Showing posts with label laptop. Show all posts
Showing posts with label laptop. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

laptop kembali bernyawa

1 comment
Yeppi!!!! seronok nye la aku kan. Harusla seronok. Mau nya tak. Sebab netbook asus kembali bernyawa seperti biasa. Setelah sekian lama di hibernate kan adala dalam 9 hari tak bukak disebabkan tiada charger nya. Walaupon ada battery tapi tiada charger nya tak guna la jugak. Pakai laptop nie bukan nye boleh bukak kejap-kejap bukan nya boleh ngadap kejap-kejap. Sekali dah bukak tu mau makan masa 5 6 jam jugak la mungkin lebih. So kalau battery laptop yang tahan okey la kalau yang jenis tak tahan lama cepat la sleep nya laptop. Tapi alhamdulillah la laptop nie tahan battery nya. Tu yang aku suka tu. 

So bile laptop dah bernyawa dah boleh charge dag boleh on apa lagi aku pon melepaskan niat-niat aku yang tertunggak selama 9 hari dengan mengdownload movie, online, update blog salah satu nya. Tadi pagi jam 10.40a.m aku baru je pergi amik adapter laptop yang aku dah order lama dah minggu lepas lagi hari isnin (24.12.1012) lepas. Dapat lambat sebab hari rabu (2.1.2013) minggu ni baru aku start kerja balik. Sepatut nya boleh dapat semalam dah tapi kedai komputer tu tak bukak la pulak. So tu yang dapat harini tu. 

Alhamdulillah charger pon okey laptop pon charge seperti biasa. Masa tak ada charger nie macam-macam la aku pikir kot ada yang menanyakan aku mana laptop nak guna ke apa. Alhamdulillah la tak ada sapa yang tanya termasuk la mak aku. Kalau mak aku tanya tu la paling riso. Nasib baik la tak ada tanya. So sepanjang aku online update blog tu gigih jugak la nak update blog tu pakai phone je. Dah ada laptop nie puas la sikit nak online, update blog, download movie, download lagu semua. 

Nasib baik kedai tu ada stock. Kalau dak nak tunggu order nak tunggu bila la dapatnya. Korang jangan la tanya aku berapa harga nya. Pada aku okey la kot harga nya. Tapi bajet ada lari la sikit. Baru je aku nak menabung. Hahahahaha. Aku beli dekat First Solution Enterprise dekat je dengan tempat aku praktikal. Jalan kaki pon sampai. Tapi charger yang kita beli lain jangan harap yang original la. Tapi jenama nye yang sama. Yang tu tak perlu risau. Yang penting boleh charge laptop.

ha tu la laptop yang aku selalu usung dari rumah ke tempat kerja

adapter nie la yang rosak nye. plug dia masih boleh guna lagi. yang atas yang ori yang bawah yang baru.

Read More..

Friday, June 3, 2011

pc & laptop meragam

0 comment
Pagi-pagi buta orang tengah tido nie aku nak cerita pasal kebengangan aku terhadap laptop dan pc rumah aku yang agak memang kalau aku nak lempang rasa nak lempang jer. aku just mengucap panjang je la dengan menahan kesabaran terhadap dua gadget nie.

Yang aku paling bengang and sakit hati giler bila berkali-kali aku burn cd tak lepas-lepas. dah la laptop aku memang tak ada driver cd pc pulak time nie buat hal tak boleh nak burn cd. geram + sakit hati aku. last-last apa yang aku dapat cd tak dapat burn yang dapat pc hang banyak kali asyik kena restart je. geram la aku.jom terjah pc aku bile hang teruk.










Read More..

Thursday, December 9, 2010

rindu

8 comment
aku rindu giler dengan dua barang nie. 1st aku rindu dengan hanphone aku walaupon aku tak tengok tak pegang lagi. 2nd aku rindu dengan laptop aku. sebab aku kasi dekat adik aku mintak tolong member dia reformat kan laptop aku. so sekarang nie laptop aku alhamdulillah sudah sihat walafiat. hope lepas nie laptop aku tak meragam lagi la. tak sabar nye la nak turun kl weekand nie leh la lepas rindu dengan 2 barang nie.


nokia E5
     
laptop toshiba ku.

