Tuesday, July 30, 2013

celebrated birthday atuk dan cucu

Turun sungai petani haritu bertujuan nak sambut hari lahir ayah aku dengan anak buah aku yang no tiga ameera aufa. Birthday ayah aku jatuh pada 25.7.2013 dan birthday aufa pulak jatuh pada 27.7.2013 kebetulan lahir dekat-dekat tarikh nya. So dah tarikhnya dekat sambut sekali la. Tak ada la sambut meriah mana sekadar baca doa selamat dan potong kek sekadar cukup syarat. 

Birthday aufa masa hari sabtu tu siang kan puasa tak boleh la nak makan so makan kek masa sahur. Baca doa selamat masa maghrib masa berbuka puasa. Siang hari tu pergi shopping raya mula-mula ke aeon seberang perai, penang. Dekat je dengan sungai petani tak ada la jauh mana sebab ikut highway kan. Shopping mana ada kat sana yang berkenan di hati. Sempat la aku beli kasut sepasang dekat bata untuk raya nie. 

Habis pusing aeon tak ada apa yang bekenan sangat dekat sana. Terus balik sungai petani. Ingat nak la singgah aman jaya mall sekali hamik kau jalan jem dengan sesak nya sebab ada crew tv3 turun aman jaya mall. Sempena seindah ramdhan. Artis pulak ada turun nora danish dengan adi putra memang ramai la. Cancel pergi sana teruskan perjalanan ke central square. Dekat sana jugak orang tak ada la ramai mana tapi ramai la juga shoppig raya sebab time cuti masa tu je la terluang nak bershopping. Dekat the store jugak banyak pilihan and bekenan di hati. 

Kesuntukan masa hari pon nak dekat pukul 7.00p.m takut tak sempat je nak balik rumah nak berbuka puasa memikirkan dengan jalan jem lagi. Balik je dari central square singgah bazar ramadhan dekat dengan rumah kakak aku. Kelam kabut jugak la membeli juadah berbuka aritu bekeja-kejaran jugak la. Nasib baik semua nya sempat. Alhamdulillah. Sampai je rumah siap kan makan untuk berbuka semua on time duduk then berbuka puasa. 

blueberry cheese. nak la merasa cake SR yang lain kan. Okey la masam tapi masam sikit.

ofa yang lena tido sejak sampai di aeon seberang perai.

ofa pon sibuk nak shopping. ofa pon dah segar merayap² la dia satu butik nie.

nie yang jadi lambat nie nak pilih jam had mana bekenan di hati. bukan aku punyer.

ofa pon penat time to sleep. tengok la dia tidur macam mana.

No comments:

Real Time Web Analytics