Showing posts with label cuti sem. Show all posts
Showing posts with label cuti sem. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

welcome bulan may

0 comment
Wah sedar tak sedar kita dah dalam bulan may dah. harini merupakan hari ketiga dalam bulan may. masih tak telambat lagi untuk aku nak ucapkan happy labour day kepada semua pekerja dan termasuk kepada suri rumah diorang pon pekerja jugak tu. off satu hari tak yah buat pape. hehehehe..

Sedar tak sedar juga dah nak abeh cuti dah aku nie. takda la nak habis sangat pon adala dalam sebulan lebih lagi cuti aku nak berakhir. aku nak menikmati saat-saat akhir cuti aku di perak. sem depan sure aku busy punya. aku dah nak kena siap kan semestral project aku dengan sem depan aku amik muet lagi. sem depan pula cuti ada sekali je tu pon masa cuti raya puasa.

Walaupon sem depan kelas aku tak banyak mana aku sure busy dengan project aku. tak busy pon aku nak kena siap kan project aku sem depan. memang susah bila nak kena siap kan project dalam masa yang singkat. hanya satu sem untuk siap kan semestral project. hope dapt siapkan dan dapat buat yang terbaik untuk sem depan. amin.

Read More..

Monday, April 30, 2012

penghujung bulan april

0 comment
Salam kepada semua blogger. hari nie merupakan hari last untuk bulan april dan merupakan penghujung bulan april yang bersamaan 30/4/2012. hari aku dengan mak ayah aku keluar pergi ipoh atas urusan mak dengan ayah aku la. office hours paham-paham je la memang jalan sangat busy. nak-nak pulak berurusan dengan orang office memang penuh dengan umat nyer. harinie pergi ipoh pergi maybank bayar duit kete mak pastu terus ke celcom centre mak nak tukar prepaid kepada postpaid. ada ke sebesar-besar perak nie ada tiga celcom centre tak silap aku dekat ipoh, teluk intan dengan taiping je yang ada. kan jenuh tu kalau nak berurusan dengan orang celcom. kalau rumah dekat dengan celcom centre tak apa la jugak. 
 
settle urusan dekat ipoh balik la terus ke bota. on the way balik ke bota singgah semayang asar di Masjid An Nur UTP. lepas tu singgah la pasar malam tengok apa yang ada dekat pasar malam yang ramai nau orang suka pergi. jalan-jalan punye jalan dekat pasar malam tu jumpa la macam-macam orang. mak aku biasa la tempat dia katakan. jalan sikit jumpa cikgu nie jalan sikit jumpa cikgu. last-last jalan punya jalan jumpa kawan mak kebetulan pulak isteri dia pon cikgu aku masa kat teknik dulu. mula-mula tak kenal aku last-last aku introduce nama aku baru la kenal. mekaseh cikgu sebab masih kenal saya lagi. hehehehe...
 
hari pon dah malam maghrib pon dah nak masuk. apa lagi bergerak pulang ke seri al-faizin. dekat bawah nie sedikit gambar daripada Masjid An Nur UTP yang sempat aku tangkap tadi.
 
tengok matahari pon dah nak terbenam dah. silau mata aku tengok nya.

nie depan Masjid An Nur UTP laman dia.

ha ni la Masjid An Nur UTP yang selalu aku singgah semayang tu.

tanaman di Masjid An Nur UTP.

nie pasar malam dekat seri iskandar yang aku singgah tadi.
 

Read More..

Thursday, April 26, 2012

cuti sem dua

0 comment
Salam kepada semua blogger. lama dah rasa nya tak mengarang dekat blog biru nie. nak kata aku tak ada masa nk beblogging ada je. masa aku memang mengadap laptop online je la keje aku. nak-nak pulak aku sekarang nie memang tengah cuti sem dua bulan pulak tu. lama kot aku cuti. bukan aku tak ada masa tapi aku tak ada idea nak blogging apa. nak tulis entry pasal apa pon aku tak tau. sebab aku cuti nie aku mana ada jalan kemana pon. aku dok rumah saja. kalau keluar tu pon atas urusan kerja mak aku. aku ikut je la. mak aku sekolah ayah aku dekat rumah je la. kalau satu family aku ada kat rumah cuti sama dengan aku maybe la berjalan-jalan ke cuti-cuti mana-mana ker. 

