Showing posts with label smkasr. Show all posts
Showing posts with label smkasr. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

tunang uya 25/12/2014

0 comment
Cerita tahun lepas aku baru nak cerita tahun nie. Tapi tak ada la lama sangat cerita nyer. Adala nak dekat dua bulan punya cerita. Hehehe.. Kawan masa sekola slim river dulu dah bertunang dah. Dia ni antara geng aku la zaman sekola dulu. Kitorang satu geng 8 orang dua dah bernikah tinggal 6 orang lagi la kan. Sorang nie pulak dah bertunang. Lupa pulak nama kawan aku yang bertunang nie Uya nama nye. Nama penuh Rodhiyah nama manja Uya je kitorang panggil. 

Dapat la jugak aku datang kenduri tunang uya aritu. Uya bertunang dekat air kuning, taiping perak. Kebetulan dia bertunang masa tu aku tengah study week so boleh la aku hadirkan diri memeriahkan lagi majlis. Uya bertunang dengan orang perak jugak  tak silap aku orang trolak ke bukan. Ntah lupa dah. Uya betunang aritu masa public holiday 25/12/2014 masa krismas dan masa tu jugak la cuti sekolah. So tak ada hal la kawan-kawan nak datang kenduri dia. 

Aku datang dari perlis sebab kebetulan aku memang nak balik perak so subuh-subuh lagi aku dah gerak dari perlis sampai dekat exit changkat jering tapat jam 9.00a.m. Laju jugak aku bawak bukan la jalan lengang masa tu, tu yang boleh sampai awal. Masa tu aku sorang je baru smapai nak menunggu kawan-kawan lain sampai aku sarapan dulu dekat mana kedai makan yang bukak pekenan roti canai pagi tu. Sejam jugak la aku menunggu yang lain sampai dekat pukul 10.00a.m didie baru sampai baru la gerak sesama g umah uya sebab aku tak pernah sampai pon rumah uya nie la pertama kali nye. 

Sampai rumah uya aku pon lama jugak tak jumpa uya lepastu sorang-sorang sampai ila pastu shipaa dengan manis tengahari sikit syu pulak sampai. Tu je kawan-kawan sekolah yang datang haritu yang lain semua tak dapat nak hadirkan diri sebab memasing busy kan. Ada je aktiviti time cuti sekolah. Dah berjumpa kawan lama bersembang makan sampai la ke petang. Dalam pukul 3 lebih gerak balik rumah masing-masing. Time tu pon musim hujan so macam bahaya la kalau nak balik lewat-lewat. Alhamdulillah sampai rumah pon dalam pukul 6 lebih masa tu. Tengah jalan hujan lebat memang tak nampak jalan la masa tu. Nasib baik la tak banyak kenderaan masa tu. 

pekenalkan dari kiri shipaa, didie, manis, ila

kek tunang merupakan hantaran

sedikit hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

rombongan lelaki baru sampai. nak usya tunang uya tu yang pakai baju merah tu.

uya dengan bakal mak mertua menyarung cincin. selamat menjadi tunangan orang.

reunion kecik nama nye nie. dari kiri aku kenal kan lagi shipaa, ila, uya, aku, didie, manis

ni la rodhiyah ahmad a.k.a uya. TAHNIAH UYA!




p/s: maaf uya sampai sekarang aku tak pos lagi gambar tunang yang ko mintak tu.
Read More..

Saturday, November 29, 2014

teringat zaman SMKA

0 comment
Teringat aku masa zaman SMKA dulu 11 tahun yang lepas masa tu aku sekolah SMKA Slim River dari tingkat 1-3 jer aku dekat sekolah tu lepastu aku keluar pergi sekolah teknik pulak. Masa zaman SMKA dulu memang best macam-macam aktiviti dan program yang dianjurkan. Seronok je bile ada macam-macam program contohnya nasyid, kem ibadah, berbuka puasa bersama dll.

Apa yang buat aku terkenang dengan zaman sekolah sebab semalam aku ada join majlis berbuka puasa di surau UniMAP. memang ramai yang datang semalam. bukan setakat berbuka puasa je semalam macam-macam pengisian yang ada semalam antaranya soalat jemaah maghrib isyak, berkasidah, berzikir, tazkirah pendek dll. 

