Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

shopping raya lagi

0 comment
Selagi tak hari raya selagi tu la semua shopping complex nak di terjah nye. Haritu pergi sampai ke penang sana bershopping tak cukup ke sungai petani pulak kali nie balik perak pon singgah shopping dekat sini pulak. Menyinggah aeon seri manjung tadi. Dah tak ada apa nak buat apa lagi keluar berjalan la keje nya. 

Actually bukan la shopping raya sangat pon. Beli barang rumah mana yang dah habis. Shopping raya settle dah semua. Tunggu nak raya je sekarang nie. Mood raya memang tengah ada sekarang nie. Terbayang baju raya, kuih raya, makanan yang banyak, duit raya yang paling penting. Muahahahaha.. Raya tu memang la seronok tapi kepenatan tu dah ternampak-nampak dah. Penat nya nak mengemas rumah masyallah tuhan saja la tahu kan. Kalau mengemas rumah time raya nie lain macam sikit. Kena kemas habis-habisan. Tak nak nampak sikit habuk pon. 

Maklumla orang nak bertandang ke rumah hari raya nie. Semua tu perlu la dijagakan. Kang apa pulak orang yang datang rumah tu kata nanti. Okey la melalut la pulak aku nie berbalik ke pada intro aku tadi per shopping apa nye saja berjalan kakak aku tak pernah sampai lagi aeon manjung. So ajak la dia ke sana. Dia pon nak beli barang dia jugak. 

Keluar rumah tadi pon lewat jugak la jam 12.00p.m sebab pagi tu mak aku berkebun tu pon jenuh nak mengajak mak pergi ikut sekali katanya penat. Dalam penat pon pergi jugak ada jugak barang yang dibeli nye masa kat aeon tadi. Hehehehe. Aku pon tak kurang nye jugak kalau dah keluar dengan mak kakak aku tu nak la jugak rembat 1 2 barang kan. Hehehehe. 

Dari aeon terus ke bazar ramadan sebab dah pukul 4.00p.m bazar pon dh bukak walaupon tak banyak gerai lagi yang bukak atau pon ramai yang dah tutup gerai sebab nak raya nie kan. Kot semua pakat dah balik kampung ye la cuti sekolah pon dah mula. So gerai tak banyak bukak makanya beli apa yang ada je la. Dari bazar terus balik rumah. Aku pon penat dengan mengantuknya telena la kejap sampai rumah. Tertido sampai pukul 6.30p.m la sampai mak aku dah siap masak. Hahahaha. Teruk betul perengai. Hehehe. 

ofa yang tak puasa.

tak pasal² aku kena main kereta nie dengan ofa.

korang pergi shopping dekat aeon dapat rebate voucher RM5 untuk setiap pembelian yang berharga RM100.


Read More..

Tuesday, July 30, 2013

celebrated birthday atuk dan cucu

0 comment
Turun sungai petani haritu bertujuan nak sambut hari lahir ayah aku dengan anak buah aku yang no tiga ameera aufa. Birthday ayah aku jatuh pada 25.7.2013 dan birthday aufa pulak jatuh pada 27.7.2013 kebetulan lahir dekat-dekat tarikh nya. So dah tarikhnya dekat sambut sekali la. Tak ada la sambut meriah mana sekadar baca doa selamat dan potong kek sekadar cukup syarat. 

Birthday aufa masa hari sabtu tu siang kan puasa tak boleh la nak makan so makan kek masa sahur. Baca doa selamat masa maghrib masa berbuka puasa. Siang hari tu pergi shopping raya mula-mula ke aeon seberang perai, penang. Dekat je dengan sungai petani tak ada la jauh mana sebab ikut highway kan. Shopping mana ada kat sana yang berkenan di hati. Sempat la aku beli kasut sepasang dekat bata untuk raya nie. 

Habis pusing aeon tak ada apa yang bekenan sangat dekat sana. Terus balik sungai petani. Ingat nak la singgah aman jaya mall sekali hamik kau jalan jem dengan sesak nya sebab ada crew tv3 turun aman jaya mall. Sempena seindah ramdhan. Artis pulak ada turun nora danish dengan adi putra memang ramai la. Cancel pergi sana teruskan perjalanan ke central square. Dekat sana jugak orang tak ada la ramai mana tapi ramai la juga shoppig raya sebab time cuti masa tu je la terluang nak bershopping. Dekat the store jugak banyak pilihan and bekenan di hati. 

