Saturday, November 19, 2016

anugerah skrin 2016

0 comment
Lama aku tak aktif di twitter malam nie ada anugerah skrin 2016 (ASK2016) #ASK2016 aku tak ada keje layan twitter main tweet sapa pemenang malam nie semua kemain Timeline aku naik notification orang dok retweet, favorites kita punya tweet. Apa pon aku ucapkan tahniah kepada semua pemenang anugerah skrin 2016. 

Saya belanja gambar notification twitter saya malam nie yang mention saya di twitter. Sampai Battery phone aku habis la penangan main twitter nie. 




Read More..

Friday, November 18, 2016

Hobi saya

0 comment
Saya punyai satu hobi selain photography, edit gambar saya ada satu lagi hobi yang jarang orang perempuan iaitu kumpul mainan. Mainan apa yang aku kumpul? Kalau dalam dunia hobi orang panggil 'diecast'. Aku sangat suka kumpul macam lego, kereta, gundam, dan patung. Nanti aku tunjuk kan beberapa koleksi yang aku ada. Paling aku minat kumpul kereta la terutamanya hotwheels dengan tomica. Mana cantik aku beli. Harap size je 1:64 tapi harga nya kalau korang kumpul korang tau la dari semurah dan semahal-mahalnya. 

Aku pun tak tau la dari mana datang nya minat nak kumpul kereta mainan nie semua. Jiwa abang-abang katakan la. Hahaha. 


nie lego shell la semua orang tau nak dapatkan kena isi minyak RM40 keatas baru boleh beli lego nie. 


antara koleksi  hotwheels saya. ada yang dah terjual pon. 


ni kereta ford escort putih


nie pon sama ford escort merah


koleksi ford escort yang saya ada setakat ini

suka hunting hotwheels yang rare tapi harga pon rare jugak la. aku suka beli lot murah la sikit harganya.



Read More..

Thursday, November 17, 2016

Picnic

0 comment
Sabtu lepas aku dengan kawan-kawan aku berkelah dekat tasik darul aman, jitra kedah. Saja la nak buat makan-makan sebab kawan-kawan aku tu semua last sem. Bila lagi nk buat kan. Nanti kalau hujung sem dah sibuk dengan exam lagi final year project lagi. Ni semua idea kawan aku la ida. Dia memang suka buat makan-makan nie semua. Sebab dia la tukang masaknya. Ida masak power kot sedap mati.

Hari jumaat malam tu dh start masak dah. Buat kek, cream puff. Esok nya pulak masak nasi ayam, sandwich, kentang goreng, hotdog dengan air oren sunquick. Masak malam tu sampai tak tidur la. Esok pagi bangun dah pening bangun pulak lewat masa tu pukul 12.00p.m baru bangun. 

Bangun tidur aku siap nak ke arau beli baranh sikit sebab ada tak cukup. Yanh dekat rumah dah mula masak. Plan nya pukul 3.30p.m nak gerak dah tapi bangun dah lewat siap masak pon tak lagi makanya pukul 5.00p.m lebih baru gerak dari bumita. Bawak turun barang semua gerak terus ke jitra. Dalam pukul 6.00p.m sampai tasik. Orang hari tu punya la ramai. Yela sebab hujung minggu nasib baik la ada tempat yg sesuai untuk berkelah. 

Sampai je tasik cari parking setting tempat semua masing-masing dah lapar simpan perut dari pagi. Petang baru dapat makan tu pon dh lewat baru dapat makan. Tapi alhamdulillah la semua plan menjadi. Sebenarnya picnic tu nak meraihkan birthday kadok dengan angah sebab selalu diorang je sambut birthday ida kali ni ida pulak sambut birthday diorang. Sesi bergambar bagai baru la dapat makan dengan tenang. Masing-masing dah kebulur. Dapat makan senyap terus. 

Lepak pon tak lama bergambar pon tak banyak sebab hari dah nak maghrib. So habis je makan terus balik bumita dengan perut kenyang. Alhamdulillah.




Read More..

