Sunday, March 6, 2011

ungunya cinta

selamat pagi semua kepada blogger di luar sana. aku belum tidur lagi sebab baru lepas layan satu cerita nie yang aku baru je download. malam nie internet agak memuaskan hati aku sebab laju, boleh bukak youtube, boleh download cerita. cerita yang baru je lepas aku download cerita ungunya cinta. cerita nie aku tengok dah sebelum nie masa 1st ditayangkan di astro ria 10.2.2011 haritu. disebabkan cerita nie sangat la best dan kelakar so aku download cerita nie dan tengok balik.aku kasi dekat cerita nie 4 setengah bintang la daripada 5 bintang.

pelakon Leez AF dan Shaarnaaz

Sinopsis

Ungunya Cinta mengisahkan Ungu, gadis yang meminati bidang nyanyian dan bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. Waktu sama, Ungu yang baru saja menuntut tahun pertama di universiti, bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku. Cerita bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi, anak Datin Moon yang juga sahabat ibunya, Rubiah. Andi mempunyai perangai ‘anak orang kaya yang panas baran dan perengus’. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengajar Andi, Ungu hampir putus asa dengan perangainya. Akibatnya dia mula membenci Andi lalu mula mengajar sambil lewa. Selepas sekian lama bersama Andi, Ungu mula menyedari bahawa Andi bersikap demikian kerana sering kesunyian dan tidak dapat kasih sayang daripada ibu bapanya. Ungu mula menyayangi Andi dan Andi juga mula sedar yang dia menyintai Ungu. Namun satu hari Ungu keliru apabila melihat Andi bersama perempuan lain. Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan perempuan itu, Andi mengambil pendirian berdiam diri. Ungu yang berasa terluka, membuat keputusan untuk tidak bertemu Andi lagi.

Lagu OST Ungunya Cinta




Berlari di rumput yang hijau
mencari suatu ketenangan
Hari hari perkara yang ku duga
Pastinya nanti diriku terluka
Aku masih di sini
Menunggu saat akhir
kau dan aku begini
mencari satu erti
Biar hari berlalu
ku nanti masa itu
teruskan berlari ke alam realiti
Ohhh ohhhh ohhh

No comments:

Real Time Web Analytics