Kesuntukan masa hari pon nak dekat pukul 7.00p.m takut tak sempat je nak balik rumah nak berbuka puasa memikirkan dengan jalan jem lagi. Balik je dari central square singgah bazar ramadhan dekat dengan rumah kakak aku. Kelam kabut jugak la membeli juadah berbuka aritu bekeja-kejaran jugak la. Nasib baik semua nya sempat. Alhamdulillah. Sampai je rumah siap kan makan untuk berbuka semua on time duduk then berbuka puasa. 

blueberry cheese. nak la merasa cake SR yang lain kan. Okey la masam tapi masam sikit.

ofa yang lena tido sejak sampai di aeon seberang perai.

ofa pon sibuk nak shopping. ofa pon dah segar merayap² la dia satu butik nie.

nie yang jadi lambat nie nak pilih jam had mana bekenan di hati. bukan aku punyer.

ofa pon penat time to sleep. tengok la dia tidur macam mana.

Read More..

Friday, July 26, 2013

Cuti Nuzul Quran

0 comment
Cuti nuzul quran nie ke sungai petani aku selama 3 hari 2 malam di taman palma dekat rumah kakak aku yang sulung. Minggu lepas kakak aku nombor dua dah balik perak berbuka puasa kali ni kitorang satu keluarga pulak turun sungai petani nak berbuka puasa sama-sama. Kebetulan pulak esok 27.7.2013 ulang tahun pertama ameera aufa jadi kitorang nak sambut sekali la tu dengan ayah aku punya birthday. Birthday ayah aku pulak jatuh pada 25.7.2013 dua hari sebulan birthday cucu nya.


sesampai nye kitorang dekat sini

tengah syok main dgn opah

penat main time to sleep
So apa je buat dekat sungai petani ni jalan-jalan saja la dekat nie. Tak ada apa buat pon. Bulan puasa apa je aktiviti boleh buat setakat cuci-cuci mata dekat shopping complex boleh la. Harini je dah masuk 4 shopping complex mula-mula ke Nagoya lepas tu ke Kamdar kemudian ke Village Mall last sekali ke Econsave. Mencari barang keperluan mana yang tak ada. 

Bulan puasa nie ingatkan orang tak ramai la keluar rupanya time-time cuti nie la diorang pakat keluar dengan keluarga diorang pergi membeli belah. Nak-nak dekat nak raya ni kan. Kitorang pulak pergi lepas jumaat waktu orang sibuk nak pergi bazar la jalan memang jem la. Jalan dekat sungai petani nie pulak aku tak paham betul la banyak nau cabang nyer. Pening aku nengok nye. 

1st time aku pergi bazar yang aku rasa agak panjang dan besar jugak la. Actually tak ada la besar tapi dia panjang kiri kanan penuh dengan gerai makan walaupon jual benda yang sama. Orang memang ramai la. Kalau sapa dok sungai petani nie memang tau la kat mana bazar tu bazar tu nama nya bazar taman ria. Makan dia pon okey la tak ada la yang tak menyelerakan. Boleh diterima tekak la. Balik dari bazar terus balik rumah kakak aku sebab masa tu dah pukul 7.00 p.m nak berbuka dah pon. Ngam-ngam sampai rumah berbuka. 

ondaway nak balik rumah kakak aku jalan jem teruk. memang banyak kete la time nie

orang tengah berbuka jadi baby siter jap aku menjaga ofa

berbuka sudah

dah penat berjalan apa lagi penat tido la dia

walaupon terjaga2 dia tetap mantain akan tido balik


Read More..

Thursday, August 2, 2012

Ameera Aufa

0 comment
Salam Ramadhan. Entry kali nie aku nak story pasal kelahiran anak buah aku yang ke-3. Makin besar sekarang family Haji Anuar dan Hajjah Rokiah kerana ada penambahan ahli keluarga pada 27/7/2012 bersamaan 7 Ramdhan 1433H lahir seorang puteri yang sangat comel yang diberi nama oleh papa dan mama nya AMEERA AUFA BINTI DAING MARUAK. Lebih mesra dengan panggilan baby aufa. Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi akan diseri kan lagi dengan suara tangisan baby aufa. Kelahiran baby aufa sangat dinantikan dalam keluarga kami. Welcome baby aufa to family Haji Anuar dan Hajjah Rokiah. 