Yang ada kat rumah nie pon aku dengan mak ayah aku jer. yang lain semua di perantauan. takda la jauh mana pon. masing-masing kerja dengan belajar kan aku jela tengah cuti sem sekarang nie. aku dok rumah buat kerja rumah makan tidur online tu je la kerja aku dekat rumah time cuti nie. 

Hampir sebulan dah aku cuti aku ada dekat rumah nie. bosan tu jangan di cakap la tapi aku best la dok rumah sorang-sorang aku boleh rest sepuas-puas nya. tidur malam lewat bangun pagi pulak lewat. lepas pukul 12.00 p.m baru la kelam kabut nak buat kerja rumah. time tu la nak basuh kain sidai kain masak menyapu la bagai. sebab time tu je la aku ada mood untuk buat kerja. kalau pepagi suruh aku buat kerja memang aku lemau mata pon nak tidur je rasa.

Lagi sebulan lebih je cuti aku nak habis. 10/6/2012 aku akan balik ke perlis balik. result sem nie pulak dah keluar dah. awal giler result keluar. 23/4/2012 haritu result aku keluar dah. bese nya UiTM yang selalu awal result keluar berbanding dengan U lain. alhamdulillah walaupon result aku tak berapa cemerlang tapi meningkat daripada semester lepas. hope sem akan datang aku dapat tingkatkan lagi pointer aku dan cgpa aku. insyallah.


Result exam pon dah tau jadual waktu semester 1 2012/2013 pon dah keluar. aku cek punya cek aku punya kelas sem depan hari selasa dengan rabu. sangat syok bile tengok jadual aku macam tu. tapi aku sem depan mana boleh relax sangat maklumla sem depan aku ada satu semestral project kena siap kan. hope aku dapat buat la project aku dengan baik. proposal pon aku tak start buat lagi. naik cuti dua minggu lepas tu dah nak kena present awal. hope sem depan semua nya berjalan dengan lancar dan sem depan jugak la merupakan sem last untuk aku stady untuk diploma. insyallah aku doakan untuk diri aku sendiri dan jugak untuk kawan-kawan aku.
Read More..

Tuesday, April 3, 2012

cuti sem bermula

0 comment
Alhamdulillah berakhir sudah pengajian aku untuk semester ni. merdeka la aku sekejap untuk sem nie. aku cuti selama dua bulan. dua bulan tu. alamat nya dok rumah saja la aku. makan tido la aku keje nya. makin gemuk la aku macam nie. hahahahaha. start cuti sem aku dari 1.4-10.6.2012 baru aku naik sem baru. dan merupakan sem last aku. insyallah. 

Sepanjang sem nie banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui. sem nie aku rasa banyak pahit nya daripada manisnya. mungkin la. aku pon tak tau kenapa. mungkin disebabkan orang sekeliling aku. adat la tu belajar kan. sem nie juga la merupakan hari lahir aku pada 13.3.2012. hari yang paling aku tunggukan. apa la kejutan daripada kawan-kawan aku. aku pikirkan tak ada pape aku tak sangka diorang celebrated jugak birthday aku jam 12.00 pagi tu. diorang beli kek sebijik. thankx la korang ingat jugak birthday aku kan. 

Dalam bulan 3 jugak la merupakan hari-hari yang gentir sebab time tu la masa stady week dan time tu la minggu final exam. walaupon sem nie aku hanya amik 4 paper untuk final exam tapi aku rasakan macam aku amik 10 paper jer. sebab semua paper yang aku amik merupakan 3 kredit dan semua nya killer and tough subject. hopefully aku dapat result yang memberangsangkan untuk sem nie. 


Last paper aku 30.3.2012 dan merupakan tarikh last untuk final exam sem nie. dan hari jumaat tu la hari last aku di kkf esoknya sabtu aku berangkat pulang meninggalkan kkf. bye bye kkf meet you next sem after two month holiday. hope holiday aku nie aku dapat berehat sepuas-puasnya. 

nie la kek happy birthday aku. sedap weyh. 

