entry aku masih lagi cerita pasal raya. walaupon hari nie merupakan hari last kita menyambut syawal 1431 H. 26.09.2010 UniMAP telah mengadakan sambutan hari raya yang bertemakan 1 malaysia adilfitri @ UniMAP. setiap tahun UniMAP mengadakan sambutan hari raya aku tak pernah miss sekali pon pergi. setiap tahun aku mesti pergi. walaupon makan tak berapa nak best dengan kena berebut nye kalo nak makan. tapi aku suka pergi saja nak tengok persembahan daripada staff dan student UniMAP. setiap tahun sambutan hari raya diadakan di kubang gajah. tahun nie walaupon sambutan hari raya tahun nie dalam hujan renyai-renyai sambutan tetap meriah.
makanan tahun nie sama je daripada tahun-tahun sebelum nie. mungkin ada bertambah sikit. antara menu nye:
- kuih-muih
- nasi minyak
- kari daging
- char kueh teow
- satay
- ais kacang
- laksa
- mee goreng
- air oren
sambutan hari raya habis dalam pukul 12 lebih. tapi aku tak tunggu pon sampai habis. siapa yang tunggu sampai habis tu memunggu duit raya daripada Dato NC jer. so aku dengan housemate aku balik awal sebelum bersurai nya majlis. dan tak lupa juga UniMAP menjemput artis jemputan iaitu mazlan petpet dengan azlee senario. keadaan bertambah lebih meriah dengan lawak jenaka diorang.
pali, baw, zul, sopi, & eday. nie la dak laki batch aku. micro-e dengan computer.
aku datang dengan housemate aku masa hari raya aritu. tengok la makanan yang kitorang amik memang banyak.
staff-staff UniMAP yang sporting belaka. termasuk Dato NC menanyi kan lagu raya.
dak rumah aku dengan jiran-jirang rumah aku
kaum india juga tak ketinggalan memeriahkan sambutan hari raya.
No comments:
Post a Comment