Harini pulak ada battle of nasyid dekat dewan terbuka kolej kediaman tan sri aishah ghani (KKG), wang ulu. masa SMKA dulu pon selalu je buat pertandingan nasyid aku sendiri pon pernah join pertandingan nasyid masa sekolah dulu. memang best tengok pertandingan nasyid nie. nak pulak dengan surau dan lagu yang best diorang pulak pandai main gendang sendiri. tu yang buat lagi best tu. tapi tadi macam ada kurang sikit la nasyid nya. ada yang best ada yang biasa-biasa je. tapi terhibur la jugak. kepada yang berjaya ke peringkat akhir esok tahniah yang kurang bernasib baik boleh cuba lain tahun. in sha Allah.


juadah berbuka puasa semalam makan nasi dalam talam. satu talam enam orang. 1st time aku makan nasi dalam talam nie.


soalat berjemaah maghrib dan isyak



masa nie mendengar tazkirah, kasidah dan nasyid.


wakil nasyid daripada kolej kediaman tan sri aishah ghani


ini pon wakil kumpulan dari kolej yang sama kolej kediaman tan sri aishah ghani




wakil daripada utara no voice nama kumpulan nya.
Read More..

Friday, August 19, 2011

cuti nuzul quran

0 comment
Hari selasa baru nie aku turun jitra. sebab kawan aku zaman sekolah dulu turun jitra. lama gila tak jumpa dengan dia. last jumpa dengan dia tahun 2005 kira la berapa tahun tak jumpa. walaupon duduk satu negeri tapi dia jauh dia gerik. kebetulan pulak dia tengah cuti sem 4 bulan aku pon free ada la masa aku jumpa dengan dia.

Macam biasa la selalu kalau turun jitra aku tido semalam dekat sana kebetulan rabu perlis cuti nuzul quran tapi kedah tak cuti pon sebab dah amik cuti masa 1st day puasa haritu. so rabu tu kawan-kawan aku ada kelas la lepas asar baru la aku gerak pulang ke perlis.


Aktiviti sepanjang berjumpa dengan kawan-kawan aku dekat sana. 1st destinasi ke alor star mall aku nak cari seluar tapi tak bekenan pon terus gerak ke star parade jalan-jalan sana sampai la waktu berbuka puasa. maklumla waktu puasa apa la aktiviti yang boleh buat sangat. kitorang berbuka lepas semayang maghrib. berbuka haritu agak western sikit berbuka dengan kfc. lepak sembang dekat kfc sampai pukul berapa aku pon tak tau lepas tu baru gerak balik tidur rumah uya.

Kali nie jumpa berempat sekawan. bila nak dapat kumpulkan lapan sekawan nie. kalau ada rezeki kita kumpul lapan orang la ye. insyallah.


uya, aku, mira

uya, didie, mira

mira tu la kwan aku yang dh lama giler tak jumpa

berbuka di kfc alor star

Read More..

Sunday, July 24, 2011

jalan alor star - jitra

0 comment
Weekand aku berada di kedah. hari jumaat pagi balik je dari kelas digit aku terus gerak ke station bus kangar nak pergi shahab perdana. bas dari kangar bertolak jam 11.30 a.m memakan masa 1 jam perjalanan. sampai di shahab perdana jam 12.30 p.m. hampir setengah jam la aku tunggu kawan aku (didie) dari jitra nak amik aku. tapi tak  apa tunggu dengan penuh kesabaran. 

Tepat jam 1.10 p.m kawan aku sampai dekat shahab gerak terus ke star parade. perut dua-dua pon dah lapar aku dari pagi tak makan apa. hanya makan roti gardenia ikan bilis sahaja. itu pon satu. sekadar mengalas perut aku yang lapar je la. sampai star parade pergi makan dekat McDonald. lama tak makan McD lepas rindu makan McD kemarin. aku makan double cheese burger didie pulak makan McChicken. 

Perut dah kenyang solat zohor lepas tu baru sambung berjimba dekat bowling pulak. aku main dengan didie berdua saja la. kemenangan peroleh pada aku. well aku dah kata dekat didie dah dia akan kalah. sampai sakit-sakit la tangan aku main bowling. kitorang main satu game jer.


