harinie mak aku masak untuk hari raya esok. bukan untuk esok je tapi untuk seminggu kita beraya nie. sebelum mak aku masak kitorang mengemas laman rumah dulu sementara tunggu ayah aku ke pasar beli ayam dengan daging. lepas mengemas laman rumah baru la mak aku mula masak.
k.long awal-awal pagi dah potong bawang, kopek ikan bilis, kopek kentang dll. aku pulak tolong blande cili kering jer. ada la aku tolong sikit-sikit dekat dapur tadi. tapi yang banyak buat keje nye tadi adik aku, mak dengan k.long. aku dah surrender awal-awal dah kepenatan sangat.
menu raya tahun nie macam biasa la mak aku masak antaranya :-
- nasi impit
- kuah kacang
- sup tulang
- sup ayam
- nasi ayam
- rendang daging
- kueh teow ratna
nie nasi impit dalam periuk sedang direbus menu pertama yang masak
nie la adik aku orang kuat harini menolong didapur.
sup ayam dengan tengah rebus daging untuk buat rendang
nie dalam rumah yer. kuih muih yang dah sedia di atas meja untuk tetamu yang datang
masa berbuka puasa. memandangkan harinie puasa yang terakhir ayah aku baca doa selamat la sikit. menu berbuka puasa hari speciall daripada hari-hari lain makan nasi ayam. terbaik punya nasi ayam. sedap ko.
kek tiapt-tiap tahun wajib beli sempena hari raya nie. dan kebetulan pulak k.long punye birthday pon jatuh pada hari raya puasa nie. so sekali la kek nie yer. yang k.ngah tu dah lepas. 7.9.2010 aritu.
2 comments:
weh amal aku harap lum terlambat agi arr nak wish kat ko ni slamat hari raya...maap zahir btin
orait. selamat hari raya gak kat ko. maaf zahir dan batin.
Post a Comment