Read More..

Saturday, February 4, 2012

home sweet home

0 comment
Salam semua. aku sekarang berada di rumah aku dekat perak. aku sampai perak pagi jumaat jam 4.15a.m. aku balik perak nie memang aku tak rancang langsung. kebetulan pulak cuti lama empat hari aku pon plan last minute actually aku tak plan pape pon. petang khamis aku teman kawan aku nak beli makanan buka puasa. dia pon punya la physco aku suruh aku balik. konon aku tak nak balik nak dok la kat kkf sebab hari selasa aku ada test. sekali kawan aku cakap ko dok sini pon bukan ko stady baik ko balik. aku tanpa pikr panjang aku balik rumah mandi mandi kemas barang semua aku pon pergi kangar. 

Dalam perjalan pergi kangar tu macam macam bermain dalam pikiran aku. nak balik ke tak nak balik ke tak dengan tak sedap hati nya. macam menyusahkan diorang je nak amik aku nanti. dah la aku gerak malam. lepas tu sampai ipoh dalam pukul dua tiga pagi. aku pon amik keputusan aku balik la. turun turun bas terus pergi counter mara liner tanya tiket bas balik perak khamis malam ada lagi tak dan kebetulan tinggal satu je tiket lagi tu pon yang orang dah beli dia jual balik. memang rezeki aku la nak balik perak malam tu. kebetulan pulak petang tu kakak aku call dia cakap dia balik sebab dia accident boleh la aku balik tengok kedaan dia and lama jugak aku tak jumpa dengan dia. 


Dan nak di jadikan cerita aku balik perak nie macam macam la korang pikir. aku sebenar nya dah plan awal la apa la. kata aku saja balik tak nak bagitau. untuk pengetahuan korang aku memang tak sempat nak bagitau korang yang aku nak balik perak. aku tak rancang langsung. benda nie semua on the spot korang nak kata apa kata la yang penting aku selamat sampai dekat perak. isnin pagi aku balik perlis balik. 

Read More..

Friday, January 27, 2012

cuti mid sem

0 comment
Habis sudah seminggu cuti aku dekat perak. esok aku dah kena gerak balik perlis. cuti sempena raya cina. seminggu dok rumah nie tolong mak aku je la kat rumah. nak harap aku study memang tak la kan. dok depan laptop online je la keje aku mendownload movie untuk bekalan balik kolej nanti. boring-boring boleh la aku layan. aku memang supplier movie pon dekat sana. 

Cuti aku habis dengan depan laptop aku je la. dok rumah pon tolong mak aku masak tu je la. pastu buat keje-keje biasa he la lipat kain. sidai kain, basuh pinggan dll. keje biasa je la kan. balik rumah dapat la pergi shopping dengan mak aku aritu pergi parkson ipoh degan tesco seri iskandar borong barang makan bekalan dikala lapar kat kolej nanti.

Sorry la aku nak cakap kat korang yang contact no maxis aku kalau mesej tak berbalas kalau call asyik voicemail je. aku punye line sinie ada problem sikit la kejap ada kejap tak ada. lagi satu aku tak ada kedit la nak reply mesej korang. maaf la yer. 


Erm.. esok dah gerak balik perlis. bye bye la perak. jumpa lepas aku habis final exam la rasa nya. 2.4.2012 baru aku start cuti sem. pergh sem nie cuti  dua bulan apa nak buat weyh cuti sem nie. memang mati akal la tak tau nak buat apa. gemuk la aku dok rumah dua bulan cuti sem nie. 


Read More..

