Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

mencampur aduk kan bahasa

0 comment
Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Semalam sebelum aku nak tidur aku belek-belek facebook aku terjumpa dekat news feed facebook aku friend aku share satu status yang sangat menarik yang aku sendiri nak share dekat kawan-kawan semua. Buat aku insaf jugak la lepas aku baca. Aku tabik la dekat tuan empunya artikel tu. Dia menyuarakan ketidakpuashati dia terhadap kita orang Malaysia mencampur aduk kan bahasa melayu dengan bahasa-bahasa kedua seperti bahasa arab, inggeris, mandarin, tamil, etc. Kebiasaan nya bahasa kedua kita pakai bahasa inggeris la kan.

Aku nak share artikel atau pon status yang dia dah buat sangat panjang dan sangat menarik untuk kita baca. Dah baca jangan lupa praktik kan pulak dalam kehidupan seharian korang yer. Hehehehe.

aku menyedari ramai di kalangan kita melayu mula berminat menjadikan anak mereka celik bahasa kedua. tidak kiralah bahasa arab atau bahasa inggeris. mungkin bahasa mandarin. sila isi tempat kosong.

alang2 aku ini pelajar bahasa, sedang dan masih berurusan dengan kareer pendidikan bahasa, izinkan aku perbetul sedikit kesilapan para ibubapa dalam menanam skill bahasa kedua dalam anak2 kita.

bear in mind, though;
SEMUA anak2 kita adalah unik.
satu formula yang mungkin berkesan pada seorang anak;
ia TETAP berkemungkinan tidak memberi impak pada anak yang satu lagi.
kita semua ada otak berbeza. dominasi otak berbeza. kelebihan motor skill berbeza.

maka sila sensitif.
and dont be too hard on your children.

macam bab makan sayur la.
lagi kau paksa dia makan--
lagi dia tak hingin.
sanggup muntah bagai.
padahal umur 16 tahun, reti pula nak makan ulam2. suka pulak tu. tahap tak boleh makan kalau takde sayur.

*pause*
aku la tu.
bwahahaha.

ok serius.

when it comes to language,
you have to WANT it.
it is not something you can force upon.

sebab itulah ada orang duduk 15 tahun di negara orang--
tetap bercakap bahasa mereka sendiri.
sebab tak nak cuba / mula guna.
ada orang baru dua bulan hidup di tempat orang--
bukan main fasihnya.

hendak seribu daya.

ok.
let us talk business.

antara kesilapan paling besar dalam didikan bahasa ibubapa pada anaknya adalah--
mencampur-aduk bahasa.

bahasa rojak tidak salah. tapi HANYA setelah pengguna bahasa sudah fasih dengan kedua bahasa. TIDAK sebelumnya. jika tidak, terjadilah masalah tatabahasa yang payah diperbetul; atau dalam istilah linguistiknya-- "fossilization" yakni sudah jadi fosil. kalau tak tau fosil itu apa, jemput buka buku sains.

fossilization adalah situasi yang paling menyakitkan hati seorang cikgu kerana bila kami para guru memperbetul anak murid-- ia tidak diterima. alasan biasa: "dari kecil saya guna macam tu. semua orang keliling saya menggunakan perkataan / frasa itu. cikgu, takkan semua orang salah? cikgu sahaja nak rasa betul".

oh dem.
contoh paling senang: "congrate".

PERGH. kalau aku jumpa la siapa yang start guna perkataan "congrate" demi menggantikan "congratulations" ini, memang aku lempang pastu cakap "congrate abah mu". dah satu negara guna "congrate". ya. malaysia SAHAJA. buat malu.

begini. justifikasinya, apabila ibubapa sekadar mencampuradukkan bahasa, mereka tidak menitikberatkan grammar yang terselit bersamanya.

begitu biasa kita dengarkan di pasaraya:
"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight-fight tau. macam semalam sampai cry-cry. mummy tak suka"

seems harmless, right?
wrong.

inilah masalahnya.
inilah punca nanti2nya di dalam buku sekolah dan status facebook: "kak ziana zain, saya suka akak la. you are so inspire".

bila kita alihbahasa secara langsung, ibubapa melayu biasanya tidak mementingkan grammar. tidak salah hendak rojak. TAPI pastikan ia betul.

bahasa melayu mengekalkan kata akar dalam setiap situasi. bahasa inggeris tidak. bahasa arab tidak. bahasa russia juga tidak. bahasa hindu juga tidak.

maka andai BENAR2 mahu menggunakan bahasa rojak, PASTIKAN pilihan kosa kata itu tepat dan betul. kita ambil contoh tadi.