AMEERA AUFA BINTI DAING MARUAK SADIK

Read More..

Saturday, August 27, 2011

berbuka puasa dengan budak kelas

0 comment
Sebelum semua balik cuti raya. budak kelas aku decide untuk buat majlis berbuka puasa bersama. sambutan yang menggalakan walaupon tak semua yang join. hampir separuh kelas la join. yang melayu cina semua la join. bayaran sorang kena bayar RM15.00 alhamdulillah berbaloi-baloi sebab sedap. yang arranged nie semua alias merangkap ketua kelas. kitorang berbuka puasa dekat komalaut dekat jeti kuala perlis. tempat nie agak baru lagi orang pon tak ramai. kitorang makan lewat solat maghrib dulu baru makan. 



nie la tempat yang kitorang berbuka dekat komalaut


menu berbuka puasa

ikan siakap tiga rasa terbaik wok

amin & pen

licin kitorang makan. sampaikan amik laut dekat meja sebelah.

nik, aku ngan pen

budak perempuan kelas aku

separuh dari budak kelas aku.


Read More..

Sunday, August 21, 2011

penang

2 comment
Semalam aku dengan beberapa orang kawan aku turun penang. (pen, ayu, cik.zul) beberapa tempat yang sempat disinggah. tujuan utama kesana shopping raya dan berbuka puasa dengan family cik.zul.

Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba
  • cik zul amik aku dengan pen dalam pukul 9.15 a.m bertolak terus amik  ayu dekat padang besar selatan
Queens bay
  • tiba pada pukul 12.30 p.m
  • pusing-pusing queensbay dapat la shopping seluar dengan baju kemeja. habis beberapa ratus disitu kakak aku belanja.
  • jam 2.55 p.m tengok wayang cerita zookeper habis jam 4.45 p.m
  • meneruskan perjalanan memusing mencari tempat rehat sementara nak masuk berbuka.
  • jam 6.00 p.m keluar dari queensbay.
Hotel Pen Mutiara
  • berbuka puasa dengan family cik.zul sebab dia nak kenal kan ayu dekat family dia. berbuka puasa dekat hotel nie sangat la best.
Rumah cik.zul
  • tak silap aku rumah cik zul dekat bukit mertajam.
  • singgah solat maghrib dan isyak. cuaca haritu hujan 
  • sebelum balik minum teh o panas.
Tol SP Selatan
  • singgah amik umai housemate aku dia turun sp rumah naiza bekas housemate dia dulu
Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba
  • selamat sampai di kkf jam 11.45 p.m
  • lepak kejap dekat cafe baru balik rumah
Read More..

Friday, August 19, 2011

cuti nuzul quran

0 comment
Hari selasa baru nie aku turun jitra. sebab kawan aku zaman sekolah dulu turun jitra. lama gila tak jumpa dengan dia. last jumpa dengan dia tahun 2005 kira la berapa tahun tak jumpa. walaupon duduk satu negeri tapi dia jauh dia gerik. kebetulan pulak dia tengah cuti sem 4 bulan aku pon free ada la masa aku jumpa dengan dia.

Macam biasa la selalu kalau turun jitra aku tido semalam dekat sana kebetulan rabu perlis cuti nuzul quran tapi kedah tak cuti pon sebab dah amik cuti masa 1st day puasa haritu. so rabu tu kawan-kawan aku ada kelas la lepas asar baru la aku gerak pulang ke perlis.


Aktiviti sepanjang berjumpa dengan kawan-kawan aku dekat sana. 1st destinasi ke alor star mall aku nak cari seluar tapi tak bekenan pon terus gerak ke star parade jalan-jalan sana sampai la waktu berbuka puasa. maklumla waktu puasa apa la aktiviti yang boleh buat sangat. kitorang berbuka lepas semayang maghrib. berbuka haritu agak western sikit berbuka dengan kfc. lepak sembang dekat kfc sampai pukul berapa aku pon tak tau lepas tu baru gerak balik tidur rumah uya.