Lepas main bowling nak try main skating. bukan ice skating pon tapi main roller blade jer. situ penuh dengan orang cina. mana tak nya dah tauke pon cina kan. tapi best la sampai terjauth-jatuh aku main. sakit woo kalau jatuh..

Lepas habis pusing star parade terus ke jitra mall. aku ajak didie pergi karoke lama giler tak karoke. ingat nak singgah tengok wayang tapi ingat nak pergi esok nya. karoke bantai sampai 10 lagu. aku 5 lagu didie 5 lagu. memang syok masing-masing tak nak kalah pulak amikk lagu stok tinggi-tinggi. tapi yang menang didie la suara ko memang power la didie.

Abeh karoke solat asar kejap terus ke tasik d'aman park. walaupon hari hujan renyai nak jugak pergi sana. aku pikir orang tak ramai la rupanya makin hujan makin ramai la orang nya. itu la 1st aku pergi sana. merasa la kayuh boat apa nama pon aku tak tau. serious penat kaki aku mengayuh. sumpah aku tak mau naik dah boat tu. baik berjogging keliling tasik tu lagi best kot.

Balik dari tasik singgah rumah uya dekat kawasan situ je tak jauh. sembang punya sembang makan sampai habis la makanan yang dikeluarkan. sampai la maghrib leps tu baru la keluar pergi makan malam dekat gerai kak pah tomyam memang best la tomyam dia. boleh la singgah makan lagi. habis makan balik rumah didie. aku dengan uya bermalam di rumah didie. siyes didie rumah ko besar giler. boleh aku datang rumah ko lagi pasnie.

Esok pagi bangun seawal 9.00 a.m pergh tak pernah aku bangun seawal nie nak-nak hari sabtu kan. breakfast roti canai dekat taman siswa. habis makan balik hantar uya. ingat kan nak la  hantar uya saja. dah uya ajak didie hantar aku sampai ke perlis. aku okey jer. kesian kat korang la nak hantar aku semata-mata ke perlis. sebelum hantar aku balik singgah dulu jitra mall. again pergi jitra mall main bowling didie masih tak puas hati nak kalah kan aku jugak. tapi kali nie main bowlig dapt lane yang tipu. computer dia bengong kot. yang penting aku menang lagi ye didie.


Habis 1 game bowling terus kan perjalanan ke alor star parade. singgah pacific beli barang keperluan. hari sabtu agak busy masa tu. maklum la time cuti and time lunch hour memang la sibuk. habis beli barang masing-masing pon tak makan lagi diorang ajak makan pizza hut. aku pon dah lama tak pekena pizza hut aku pon on saja. aku apa yang tak on supa on jer.

Kitorang makan pon sampai nak termuntah sebab kenyang sangat-sangat. dah makan sume pon dah gerak balik perlis. aku dok saja dalam kete dengan perut kenyang nye lena la aku apa lagi. sedar-sedar dah sampai perlis. hahahaha. teruk betul la aku nie. sembang apa uya dengan didie dalam kete pon aku tak tau la. sampai perlis jam 6.00 p.m. uya semayang asar jap dekat rumah aku baru gerak balik jitra.


Seronok la keluar dengan korang 2 hari nie. sangat la best. baru keluar bertiga belum ajak keluar berlapan agak nya lagi la meriah kan. weekand aku yang sangat best dan menyeronok kan. thankx uya & didie spend time masa dengan aku and hantar aku balik perlis. to didie thankx 4 present birthday the big spongebob. hahahaha. unexpected present.

ni la tasik d'aman park

pemandangan dari atas boat

makan malam dekat gerai kak pah tomyam

uya dengan aku dekat rumah didie sebelum balik

dekat jitra mall rest and go dulu. masing-masing penat mengurut dulu

chicken wing terbaik di pizza hut

pizza apa aku tak tau

nie pizza hawai kot

ni la spongebob yang aku dapat tu. besar tak.

Read More..

Thursday, May 19, 2011

selamat hari guru

0 comment
Walaupon hari guru dah lama lepas. tak lama jugak la baru je 3 hari lepas yang disambut  pada 16.5.2011 (isnin) dan disambut di semua sekolah di seluruh malaysia. sapa yang masih berekolah masih merasa kehangatan hari guru. yang dah lepas sekolah pulak merindui zaman menyambut hari guru sama juga dengan aku yang merinduikan zaman sekolah dan cikgu-cikgu sekolah serta sambutan hari guru. 