"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight-fight tau. macam semalam sampai cry-cry. mummy tak suka"

merojak dengan betul:
"kakak, kalau nak play dengan adik, jangan fight. macam semalam, you cried. mummy tak suka"

nampak?

ok. didasarkan dari pengalaman disulam ilmu kami para linguist, izinkan aku cadangkan dua usul yang paling asas untuk diikut. hakikatnya ada terlalu banyak lagi kaedah menerapkan budaya bilingual di kalangan anak2. tapi memandangkan tema utama tulisan ini adalah "membetulkan benda paling basic mak abah melayu yang nak anak2 dia cakap omputih", aku bagi ini sahaja.

1) guna ayat lengkap.
------------------

kalau hendak cakap bahasa inggeris, habiskan seluruh ayat bahasa inggeris. kalau hendak cakap bahasa melayu, habiskan seluruh ayat bahasa melayu.

setiap bahasa punya rhetoric yakni gaya bahasanya. ia ada banyak kena-mengena dengan aspek psikolinguistik dan sociolinguistik. mencampur-adukkan bahasa akan menimbulkan banyak masalah.

tidak susah.
dan tidak ada buruknya.
malah akan lebih kelihatan kemas dan tersusun.

contoh:
"what are you talking about, abang long? tadi mummy dengar abang long marah adik. dont you lie to me now"

sedap, kan?
berbanding:

"apa awak talk ni, abang long? tadi mummy hear abang long angry adik. jangan lie pada mummy sekarang"

benci, kan?
macam kita benci skrip drama datin2 berangan di tv itu.
maka jangan buat.

yang terbaik adalah mak guna satu bahasa, abah guna satu bahasa lain. andai ia dimulakan dari kecil, otak anak2 kita akan terbiasa melakukan language shift tanpa dipaksa. this works wonders.

2) alihbahasa perkataan yang bukan kata kerja.
----------------------------------------

KALAU memang KENA jugak rojakkan bahasa yang kalau tak rojakkan boleh tahap mati ke, rojaklah. TAPI alihbahasa perkataan SELAIN kata kerja yakni verb.

seandainya ibubapa tidak fasih dengan past, present atau future tense, JANGAN gunakan tanpa kepastian. translate everything EXCEPT the verb.

contoh:
"normally, i makan dekat school. tapi sejak last week, i mula makan dekat this one awesome restaurant.".

naaaaahhhh.
nampak permainannya?
lebih nampak terpelajar, bukan?

bandingkan dengan:
"biasanya, saya eat dekat sekolah."
(sorry, cant find a better example. maka terpaksa bagi contoh yang grammatically corrent juga)

masalah yang paling selalu timbul adalah bila ibubapa mengganti makna perkataan2 yang berlainan tense. contoh sudah bagi di atas tadi. boleh rujuk semula.

maka kalau BETUL nak rojakkan, BE SURE you do not sound ridiculous.

3) jangan poyo depan orang SAHAJA.
-------------------------------

ini ditulis dari pengalaman aku di salah sebuah pasaraya di kolumpow.

mak:
(sambil kuat2 suara, mengerling kiri-kanan)
adik, come come.

anak:
(mungkin 6 tahun. mungkin juga 7. umur pandai menjawab. tidak bergerak. pandang ibunya dengan kening berkerut)

mak:
(suara makin tinggi)
why degil? come. come. we go. come.

anak:
(masih tegak)

mak:
(datang. cubit. aku awkward. sebab aku sedang duduk di sebelah anak kecil itu)
kenapa tak listen?

anak:
(kelihatan marah kembali)
apa...? kenapa cakap english?

HAHAHAHAHAHAHAAH.
burn.

:)

menemui ibubapa di mana2,
APA SAHAJA BAHASA--
asalkan cantik, kemas dan betul gunanya--
kool lah dia.

kalau bahasa rojak tapi bunyi macam tahi--
percayalah--
tidak kool mana.

berbanggalah dengan bahasa sendiri.
tapi jangan pula sehingga menghina bahasa orang.
macam satu masa dahulu fakulti aku dicadangkan fakulti lain agar ditutup. atas alasan "bahasa inggeris adalah bahasa syaitan".

pensyarah aku respon dengan senyum dan tenang:
"ketika iblis berbual dengan rasulullah. bahasa apa yang mereka guna?"

badum badum tassssss!!!

bahasa tidak menentukan kita siapa, kasta apa, golongan mana.
maka tolonglah.
rilek2 saja.

selamat jumaat.

p/s: petikan/artikel/status dipetik dari facebook Fynn Jamal
Read More..