Kali nie jumpa berempat sekawan. bila nak dapat kumpulkan lapan sekawan nie. kalau ada rezeki kita kumpul lapan orang la ye. insyallah.


uya, aku, mira

uya, didie, mira

mira tu la kwan aku yang dh lama giler tak jumpa

berbuka di kfc alor star

Read More..

Sunday, August 14, 2011

cerita sabtu ku

0 comment
Lama gila aku tak menaip untuk entry aku nie. disebabkan ke keringan idea dibulan puasa nie. dan aktiviti dibulan puasa pon terpaksa di kurangkan. dslr aku pon tak bawak kalau amik gambar tu ada la jugak modal aku nak berblogging. 

Semalam 13/8/2011 aku lepak pusing-pusing kangar dengan budak rumah aku (umai). cuaca memang tak mengizin kan kitorang untuk keluar semalam tapi tetap redah juga dalam hujan panas semalam. basah la jugak semalam sebab kitoran naik motor ke kangar. maklum la motor mana ada bumbung kan. tujuan ke kangar pusing-pusing the store dekat berapa kali tak tau la nak tengok kot la ada menarik kan. tak berapa nak menarik la pulak. lepak la dekat kangar sampai pukul 5.00 p.m.


Lepak kangar lama sebab aku nak jumpa dengan kawan aku yang datang dari SP. bukan senang nak jumpa dia. sekali sekala dia turun perlis harus la jumpa kan. jumpa dekat the store sampai la pukul 5.00 p.m diorang ajak aku berbuka sama pulak. aku pon join je la bukan selalu pon aku berbuka luar dengan kawan-kawan. dan semalam tu la 1st time aku berbuka dekat perlis makan nasi. agak meriah jugak la makan semalam. ditanggung oleh kawan aku. thankx la weyh belanja aku berbuka puasa semalam. moga ko dimurahkan rezeki.


ha tu la kawan aku yang sebalah kiri

Read More..

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan is back

0 comment

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432 Hijrah. Moga Ramadhan tahun nie memberi seribu makna dalam hiduo korang. Sama-sama la kita perbanyakan amal ibadat. 

tiada nama secantik ALLAH , tiada umat sebaik MUHAMMAD , tiada agama seindah ISLAM , tiada suara seindah AZAN , tiada novel seindah AL-QURAN , tiada diet sebaik PUASA , tiada bulan yang mulia selain RAMADHAN . AHLAN WASAHLAN RAMADHAN AL-MUBARAK :)..
Read More..

Wednesday, December 15, 2010

menu berbuka puasa

2 comment
hari satu family aku berpuasa. puasa sunat sempena 9 muharam harinie. aku pon tak tau la apa fadilat nye kalau kita berpuasa 9 muharam nie. tapi dah mak ayah aku suruh puasa so puasa la kitorang. aku, ainal, akmal, yan, mak, ayah, opah semua nye puasa. k.long, k.ngah. abg.wan, nia, adel puasa tak?? hehehehe..

hari nie mak aku masak banyak la jugak disebab kan semua berpuasa. dan harinie juga semua off disebab kan berpuasa tak ada keje pon yang dibuat cuma tido dan mengonlinekan diri sahaja. menu yang mak aku masak untuk berbuka :-
    nasi putih, sambal macang, sambal belacan, ikan masin goreng, hati masak black pepper, bubur jagung, ikan pari masak asam peda,s ikan kembung masak tom yam, bayam rebus

nie la menu berbuka puasa kitoang satu family malam nie. tak sabar nye la nak berbuka. perut pon dah lapa nie. selamat berbuka puasa kepada sesiapa jug berpuasa harinie ye. Read More..