Bila hari guru yang paling best cikgu-cikgu la kan sebab terasa diri nye dihargai dan diingati. kalau macam aku nie honestly aku tak ingat dan tak ada sorang cikgu pon yang menambat hati aku masa zaman sekolah dari sekolah rendah sampai la aku ke sekolah menengah. sorry la cikgu-cikgu. bukan la tak ingat tapi ingat gitu-gitu je la.

Kalau korang nak tau parents aku dua-dua nya cikgu tau. so ramai la kan anak murid mak ayah aku nie. dari zaman sekolah menengah sampai la diorang dah keje masih lagi ingat  dekat mak aku nie. masih lagi wish happy teacher's day. wish je pon dah buat cikgu rasa happy dan dihargai tau. punye seronok tu bercerita la anak murid zaman ngajar dekat mahad mesej wish teacher's day. tak ke seronok tu. rugi la cikgu-cikgu yang dapat anak murid macam aku nie tak wish pon dekat diorang. ater nya macam mana nak wish no diorang pon aku tak ada. 


Asal la aku tetiba je story pasal hari guru nie sebab tadi pukul 1.30 - 3.30 p.m aku terpacak depan tv tengok cerita melayu lama tak layan sebab tajuk nya menarik dan pelakon nya pon menarik. tajuk cerita nye lilin yang terbiar. dalam hati aku nie mesti cerita pasal hari guru nie. memang betul pon. cerita yang sangat menyayat hati. serius aku tengok cerita nie meleleh air mata aku. 
kisah pasal budak laki yang nakal, hafeez masa zaman sekolah dan membeci seorang cikgu disiplin, cikgu mokhtar yang suka menyibuk hal dia. sehinggakan hafeez membalas dendam kepada cikgu mokhtar yang menuduh cikgu mokhtar la meyebabkan kematian ayahnya. sehingga suatu hari kawan baik hafeez iaitu lokman datang kerumah dan memberi kata semangat untuk hafeez berubah. dah sehingga hafeez berjaya dan sekarang nie hafeez sudah pon bekerja dan menjadi seorang guru disiplin di sekolah dia. 
So daripada cerita yang aku share dekat korang nie mungkin ada yang teringat zaman kenalan diorang masa zaman sekolah dulu buat nakal dengan cikgu-cikgu ke mintak ampun mintak maaf la korang dekat cikgu-cikgu korang tu. tanpa diorang siapa la kita sekarang nie. 

Kalau korang nak tau aku dulu mendapt pendidikan awal di beberapa buah sekolah.
  1. SK Convent Kajang darjah 1-3 (1997-1999)
  2. SK Bota kanan darjah 4 - 6 (2000-2002)
  3. SMKA Slim River tingkatan 1-3 (2003-2005)
  4. SMT Seri Iskandar tingakatan 4 - 5 (2006-2007)
Dalam empat buah sekolah yang aku dapat pendidikan di sini ada cikgu yang masih aku ingat nama dan ada yang aku tak ingat nama. dan ada yang cikgu masa kenal nama aku dan ada mungkin dah tak kenal or cam aku tu aku tak kisah la sebab aku pon ingat-ingat lupa cikgu-cikgu aku nie. pape pon masih belum terlambat untuk aku wish selamat hari guru kepada cikgu-cikgu di seluruh malaysia especially to my parents happy teacher's day tanpa diorang siapa la kita harini. layankan je la gambar aku zaman sekolah dulu.

masa aku form 4. kelas 4PKA1 guru kelas cikgu junidah dan cikgu rohanizah. cikgu junaidah mengajar aku sejarah cikgu rohanizah mengajar aku bahasa melayu.

masa aku form 5. kelas 5PKA2 guru kelas cikgu kamal dan cikgu nazri. cikgu kamal mengajar aku bahasa melayu cikgu nazri mengajar aku lukisan kejuruteraan.

Read More..

Monday, March 14, 2011

thankx wish

0 comment
Selamat pagi kepada semua blogger di luar sana. harinie dah msuk 14.3.2010 umur aku pon dah meningkat dari sehari ke sehari. harinie dah 21 tahun 1 hari. kejap je masa berlalu. masa aku call member aku  (fared) dia cakap aik harini harijadi ko ker? rasa macam baru je lagi hari jadi ko. tengok betapa cepat nye masa berlalu dengan kesibukan study lagi. masa berjalan tanpa disedari.