Read More..

Thursday, December 2, 2010

laptop meragam

8 comment
aku tak tau la apa masalah dengan laptop aku lately nie. asal bukak lagu je dia jadi sekat. aku pon tak paham kenapa. nak kena pergi service ke laptop nie. mungkin la kot. last laptop nie format pon masa sem 3. kalau tak silap aku la. sekarang nie aku dah sem 5. lama tak pergi service rupa nyer. semalam masuk dengan pagi nie dah 7 kali laptop aku nie hang. risau la jugak aku pehal nyer. aku pikir-pikir balik baik aku format jer. data dalam nie boleh cari lain. sapa-sapa boleh bagi khidmat kat aku untuk format laptop. service free ada ker? kalau kedai hanta RM50 mahal. aku tak sanggup kalau laptop aku jahanam lagi. cukup la yang lama dah jahanam.


tengah dok main gtalk laptop hang

dok tekan right klik pon tak mau jugak

nie lepas restart balik hang jugak

tengok jadi gelap pulak gtalk tu

tekan start pon slow kuar nye

nie la hasil nye bila hang dia kuar macam nie
Read More..

Saturday, September 25, 2010

jantina laptop korang

5 comment
 laptop aku girl laptop korang pulak??

Jangan tak tau.....laptop pun ada jantina...
so, nak tahu tak jantina laptop yangg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe

buat je step kat bawah ni...

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
    Save as =  love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?
Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....

Enjoy! blh wt korg gelak tau.... saje nk korg segarkn mata2 yg kuyu dh tu...hehehe


Read More..

Friday, May 7, 2010

semalam tak tido

6 comment
sebab nie la aku tak tido kalo korang nak tau. aku tunggu adobe photoshop cs5 nie habis download. cs5 nie hanya la trial version. nk fully kena cari la cd nye. aku nak try tengok & guna cs5 nie. sama ke atau ada perubahan.
Read More..

Sunday, April 25, 2010

nero 9

0 comment

setelah seharian aku cuba untuk menginstall nero 9. baru pagi nie aku berjaya menginstall nyer. disebab kan masalah technical sedikit. aku try mintak sidiq tolong buat kan. dia pon tak dapat nak tolong. sebab ada maslah dengan laptop. aku try banyak kali install tak boleh jugak. macam-macam cara dah aku cuba buat tak berjaya. akhir dalam pukul 3.03 a.m aku berjaya install nero 9. alhamdulillah dengan kesabaran aku menggu aku berjaya dapat nero 9. dengan hanya download di internet. full version tau aku punye nero 9 nie. hehehehehe. thankx jugak pada cdiq tolong aku carikan setup nero 9 nie. dengan keygen nyer. di sebab kan ko tolong aku nanti aku belanja ko makan yer. hehehehe.

pasnie senang la aku nak burn cd. untuk pirate kan mana-mana album dan cerita-cerita baru. hehehehehhe. aku biasa dah pirate kan cd nie. hehehehe..especially untuk kakak-kakak aku sebab suka mintak aku burn cd lagu untuk diorang. siapa-siapa nak aku burn kan movie, lagu-lagu boleh la aku tolong buat kan.
Read More..

rindu pada broadband aku

0 comment

setelah beberapa lama aku tak guna dengan broadband aku nie. aku berasa rindu dengan broadband aku. sejak aku beli broadband nie aku pakai ada la dalam 2x je kot. seingat aku la. lepas tu aku bagi pinjam dekat kawan aku. sampai la sekarang. sekarang aku online + blogging dengan menggunakan broadband. i'm feel so happy right now. walaupon internet agak slow. tapi agak happy bukak ape web pon tak kena block.
Read More..