Friday, September 10, 2010

preparation raya

2 comment
harinie mak aku masak untuk hari raya esok. bukan untuk esok je tapi untuk seminggu kita beraya nie. sebelum mak aku masak kitorang mengemas laman rumah dulu sementara tunggu ayah aku ke pasar beli ayam dengan daging. lepas mengemas laman rumah baru la mak aku mula masak.

k.long awal-awal pagi dah potong bawang, kopek ikan bilis, kopek kentang dll. aku pulak tolong blande cili kering jer. ada la aku tolong sikit-sikit dekat dapur tadi. tapi yang banyak buat keje nye tadi adik aku, mak dengan k.long. aku dah surrender awal-awal dah kepenatan sangat.

menu raya tahun nie macam biasa la mak aku masak antaranya :-
  1. nasi impit
  2. kuah kacang
  3. sup tulang
  4. sup ayam
  5. nasi ayam
  6. rendang daging
  7. kueh teow ratna
memasak seharian didapur memang la memenat kan. aku pon boleh tertidur tengah diorang masak dekat dapur. apa boleh buat penat punya pasal. nasib baik la settle awal sebelum berbuka puasa. 


nie nasi impit dalam periuk sedang direbus menu pertama yang masak



nie la adik aku orang kuat harini menolong didapur.


sup ayam dengan tengah rebus daging untuk buat rendang


nie dalam rumah yer. kuih muih yang dah sedia di atas meja untuk tetamu yang datang


masa berbuka puasa. memandangkan harinie puasa yang terakhir ayah aku baca doa selamat la sikit. menu berbuka puasa hari speciall daripada hari-hari lain makan nasi ayam.  terbaik punya nasi ayam. sedap ko.


kek tiapt-tiap tahun wajib beli sempena hari raya nie. dan kebetulan pulak k.long punye birthday pon jatuh pada hari raya puasa nie. so sekali la kek nie yer. yang k.ngah tu dah lepas. 7.9.2010 aritu.
Read More..

Thursday, September 9, 2010

30 Ramadhan

5 comment
sedar tak sedar hari merupakan hari terakhir kita umat islam berpuasa pada tahun nie. moga ramadhan kali ni memberi 1000 erti buat korang-korang semua. dan berharap dapat kiat berjumpa dengan ramadhan pada tahun-tahun akan datang. insyaALLAH.


habis jer ramadhan kita berjumpa dengan syawal. semalam duduk tunggu depan tv nak dengar pengumuman raya. pengumuman semalam mengumumkan hari raya puasa jatuh pada 1.9.2010 pada hari jumaat. makna nya esok kita dah beraya. alhamdulillah selesai sudah kita berpuasa selama sebulan pada tahun ini. 

menjelang hari raya masing-masing pon sibuk dengan persiapan raya. daripada diri sendiri sampai la rumah yang kita tinggal. aku pon xlari daripada membuat persiapan untuk menjelang hari raya. start daripada aku balik rumah dari 1.9 aku tak henti-henti buat kerja rumah. dari sehari ke sehari ada jer kerja aku kena buat. tak apa la setahun sekali kan menyiap kan rumah untuk hari raya. antara kerja yang aku lakukan :-
  1. memasang langsir
  2. vaccuum rumah
  3. basuh kolam ikan
  4. basuh garaj
  5. mengelap tingkap
  6. mengemop lantai
  7. jemur karpet
setakat semalam nie je la kerja-kerja yang aku buat. belum lagi masuk kerja untuk hari nie. tapi seperti biasa hari last puasa nie memasak je la untuk raya esok. raya biasa nya mak aku akan buat rendang dan nasi impit. menu lain akan ditukar-tukar mengikut citarasa yer. dan tak lupa juga kuih muih dengan kerepek-kerepek untuk tetamu yang datang beraya kerumah.





memandangkan esok kita semua nak beraya nak menyambut 1 syawal 1431H di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. halal kan la makan minum apa-apa saja andai aku ada buat silap dan salah dekat korang aku mintak ampun dan maaf dari hujung kaki hingga kehujung rambut. hope korang dapat maaf kan salah dan silap aku nie. aku pon manusia biasa yang tak lari daripada membuat silap. 

kalo korang nak duit raya tu mari la umah aku beraya yer. kita cuti raya seminggu kan dan la nak singgah beraya dekat rumah aku. dan tak lupa mak, ayah ngan k.long yang belanja ina shopping ray atahun nie. terasa macam sakan pulak aku raya tahun nie. 
Read More..