Semalam 13.3.2010 merupakan hari lahir aku yang ke-21. wah terasa tua la pulak padahal baru je 21 pon. muka awet muda kot. semalam aku dapat la wish daripada family, kawan-kawan facebook, twitter, UniMAP, SMTSI, SMKASR, yang istimewa. hahahaahah.. terima kasih la kepada yang wish birthday aku semalam. yang sanggup bersengkang mata semata-mata nak wish birthday aku. dan kepada yang lupa my birthday masih boleh wish lagi. hahaahahah.. tak malu mintak org wish.


Kepada kawan baik ku didie yang susah jer buat satu entry sempena my birthday. sangat terharu aku rasa. thankx again. ye member sampai mati weyh. nie entry nye member sampai mati. walaupon singkat dan ringkas tapi sangat bermakna bagi aku. dan tak lupa kepada blogger yang ada comment dientry aku semalam wish birthday. thankx a lot. sempat lagi blog walkign before nak sleep jumpa ada orang wish birthday aku dekat blog. tajuk entry nye online sebelah ayah.

Dan tak lupa juga yang ada sent message dekat aku wish birthday..
  1. didie
  2. haHs
  3. yugeraj
  4. shazatul shifaa zulaikha
  5. k.ngah
  6. nik zzati
  7. wan ahmad afzal ikram
  8. abby
  9. jee
  10. ainal
  11. (",)zack & amin
  12. wani 
  13. rosli
  14. noriwany nazri

"THANKS TO ALL MY FRIENDS. LOVE YOU ALL"

p/s : maaf ye entry kali nie agak panjang sikit.
gambar disusun mengikut siapa yang wish dulu begitu juga dengan nama yang mesej aku
Read More..

Sunday, November 28, 2010

SMKA Slim River dalam Majalah Fokus SPM Edisi Disember 2010

11 comment

SMKA Slim River dalam Majalah Fokus SPM Edisi Disember 2010


boleh la dapat kan majalah fokus edisi disember 2010 sekarang. gambar daripada tuan pengetua sendiri. Zainul Arifien Mohd Jaid

asal aku publish pasal sekolah nie ek? nie la sekolah aku masa zaman aku form1-form3. aku belajar dekat sekolah nie la. tu yang rasa bangga dan teruja sikit la bila dapat tau sekolahku masuk majalah. 




serangkap atau sepotong ayat tuan pengetua nie yang aku suka. aku cuba higlight kan disini.
Mengakhiri pertemuan itu beliau berharap mampu menghasilkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi dalam sahsiah, modal insan dan menjadi pujaan masyarakat dalam bidang tertentu. Bagi Zainul kejayaan tidak harus diukur berdasarkan kejayaan dalam akademik atau peperiksaan sahaja, tetapi ada kejayaan yang boleh dicapai dalam bidang kemahiran dan kokurikulum. Justeru itu, mereka yang tidak bernasib baik masih boleh menempa kejayaan dalam bidang-bidang yang diminati. 
Read More..

Monday, October 11, 2010

lepak jitra

3 comment
6.10 (khamis) lepas aku dah plan dengan kawan lama aku (didie) zaman smka dulu ajak jumpa dengan dia. kitorang selalu je plan nak jumpa tapi tak penah pon menjadi. time aku busy dia free pulak. time aku free dia pulak yang busy. akhir nya berjumpa jugak  kitorang setelah hampir 5 tahun tak berjumpa. last jumpa pon masa f3. tu pon masa amik result pmr pon tak jumpa jugak dengan dia. ye la masing-masing result tak berapa nak okey. nak-nak pulak kitorang last kat smka time f3. lepas masing-masing pindah sekolah. aku masuk teknik kawan aku sekolah kebangsaan biasa. habis sekolah lepas spm pun tak jumpa-jumpa gak. walaupon kitorang duduk senegeri tapi masing-masing duk jauh. aku duk bota kawan aku lak duk langkap. 

