aku yang 1st sampai la abang aku semua sekolah dengan mak aku. tapi aku dengan adik aku tak pernah pon berkesempatan nak sekolah dengan mak aku. aku sekolah SMT adik aku sekolah SMKA. 

So aku telah menamatkan zaman sekolah aku sampai form 5 sahaja la di SMTSI nie la aku mengambil SPM pada tahun 2007. alhamdulillah walaupon result SPM aku tak seberapa tapi aku dapt meneruskan pengajian aku di IPT. mula-mula aku ditawarkan di politeknik ungku omar (PUO) untuk meneruskan jurusan aku masa zaman sekolah teknik dulu jurusan kejuruteraan awam dalam sijil. seminggu elok je habis orentasi dekat PUO aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajian aku di UniMAP dalam jurusan yang lari dari bidang aku masa sama sekolah teknik dulu aku amik diploma kejuruteraan komputer. aku belajar di UniMAP sejak 2008 hingga la sekarang. *alhamdulillah berkat doa family, kawan-kawan dan diri aku sendiri aku masih meneruskan pengajian di UniMAP. doakan aku habis belajar di UniMAP dengan memegang diploma kejuruteraan komputer.

Ini la kisah aku zaman sekolah teknik. kejayaan tak berapa cemerlang masa SPM tapi melayakkan aku untuk belajar hingga ke peringkat IPT. alhamdulillah dan bersyukur sangat-sangat. siyes aku tak berapa ingat sangat kawan-kawan zaman SMT cikgu-cikgu nya apatah lagi. yang aku igt cikgu lisa je cikgu add math aku. yang paling aku rindu ialah zaman SMKA dulu. tu kawan-kawan paling best penah aku kenal. siyes aku cakap. 

Lepas je aku hantar cousin aku balik hostel tujuan kedua ke kedia dobi hantar baju mak kau untuk di iron. nie bukan kes malas ye tapi kes tak sempat sebab banyak keje nak buat dekat sekolah dan rumah. selesai di seri iskandar pulang terus ke seri-alfaizin.

Kesian korang dah penat membaca kan. jom-jom kita layan gambar bawah nie. gambar SMVSI yang lama aku tak jejak kan kaki disini. nie pon amik gambar dok dalam kete tak turun kete pon.

asrama putera block apa aku tak tau la

tengok sign board amaran nie. besar-besar dah tulis kalau tak paham lagi tak tau la

kawasan block physic kalau tak silap aku

aku tak pasti la bangunan apa nie. yang aku tau dia berhampiran dengan block asrama putera

pejabat pengetua dan entrance sekolah. lencana tu lambang sekolah

pejabat pengetua juga

misi dan visi sekolah

pintu pagar sekolah
Read More..
Real Time Web Analytics