Saturday, November 19, 2011

akan merindui korang

0 comment
21/11/2011 nie mula kehidupan baru aku dengan sem baru dan azam yang baru untuk mengabiskan diploma aku untuk 3 sem sahaja lagi. sem-sem yang akan datang aku akan mengharungi dengan seorang diri disebabkan kawan-kawan aku yang lain semua nya dah habis belajar. 

sem lepas merupakan sem last aku bersama dengan diorang. banyak kenangan pahit dan manis aku bersama dengan diorang sebelum diorang habis belajar. kitorang banyak hang out bersama sem lepas. memang happy la lepak and serumah dengan korang nie. 

sem lepas dapat dak rumah pon best dak kelas pon sama best jugak. so zaman keseronokan tu dah pon berakhir sem lepas. sem akan datang nie aku tak tau la macam mana kehidupan aku. hope aku dapat harungi la sorang diri. dekat bawah nie ada 16 keping gambar yang aku nak share dekat korang antara sepanjang aktiviti aku sem lepas. aku akan merindui korang semua. ada rezeki kita akan berjumpa di luar sana. insyallah.

dekat alor star mall lepak tengok wayang cerita kl gangster

lepak pantai kuala perlis dengan dak rumah 

hujung minggu mandi-manda di bukit ayer. 

at jitra mall tengok wayang dengan dak kelas cerita transformer

lepas makan malam lepak dengan dak kelas kat tepi pantai kuala perlis

petang-petang lepak pantai kuala perlis

karoke dengan dak rumah dekat kangar

berbuka puasa dengan dak kelas dekat koma laut kuala perlis

at d'blanga dengan dak kelas dan dak rumah aku

paling best main badminton selama 2 jam dengan dak rumah dengan dak kelas

at alor star mall kebetulan jumpa yuna

ha nie kawan aku syah yang rajin turun naik perlis lepak dekat kuala perlis

raya at unimap tahun 2011

aku tak terlepas menyaksikan EYReC

tempat yang paling aku suka lepak petang-petang dekat koperasi 

dekat depan koop lepak-lepak

Read More..

Tuesday, November 8, 2011

konvokesyen UTHM kali ke-11

0 comment
Lepas habis je alam persekolahan kita akan berjumpa dengan alam baru dunia baru iaitu alam ipt. kalau belajar daripada peringkat bawah bermula dengan peringkat sijil selama 2 tahun diikuti dengan peringkat diploma 3 tahun dan degree 3 tahun ataupon 4 tahun.

Entry kali nie aku nak story pasal hari konvokesyen abang aku dekat UTHM batu pahat, johot. korang tau ke UTHM tu apa nama penuh nya? Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. ini merupakan konvokesyen kali ke-11. dulu ada gak abang aku sorang lagi konvo tapi aku tak pergi la masa tu aku belajar maa tu 3 tahun lepas la kan.

Lepas habis belajar benda yang paling seronok ialah time hari konvokesyen bak kata semua orang la aku tak tau la sebab aku masih belajar lagi tapi sampai sekarang aku tak grad-grad lagi. insyallah 2013 ke aku grad. amin. maklum la konvokesyen sekali seumur hidup kalau belajar diploma je sekali la konvonye. kalau mula dari bawah macam kakak aku dari sijil-master kira berapa kali konvo dah 4 kali naik pentas amik scroll. memang best kan time belajar nie. lepas habis belajar kita diraikan. 


Korang layan la gambar hari konvokesyen abang aku nie. semua nya ada 13 keping gambar. nak letak semua banyak sangat. aku kongsi sikit la gambar nye. masa hari konvo nie sidang terakhir sidang ke-6 yang berlangsung pada 31/10/2011 hari isnin waktu bekerja yer. walaupon waktu bekerja tapi ibu bapa tetap meluang kan masa dengan anak-anak untuk berkongsi hari kegembiraan mereka. dan pada hari tu jugak la hujan turu tanpa henti. so sesi bergambar terbatas dengan kedaan dan cuaca tidak mengizinkan. tapi sempat la jugak aku merakamkan sedikit kengan dengan abang aku masa majlis konvokesyen nya.

masa para graduasi berarak masuk ke dalam dewan

ahli senat dan dekan-dekan berarak masuk ke dalam dewan

sementara menunggu majlis habis sementara tu aku bergambar la mana yang dan

majlis konvokesyen tamat

ibu bapa dan para graduan keluar dari dewan selepas selesai nya majlis

di dalam dewan istiadat konvokesyen

ha nie la abang aku yang konvo tu akmal nama nya

dekat kapal terbang nie memang tak sah kalau tak bergambar dekat sini

walaupon hujan sakan jugak kitorang bergambar

ha yang ni abang aku dengan family kawan dia

ha nie la library UTHM yang warga UTHM bangg-bangga kan tu

masjid baru UTHM yang underconsturction lagi. tapi memang sangat besar

habis bergambar singgah makan dekat gerai abang aku di festa konvo UTHM. abang aku niaga char kueh teow. yang diimport tukang masak dari utara. memang best la char kueh teow nye.
Read More..