aku lepak dengan didie dekat alor star dengan jitra. kebetulan pulak kitorang nie study dekat-dekat kawan aku study ipda, jitra aku pulak UniMAP, perlis. so kitorang decide jumpa dekat tempat dia la senang. sebab kedah macam-macam ada banding dekat perlis nie. aku g alor dengan kawan aku faris & niniey. kebetulan diorang pon nak g alor star jugak. aku just follow je la. aku tunggu kawan aku dekat pacific. so di situ la pertemuan buat kali pertama setelah 5 tahun tidak berjumpa. dia tak la datang sorang dia. dia datang dengan kawan dia 2 orang dak ipda jugak. kawan-kawan dia pon baik sporting. friendly la diorang.

sebelum gerak balik ipda lepak jalan-jalan dulu dekat pacific. aku g minum makan dulu. lepas tu g popular usya-usya novel dulu. yang didie ingatkan aku balik dengan novel yang penah diceritakan oleh uya dulu masa zaman f3. novel tu sekarang baru dijual so aku berminat aku beli la 1. itu baru satu ada lagi sambungan nya tapi tak ada pulak dekat popular masa tu. so ke jitra mall la nanti cari sambungan novel tu. aku nie bukan la gila novel pon. mana novel best ngan sempoi-sempoi aku beli la. kawan-kawan didie pon tak ketinggalan beli gak novel. ha diorang nie ye memang giler novel.


lepas habis pusing pacific terus balik jitra. sebelum nak sampai ke ipda singgah pasar malam beli makanan untuk makan malam. aku beli oblong dengan jagung bakar jer. memang best la makanan kat situ. besar dan meriah pasar malam nyer. macam-macam makanan ada. dah beli semu makanan  gerak terus balik ipda sebab masa tu dah maghrib. time maghrib tak elok kuar sangat. so aku bermalam di hostel ipda. aku teruja sangat-sangat dengan hostel nya sebab satu bilik dua orang dan bilik yang sangat luas dan selesa. hostel dia pon cantik. mana tak nya baru 1 tahun je hostel tu. puas hati la boleh la aku datang lepak sana lagi. 

malam tu sebelum tido sembang-sembang la dulu. maklum la lama tak jumpa. so macam-macam story la kuar. cerita pasal kawan-kawan. pasal senior nie senior tu junior nie junior tu. memang ingat-ingat balik zaman sekolah memang lawak la. gelak pecah perut aku di buat nya. cerita pasal tempat belaja masing-masing pon ada. maklum la life maktab dengan U nie lain sikit kan. aku lepak ipda sampai hari jumaat jer. kalo didie tak busy sabtu memang aku lepak sampai sabtu. maktab dia pon busy dengan gerko masa tu. tak apa la janji dapat jumpa dengan didie.

hari jumaat pulak kedah cuti kan. aku perlis mana la cuti. so aku tak ada kelas tu pasal la aku lepak dengan didie dekat jitra. pagi tu sebelum g jalan-jalan aku jumpa dulu sorang lagi geng f8 aku study ipda juga. uya nama nya. nak kata banyak perubahan biasa je dia kering dan keding seperti dulu jugak. cuma ada gelap sikit sebab dia amik pj dekat ipda. so dia dengan padang memang tak dapat dipisah kan. aku jumpa dia baru nie pon sibuk dok pantau gerko. sembang ada la dalam beberapa minit pastu gerak terus ke jitra mall. dekat jitra mall dapat  lagi 1 novel sambung untuk novel yang aku semalam nya tu.

lepas pusing-pusing jitra mall elok je pas zohor gerak pacific balik. makan tengahari di sana. aku belanja didie dan kawan-kawan nya makan McD maklum la kat alor setar je ada McD tempat aku perlis mana la ada McD nie. yang kawan aku si uya nie birthday dia baru je lepas 30.9 aritu so dia demand dekat aku dengan didie nak present birthday. dia mintak topi tapi nak berjenama la. adidas ke nike ker. so pusing la kitorang mencari topi dia. butik pon tak banyak dalam pacific tu. so cari la mana yang ada. akhir nya jumpa jugak. pas shopping topi uya balik terus. sebab masa tu pon dah lewat takut tak ada bas. aku balik naik bas jer. kira okey la tu ada gak bas. didie hantar aku ke shahab perdana aku naik mara liner kol 5.30 p.m.