Thursday, January 10, 2013

kawan, sahabat atau musuh

0 comment
Kita hidup di atas muka bumi nie macam-macam orang kita kenal. Macam-macam ragam dan perangai yang kita jumpa. Tak kira la dari peringkat umur tua mahupon muda. Lagi lama dia hidup lagi macam-macam perangai dia dah penah jumpa. 

So macam tu jugak la dimana sahaja kita berada dimana sahaja kita belajar pasti ada masalah tak puas hati tak sedap hati tak suka terpaksa untuk menerima perangai orang keliling kita. Nak-nak orang yang rapat dengan kita. Orang yang rapat dengan kita tu pulak orang yang selalu keluar makan, ke kelas, outing, balik kampung, kemana sahaja la dengan dia. Tapi sayang disebalik persahabatan itu diri kita sendiri dikhianati atau pon dipermainkan. 

Kalau betul dia kawan atau sahabat yang baik yang menggunakan istilah susah senang bersama tapi kenapa bila senang ko je nak senang tapi bila dia susah ko tak pernah nak bela atau backup dia. Lagi kau nak menjatuhkan maruah dia keaiban dia ada la. Nak-nak orang perempuan sekeras-keras mana pon pada luaran dia jauh disudut hati dia ada sedikit hati dan perasaan yang sangat lembut dan halus. Hati perempuan nie macam tisu yang mudah terkoyak.

So kita sebagai hidup bermasyarakat nie kena la berbaik-baik dan bertolak ansur antara satu dengan yang lain. Saling menjaga hati orang lain. Insyallah hidup kita akan sentiasa aman dan damai. Dan tiada timbul pergaduhan atau permusuhan.. Bila dah bergaduh dah bermasam muka tak syok la kan. Nak-nak orang yang kita bermasam muka tu serumah, sekelas dengan kita pulak. 

So nasihat aku buang yang keruh ambil yang jernih. Baru hidup kita akan aman dan damai. Insyallah. Andai kita ditegur oleh siapa nak-nak dengan kawan kita sendiri terima je la dengan seadanya dengan pikiran dan hati yang terbuka. Pikirla positif. 
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
Kalau sebelah pihak ingin berdamai kenapa sebelah pihak lagi nak mengeruhkan keadaan. Tak salah kalau dua-dua untuk berdamai. Dan berbaik-baik. Lebih baik korang bincang elok-elok bersemuka antara satu sama lain. Kalau post kat facebook tak dapat nak selesaikan masalah. 












 

 
Read More..

Monday, April 18, 2011

Monday, April 11, 2011

happy birthday

0 comment
Salam kepada blogger diluar sana. harini aku nak story pasal birthday 3 orang. sapa 3 orang tu 2 abang aku sorang lagi kawan online aku. birthday diorang jatuh pada pada 11.4.2011. pada hari isnin pada harini la. aku nak story pasal abang aku dulu baru la pasal kawan aku tu.

Kalau korang perasan la gambar dekat bawah nie tu la gambar aku. aku ada 2 orang abang. abang aku nie anak ke-3 dan ke-4. yang no 3 tu nama nye akmal so dia la abang yang no 4 tu ainal so dia la adik. kalau korang nak tau lagi abang aku nie kembar. asal korang tak caya ker? muka tak sama ek? memang la kembar tak seiras orang panggil. tapi kalau time kecik-kecik dulu sama kot. susah nak kenal dah besor nie nampak la perbezaan nya. sorang berkaca mata sorang lagi tak. tu je la beza nye. kalau sapa yang kenal tau la. kalau 1st time tengok payah kot nak cam kadang terkonpius pon ada. so harini sempena birthday diorang ni aku nak wish la happy birthday yang ke-23 tahun. wah dah 23 tahun weyh.