Sunday, November 6, 2011

celebrated birthday adik aku (asyran)

0 comment
Salam aidil adha buat semua umat islam di seluruh malaysia. dan tak lupa kepada semua blogger. sempena hari raya harinie family aku ada buat celebrated sikit sempena birthday adik aku yang ke-19 tahun. actually birthday adik aku bukan la 6/11 tapi 5/11 so celebrated lewat satu hari. 

Lepas solat sunat aidil adha tadi ayah aku buat bacaan doa sikit sempena birthday adik aku dan sempena hari raya aidiladha.


nie la kek indulgences untuk adik aku. kakak aku belanja

sebelum potong kek bacaan doa dulu

bacaan doa oleh ayah aku

yang abang aku dengan kakak aku nie sibuk bertwitter

bacaan doa selamat sebelum potong kek kumpul kami sekeluarga

tak cukup forum ye ahli family nie kakak aku sorang lagi beraya di kulim tahu nie

ha nie la birthday boy semalam. adik aku asyran.
Read More..

Saturday, November 5, 2011

salam aidiladha 1432H

0 comment

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidil adha dan tak lupa kepada adik aku asyran birthday dia harini 5/11/2011 yang ke 19 tahun. aku nak wish happy birthday moga panjang umur dan dimurah kan rezeki. 

Read More..

Wednesday, November 2, 2011

aqiqah nur irdina sofea, met qistina 'aalesya

0 comment
Huish lama giler tangan nie tak menaip untuk buat entry di blog biru aku nie. cerita tu memang banyak nak dipost tapi masa dan ruang tak mengizinkan. memandangkan aku pon tengah cuti sem nie boleh la aku berblogging sikit-sikit. mana yang mampu la ye.

Back to the topic. aku nak story pasal aqiqah cousin aku yang baru je melahirkan anak. cousin aku dekat kuala selangor. majlis nye pada 26.10.2011 masa cuti deepavali. so time tu semua cuti boleh la turun sana tengok newborn baby. so boleh la berkumpul anak beranak sedara mara semua dekat sana.

majlis cukur jambul nie nama anak nya nur irdina sofea. lahir pada 18.10.2011 kalau tak silap aku la. sebelum lahir nya irdina nie cousin aku lagi sorang pon baru je lepas dapat anak yang lahir pada 17.9.2011 nama nya qistina 'aalesya. so dah alang-alang ada majlis aqiqah nya kebetulan pulak diorang datang so jumpa sekali je la dekat situ. tak payah la ulang-aling ke meru.


masa majlis cukur jambul nur irdina sofea


comey je bila dia bukak mata

irdina sofea tengah tidur la

ha ni masa qistina baru je sampai rumah. berebut orang nak pegang

ha nie la qistina 'aalesya. dekat sana tidur saja tak nak bangun-bangun dah. orang bising pon tak sedar apa.

p/s : kalau korang terjumpa tajuk entry yang sama jangan la pelik yer. 
aku copy paste tajuk dri blog nayville.blogspot.com.

Read More..

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan is back

0 comment

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432 Hijrah. Moga Ramadhan tahun nie memberi seribu makna dalam hiduo korang. Sama-sama la kita perbanyakan amal ibadat. 

tiada nama secantik ALLAH , tiada umat sebaik MUHAMMAD , tiada agama seindah ISLAM , tiada suara seindah AZAN , tiada novel seindah AL-QURAN , tiada diet sebaik PUASA , tiada bulan yang mulia selain RAMADHAN . AHLAN WASAHLAN RAMADHAN AL-MUBARAK :)..
Read More..
Real Time Web Analytics