Monday, February 22, 2010

Format laptop

7 comment
aku nie asyik masalah dengan laptop je la. kadang-kadang aku pon jadi tension. nasib baik la ada technition yang best+baik kat sini. yang boleh tolong aku pasal masalah laptop nie. aku semalam baru je format laptop mak aku nie. format dari window XP ke window 7. alhamdulillah siap dalam masa beberapa jam sahaja. aku puas hati sangat abang nie format kan untuk aku. laptop nie memang dah lama nak format. sebabkan virus yang begitu banyak sangat. dengan DVD writer problem. nasib baik semua nye dah elok seperti biasa. kena format semalam RM25.00 jer.

nie desktop aku selepas aku tukar theme. aku letak rokectdock + rainmeter. aku dapat rocketdock dengan rainmeter nie pon aku tanya member blogger aku nine. thankx nine sebab tolong saya.

Read More..

Friday, February 5, 2010

laptop aku rosak

4 comment
semalam masa aku nak gunakan laptop aku tu titba-tiba je laptop buat hal. mula-mula on okey menyala mouse nyer. pastu tengok balik laptop tak on langsung. mouse dah tak menyala balik. aku try on banyak kali tak boleh. aku tak tau la apa masalah laptop tu. sekarang laptop tu tak ada dengan aku. aku pergi hantar repair.nak tau pe masalah nya laptop tu. hope tak ada la masalah berat sangat. laptop nie rosak adakah sebab:
  1. laptop nie sudah lama jangka masa nya? setahu aku laptop nie baru je 4tahun
  2. aku suka on laptop lama-lama dengan tak guna cooler fan?
  3. dia tau aku nak test minggu nie dengan minggu dia pon buat hal dengan tak kasi aku online dah.


Read More..

Friday, December 4, 2009

My new theme laptop

11 comment
kini laptop aku dah berubah wajah daripada ke theme window XP ke theme windows 7 aku berasa sangat seronok sekali. aku download daripada web ni softpedia. kalo korang berminat boleh cuba. try your best.

screenshots window XP aku yang lama



screenshots windows 7 aku sekarang

Read More..

Thursday, June 11, 2009

Laptopku sudah Baik

4 comment
yes kini aku boleh online menggunakan laptop aku sendiri. laptop aku yang sudah lama rosak nya sudah di reformat balik. alhamdulillah laptop nie masih boeh digunakan lagi. tapi data-data dalam laptop ni semua dah hilang dah. tak apa la ku redha dengan semua itu. yang penting ku dapat laptop ku balik.



Read More..

Thursday, April 16, 2009

mana lagi laju?

25 comment
antara 2 browse internet dekat bawah nie mana yang korang rasa yang paling laju. antara internet explorer 8 atau mozilla frefox lagi laju? aku nak korang bagi pendapat yer. boleh hantar pendapat di shoutmx atau pon komen.

Mozilla firefox

dulu aku sur browse internet pakai mozilla firefox. aku guna mozilla pon sebab ada kawan aku yang syurkan untuk pakai iaitu Tuan Nor Sidiq. tapi tiap kali aku pakai internet mesti asyik hang tak pon lambat. so aku ambil keputusan untuk download internet explorer 8.

Internet explorer 8

hari ini baru aku berkesempatan untuk mendownload internet explorer. aku try download cepat jugak la download nyer. tak da la makan masa 1 hari untuk download. lepas download aku guna terus agak laju jugak la internet explorer nie. dan mulai hari ni aku akan browse internet menggunakan internet explorer 8.

Read More..

Thursday, February 26, 2009

My laptop & accessories

10 comment


nie la laptop aku yg aku gunakan untuk online, main internet, buat assignment, dgr lagu main game & lain-lain lagi... laptop nie dulu k.long aku punyer. sekarang sudah tukar milik aku punye la kan. dulu hanya laptop sahaja yg aku dpt. sekarang aku sudah tambah kan aksesori. barang yg aku dh tambah:

notebook cool pad RM10.00
2.0 multimedia speaker RM25.00
mouse RM28.90
dvd writer RM289.00
computer cable RM20.00
USB 2.0 hub RM25.00


banyak jugak la duit aku habis beli benda benda ni sume. pas dapat duit yayasan pegi la beli barang barnag nie kan. okey la aku pon puas hati lepas dapat sume nie.

p/s: satu jer belum dpat lgi beg laptop aku tgh mencri. sesiapa yg ada nmpk beg laptop murah kasi tau aku yer...

Free Signature Generator

Free Signature Generator Read More..
Real Time Web Analytics