Showing posts with label hotwheels. Show all posts
Showing posts with label hotwheels. Show all posts

Thursday, December 8, 2016

Rabu 7/12/2016

0 comment
Semalam pergi jalan manjung dengan mak aku. Dah mak ajak aku ikut jer. Tujuan nya nak ke maybank dengan tukar duit jer. Kebetulan dh keluar aku ke pejabat pos la mengepos barang orang beli. Kalau bedua keluar dengan mak ni aku la driver nya dengan naik Kancil AFY aku tu. 

Lepas makan semayang apa semua gerak terus ke manjung kalau keluar dengan mak aku ni cepat je pegerakan nya tak ada la lengah-lengah. Pergi maybank dulu masuk maybank tak pernah la tak ramai orang. Selesai kat maybank tak tau nak kemana kita ke aeon beli novel satu dua. Singgah popular aeon manjung jap. Niat hati nak cari novel Isteri tuan Ihsan tapi dh laku keras habis pulak. Tunngu next restock la pulak. Beli la novel 7 Hari Mencintaiku. Tapi mak aku yang beli bukan aku tau. 

Selesai ke aeon kita pergi tukar duit dekat Forex area sitiawan jer. Sementara mak aku tukar duit aku ke pos office sekejap. Selesai kerja mak ajak makan sebab kata macam nak makan tapi tak tau nak makan apa. Aku bawak la dekat gerai pasar komuniti & karavan sri manjung. Memang  biasa makan situ dah. Aku macam nak makan ABC sebab panas terik kan. Kedai ABC tutup pulak. So aku order laksa dengan teh o ais. Mak minum laichekang. Laksa kita kongsi dua. Laksa dia terbaik sedap nya. 

Jam pon dah pukul 5.00 lebih asar tak lagi. Kita shoot balik rumah. Sebelum balik rumah sampai je gelung pepuyu singgh rumah kawan mak kejap niat nak amik minyak YL je tapi dh ajak ke dalam rumah jumpa mak nya sembang la kejap-kejap kita pon gerak balik. 

ni la aku ada la meniaga sikit hotwheels aku. laku keras jugak jual hotwheels nie. hari-hari ada je nak membeli. 

tu la mak aku. asal ajak keluar je aku on jer. tak ada apa buat kan. 

Read More..

Friday, November 18, 2016

Hobi saya

0 comment
Saya punyai satu hobi selain photography, edit gambar saya ada satu lagi hobi yang jarang orang perempuan iaitu kumpul mainan. Mainan apa yang aku kumpul? Kalau dalam dunia hobi orang panggil 'diecast'. Aku sangat suka kumpul macam lego, kereta, gundam, dan patung. Nanti aku tunjuk kan beberapa koleksi yang aku ada. Paling aku minat kumpul kereta la terutamanya hotwheels dengan tomica. Mana cantik aku beli. Harap size je 1:64 tapi harga nya kalau korang kumpul korang tau la dari semurah dan semahal-mahalnya. 

Aku pun tak tau la dari mana datang nya minat nak kumpul kereta mainan nie semua. Jiwa abang-abang katakan la. Hahaha. 


nie lego shell la semua orang tau nak dapatkan kena isi minyak RM40 keatas baru boleh beli lego nie. 


antara koleksi  hotwheels saya. ada yang dah terjual pon. 


ni kereta ford escort putih


nie pon sama ford escort merah


koleksi ford escort yang saya ada setakat ini

suka hunting hotwheels yang rare tapi harga pon rare jugak la. aku suka beli lot murah la sikit harganya.



Read More..
Real Time Web Analytics