Monday, August 23, 2010

berbuka puasa

4 comment
8 Ramadhan 1431 H aku dengan budak rumah berbuka puasa dekat kuala perlis. makan tepi pantai.  idea nak makan dekat luar nie idea dak umah aku la. mas dengan iema. aku join je la. diorang ajak makan ikan bakar dekat tepi pantai. yang join sume nye 18 orang. kebanyakan yang join dak kelas metalurgi. 


nie la hidangan kitorang banyak tak? kitorang buat 4 hidangan. nasib baik la habis. kalo tak bazir jer. dah la mahal giler. lain kali tak mau datang sini lagi.


nie la dak-dak kelas metalurgi. tak semua la join. nie muka-muka kekenyangan diorang.


habis makan sesi bergambar pulak. bukan nye selalu datang kuala perlis nie ramai-ramai. sekali sekala jer. nie pon aku rasa 3 tahun dok UniMAP baru sekali nie je la aku dapat merasa makan ramai-ramai macam nie. best gak. enjoy jer rasa nya.


Read More..

Monday, August 16, 2010

Kung Fu Chefs

2 comment

aku pon tak tau kewujudan filem nie. search google tadi tengok cerita nie keluar tahun 2009 baru je tanyang tahun lepas.

best siot cite nie. aku syorkan korang-korang yang tak tengok lagi tu tengok la. best sangat-sangat. dah la bulan puasa aku tengok cite nie. terliur la aku dengan makanan nya. seb baik la makan cina kan. hehehehehe. aku kasi dekat filem nie 5 bintang. tebaik la cerita nie. suka sangat. pelakon pon boleh tahan ensem dengan cantik. tengah boring-boring tak tau nak buat apa. kelas pon tak ada so layan movie la aku.

Read More..

Saturday, August 14, 2010

kuih anak dara dua sebilik

6 comment

kuih anak dara dua sebilik

apa khabar semua. macam mana korang punya puasa okey tak. aku alhamdulillah setakat nie puasa baru 2 hari. hahahahaha.. korang yang dekat ruamh mesti berbuka makan meriah kan. aku dok hostel makan biasa-biasa jer. makan nasi bungkus je dekat sini. pergi bazar pon tak. jimat punya pasal kan. hehehe.

harini aku makan special sikit la daripada hari-hari sebelum nie. harinie makan ayam percik + sayur khailan + nasi putih + kuah kari. air tebu. aku makan special sebab dak-dak umah aku kuar pergi bazar. makan la makanan lain dari cafe biasa. lepas ada la kuih-muih yang diorang beli.  macam-macam kuih la diorang beli pulut panggang, kuih cara, yang menggelikan hati aku dengan nama kuih nie kuih anak dara dua sebilik. korang-korang kat luar sana penah dengar tak nama kuih nie? aku hari nie 1st time dengar. aku tak tau la mana diorang dapat nama pelik nie. lawak gila-gila aku tadi masa tengah makan. nama kuih nie memang la aku tak tau. tapi aku penah makan la kuih nie sebelum nie.



Read More..

Friday, August 13, 2010

salah tengok jam

4 comment

ingatkan baru pukul 12 lebih

rupanya!!!!!!!

dah pukul 5 lebih

asal aku tulis macam nie. sebab aku bangun tido tadi aku tengok la jam dekat hp aku. aku tengok baru pukul 12 lebih. tak tau la aku tengok tu betul ke tak. sebab mamai kan. baru bangun tido. aku bangun g toilet msuk la bilik kawan aku. siap baring atas katil online pulak tu. aku pelik la asal la diorang ni asyik cakap pasal bebuka nanti nak makan apa. lepas tu tanya aku baru bangun ke dari semalam. aku tengok jam kat laptop kawan aku nie memang tak betul so aku tak caya la jam tu dah pukul 5 lebih. pastu nak kepastian tengok jam dekat hp kawan aku memang dah pukul 5 lebih pon. ya Allah lewat giler aku bangun harini. patut la perut aku lapar giler nie.


Read More..

Wednesday, August 11, 2010

selamat berpuasa

7 comment


start besok dah puasa dah. kali nie aku puasa di UniMAP buat kali ke-3. macam mana la pulak suasana puasa sem nie kan. hope puasa kali nie lebih bermakna daripada sebelum nie. amin. selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di dunia. and tak lupa juga untuk aku nak mintak ampun dan maaf kepada sume kawan-kawan mana la tau aku ada buat salah dekat korang hope dapat la maafkan aku yer. 0-0 sume. selamat bepuasa sekali lagi. 


Read More..
Real Time Web Analytics