kalo dah naik bas berenti-berenti nie paham-paham je la. perjalan sejam dah jadi 1jam setengah. boleh sampai ke penang dah aku rasa. tapi tak apa sampai juga aku ke kangar. dekat kangar kawan aku. iema amik aku dekat sana. sebab nak tunggu bas UniMAP dah lambat kol 10 p.m baru ada bas. pas maghrib gerak balik kuala perlis. singgah makan jap iema pon lapa. sebelum balik KKF iema ajak aku makan cucuk-cucuk dekat tepi pantai. kol 9 p.m balik KKF. 

thankx faris tumpang kan aku sampai alor star. didie pulak thankx ajak aku tido lepak ngan kawan-kawan ipda ko. korang memang best la. last but not least to iema my housemate amik aku dekat kangar n belanja makan.


nie la kawan didie sida & ida. roomate dia dengan kawan ipda dia. best la korang. dua2 kelantan mari.

nie la kawan aku didie yang bebel kan dari tadi. nie dekat McD pacific.

2 novel yang aku beli minggu lepas. yang di promote oleh kawan aku.

 novel tunas yang dikarang oleh Hlovate.

aA+bB nie pulak sambungan daripada novel tunas.

berehat sebentar di tepi pantai kuala perlis dengan iema.
Read More..

Tuesday, September 21, 2010

happy birthday zack

2 comment

pada yang takut tgk e-card nie jangan la tengok lama-lama yer. takut ada effect pulak kat korang-korang. hehehehehehe. sekadar suka-suka je buat nie. 

e-card daripada aku untuk birthday girl harinie. selamat menyambut hari lahir yang ke-18. nama birthday girl nie fatin zahiraa binti sayuti lebih selesa di panggil dengan gelaran zack. actually dia nie aku anggap sebagai adik aku. rapat masa zaman smka dulu lagi. aku form 3 dia form 1. kira dia baya adik aku. dari situ la kitorang kenal dan rapat sampai sekarang.

TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...................


sejak dia habis sekolah nie nak pulak dia dapat sambung belajar dekat UiTM seri iskandar dekat je dengan umah aku 20minit sampai la. kitorang memang teramat sangat la jarang sangat la contact. maybe dia busy kot. aku pikir macam tu je la. dia pon amik course yang agak tough aku rasa diploma in town planning. aku doakn je la dia berjaya mengjar cita-cita dia.

sempena di bulan yang mulia hari yang baik nie yang penuh bermakna pada dia aku nak uca :-
  1. selamat hari lahir yang ke-18
  2. selamat hari raya
  3. maaf zahir dan batin
  4. study la selagi ada peluang dan kesempatan nie
  5. good luck la dalam apa jua bidang
Read More..

Wednesday, December 16, 2009

al-fatihah

8 comment
dia telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. aku tak tau ape sebab nya. aku dapat tau daripada kawan nya yang merupakan senior aku juga. aku baru dapat tau dia meninggal disebabkan accident. tak sangka begitu cepat dia meninggal kan kita. sama-sama la kita doakan agar roh nya di cucuri rahmat. Al-Fatihah.

norman masdar student smkasr batch 2000-2004

norman masdar senior aku masa aku di SMKASR

Read More..

Sunday, December 13, 2009

ASPURI SMKASR 2003-2009

13 comment
semalam aku pergi melawat adik aku kat SMKA Slim River. yang merupakan sekolah aku dulu masa tahun 2003-2005. semala juga aku berkesempatan melawat kawasan asrama. aku usya bawah jer. usya bawah dah tau macam mana keadaan asrama. yang aku nak cakap kat sini dari zaman aku sekolah kat sini tiada apa-apa perubahan pon pada asrama nye. mungkin dulu kini dan selama nye akan jadi macam nie kot. tapi aku dengar khabar nye nie la tahun terakhir asrama nie mejandi asrama puteri. masuk tahun depan asrama bertukar. aspuri jadi aspura manakala aspura jadi aspuri. hope dengan pertukaran nie ada la perubahan sedikit daripada masalah-masalah yang tidak diingini berlaku seperti tahun-tahun sebelum nie.

block A & B aspuri. nie dari pandangan hadapan

block B bilik prep f5 yang dulu nye menjadi blik f3 masa zaman aku skola sini.

block A bilik prep f3 yang dulu nye menjadi blik f5 masa zaman aku skola sini.


Read More..
Real Time Web Analytics