Pixel Shack

Cerita pasal kawan online aku nie pulak. kebetulan pulak birthday dia jatuh 11.4.1991. sama la pulak birthday dia dengan abang-abang aku nie. so tiap kali nak wish birthday tu sekali arung je la wish birthday dia sekali. so aku tak kan lupa la untuk wish birthday dia nie. okey nama kawan aku nie wawa. sekarang nie study dekat kolej komuniti selayang (kksy). aku dengan dia nie macam mana boleh kenal? kenal zaman main myspace dulu la. kat situ la aku kenal dia. masa tu dia dak sekolah lagi. aku masa tu baru je habis sekolah kenal masa tahun 2008 la. dia 17 tahun aku 18 tahun. masa tu aku dok layan-layan dia sampai la sekarang aku tak pernah lost contact dengan dia. siap tukar-tukar no lagi tu. tapi setelah berapa lama kitorang kenal tak penah ada rezeki dan kesempatan pon untuk berjumpa dengan dia. nanti ada rezeki insyallah ketemu la jugak kitorang ye. dan dikesempatan nie aku nak wish dekat ko happy birthday yang ke-20 moga tabah dan sabar mengharungi hidup ko. dan moga berbahagia dengan cik zubed.

cik wawa ali
Read More..

Monday, March 14, 2011

thankx wish

0 comment
Selamat pagi kepada semua blogger di luar sana. harinie dah msuk 14.3.2010 umur aku pon dah meningkat dari sehari ke sehari. harinie dah 21 tahun 1 hari. kejap je masa berlalu. masa aku call member aku  (fared) dia cakap aik harini harijadi ko ker? rasa macam baru je lagi hari jadi ko. tengok betapa cepat nye masa berlalu dengan kesibukan study lagi. masa berjalan tanpa disedari.

Semalam 13.3.2010 merupakan hari lahir aku yang ke-21. wah terasa tua la pulak padahal baru je 21 pon. muka awet muda kot. semalam aku dapat la wish daripada family, kawan-kawan facebook, twitter, UniMAP, SMTSI, SMKASR, yang istimewa. hahahaahah.. terima kasih la kepada yang wish birthday aku semalam. yang sanggup bersengkang mata semata-mata nak wish birthday aku. dan kepada yang lupa my birthday masih boleh wish lagi. hahaahahah.. tak malu mintak org wish.


Kepada kawan baik ku didie yang susah jer buat satu entry sempena my birthday. sangat terharu aku rasa. thankx again. ye member sampai mati weyh. nie entry nye member sampai mati. walaupon singkat dan ringkas tapi sangat bermakna bagi aku. dan tak lupa kepada blogger yang ada comment dientry aku semalam wish birthday. thankx a lot. sempat lagi blog walkign before nak sleep jumpa ada orang wish birthday aku dekat blog. tajuk entry nye online sebelah ayah.

Dan tak lupa juga yang ada sent message dekat aku wish birthday..
  1. didie
  2. haHs
  3. yugeraj
  4. shazatul shifaa zulaikha
  5. k.ngah
  6. nik zzati
  7. wan ahmad afzal ikram
  8. abby
  9. jee
  10. ainal
  11. (",)zack & amin
  12. wani 
  13. rosli
  14. noriwany nazri

"THANKS TO ALL MY FRIENDS. LOVE YOU ALL"

p/s : maaf ye entry kali nie agak panjang sikit.
gambar disusun mengikut siapa yang wish dulu begitu juga dengan nama yang mesej aku
Read More..

Monday, November 29, 2010

terasa penting pulak aku ni

7 comment
malam yang dingin harinie. hujan tak berenti daripada petang tadi sampai la sekarang. hujan masih renyai-renyai. lena la tidur aku malam nie. apa aku nak story malam nie ek??? aku nak story pasal penting juga aku pada korang yer. sebab pe ek?? sebab bile aku ada dekat kkf sana tu tak nak la pulak korang mencari aku nie. bila aku dah ada dekat perak rumah aku nie time tu la mesej masuk orang dok mizkol la. antara mesej dan yang call aku :-
  1. vijaya : amal u keluar tak malam nie?
  2. k.ila : amal nak tumpang semayang asar dekat rumah boleh tak?
  3. nik : amal ko keluar tak malam nie
  4. naimah : tanya pasal nak bayar duit baju
  5. abg paan : tanya pasal duit baju 
  6. c.fiarus : tanya aku dekat mana?
  7. iema rashid : suruh aku blik kkf cepat sebab kebosanan
komen iema hantar dekat wall aku

komen yang aku reply dekat wall dia

so korang kalau nak cari aku cari la aku time aku ada dekat kkf tu. kalau aku dah ada kat perak nie korang baru sibuk-sibuk nak cari aku tak ada guna dah la. sapa-sapa yang tengah bosan tu boleh la cari kawan-kawan lain dekat kkf tu untuk hiburkan korang yang tengah bosan. 
Read More..
Real Time Web Analytics