Tuesday, October 27, 2015

Festival Konvokesyen UUM

0 comment
Semalam pergi jalan festkon UUM, Sintok, Kedah. Kitorang pergi malam pukul 8.00p.m tu dari Bumita. Kalau pergi lewat karang balik lambat pulak so decide lepas maghrib terus ke UUM. First time nie kitorang sampai dekat festival konvokesyen UUM. Sebelum nie dok menapak dekat festkon UniMAP jer. Kali nie berpeluang kesana. Saja la nak tengok macam mana kemeriahannya dekat sana. Memang besar baq ang. Kawasan makan satu tempat kawasan jualan baju, kain, kasut satu kawasan lepastu siap ada funfair lagi tu. Memang meriah kawasan festkon diorang tapi masalah nye tak ramai orang berkunjung macam hambar jer rasa. 

Apa je kitorang buat dekat sana makan, jalan² dekat festa konvo tu cuci mata sikit tengok gelat orang ramai. Paling best sekali kitorang dapat bergambar dengan ironman. Tak tau la ironman tu import darimana. Tapi aku suka tak sia² aku pi festkon UUM malam tadi. Habis je lepak round satu festkon tu balik la ke bumita sebab tak ada apa pon sangat. Nak membeli pon macam tak ada yang menarik so balik je la perut pon dah kenyang makan dah berapa kali makan siap tapau shawama lagi tu. 

Sampai je Bumita lepak dengan budak rumah sembang sekejap. Kawan aku call ajak pergi hospital katanya kawan aku teruk dah nangis bagai. Aku pon on je la kata jom pergi. Aku bersiap pakai tudung semua terus pergi rumah kawan aku tengok kedaan nya macam mana. Memang muka merah la. Dengan tampal salonplus kat kepala. Mula ngadu pening dengan loya kat aku masa kat festkon tadi balik rumah selubung dengan selimut satu badan. Dia senyap je kawan aku yg perasan pastu terus ajak pergi hospital. 

Kalau pergi hospital waktu tengah malam nie kemana je pergi kecemasan terus la. Nama pon kecemasan memang lambat la. Orang beratur panjang dengan ambulan tak berenti keluar masuk. Kitorang sampai pon dah pukul 12.30a.m. Hospital yang terdekat pon nun kat Kangar sana. Kawan aku daftar nama apa semua. Aku tunggu la dekat luar nak duduk dalam orang ramai sejuk pulak tu. Lepak la luar dengan lina macam² la kitorang buat sembang la selfie la study la bagai. Sementara tunggu kawan aku nie masuk jumpa doktor memang lama weyh. Kawan aku masuk jumpa doktor cek darah pulak. Nak kena tunggu lagi keputusan darah. Pukul 3.15a.m baru dapat tau keputusan darahnya. Alhamdulillah nasib baik tak ada apa. Tunggu nak amik ubat lepas balik terus ke Bumita. 

Aku harap dan berdoa agar tikah cepat sembut. Esok pon dia dapat MC dapat la dia rehat. Lupakan la pasal kelas esok. 

nampak tak avenger tu. ironman. Atas tu gmbar lina dgn tirah bawah tu gambar aku dengan tikah. Tikah tu la yang sakit aku hantar pi hospital tu.

yeah akhirnya dapat jugak gambar dengan ironman.

nie penaman aku lina nama nya. sementara tikah tengah check up dengan doctor.


Read More..

Sunday, October 25, 2015

Seharian test

0 comment
Semalam punya cerita ada dua test. Rasa macam dah nak final jer ikutkan gaya study nya. Dengan tak tidurnya pulun la seminggu tu study. Dua test tu subjek real time system (RTS) dengan engineering Management. Dua subjek nie masa pergi kelas memang tak paham apa macam tak tau belajar apa pon. Tau² dah ada midterm. 

Nak test baru pulun study semua benda kena belajar sendiri mengkaji sendiri solution dan calculation nya. Pulun study semalam stay up bagai lepas subuh baru nampak katil baru nak tidur. Siap panggil kawan aku mintak tolong ajar kan mana tak paham. Test pukul 3.00 p.m tu test RTS malam pulak test pukul 8.30 p.m engineering management. Alhamdulillah test pon dah habis tinggal dua test je lagi belum buat. Harap apa aku jawap masa test tadi betul la semua walaupon salah. ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ. 

nie yogesh kawan aku setiap kali test exam aku akan cari dia

Read More..
Real Time Web Analytics