Sunday, April 3, 2011

SMTSI a.k.a SMVSI

Hai you all diluar sana. maaf la yer entry harini keluar lambat sikit. sebab blogger nye busy harini. busy ker. alasan je semua tu. today i want to story about my school at seri iskandar. wah lama giler aku tak menjejak kan kaki ke sekolah aku nie yang dulu diberi nama SMT Seri Iskandar (SMTSI) tapi kini sudah bertukar nama kepada SMV Seri Iskandar (SMVSI). beza nye T dan V, T for teknik V for vokasional.

Harinie aku ke Seri Iskandar atas urusan 1st hantar cousin aku balik asrama. wah ikut jejak aku tu sekolah dekat sinie. cousin aku tu laki-laki yer amir nama nye berusia 16 tahun baru form 4. amik bidang amalan bengkel mesin (ABM). *tetiba story pasal cousin aku pehal. 


Okay back to the topic aku sekolah sini dulu masa batch 2006-2007. lama tak lama sangat n baru tak baru sangat la. baru je 3 tahun tinggal kan zaman sekolah. habis je sekolah lepas tu tak jenguk-jenguk dah sekolah. punye la tak suka nye aku dengan memori dekat sekolah nie tak ada yang menarik dan boleh disimpan dalam ingatan aku nie. yang pahit ada la. yang manis langsung tak ada. tu pon aku malas nak ingat.

Okey SMT nie semua orang tau yang disini menawarkan pelbagai kos kemahiran. masa zaman aku sekolah sini masih ada 2 aliran iaitu tkenik dan vokasional. aku aliran teknik dan mengambil jurusan kejuruteraan awam. entah macam aku boleh terpikir nak masuk sekolah nie pon aku tak tau. dah la jauh nun di seri iskandar lepas tu jadi outsider pulak tu. giler la habis duit minyak hantar aku dekat sekolah jer. pergi jer 20km kalau pergi balik 40km habis duit minyak RM50 sehari. yang hantar aku sekolah dulu mak aku la. mak aku cikgu sekolah dekat SMKDARY bota jer. alang-alang nak keluar pergi sekolah hantar la aku dulu ke sekolah. * mekaseh mak hantar ina pergi balik sekolah dulu.

Aku bukan nye tak mau duduk hostel tapi malas la aku sebab aku pengalama dok hostel nie 3 tahun masa dekat SMKASR dulu. aku dah tau dah flow dok hostel nie macam mana. kalau aku dok luar at least aku boleh la attand tuisyen. kalau dalam kelas pon dok main-main tusyen la membantu ku. membantu ker? ada la membantu tu pon subjek add math yang paling ku suka zaman sekolah dulu. tapi sayang dapat 5C jer. okey la tu kan kredit la jugak. alhamdulillah. 

Dan lagi satu nak ceri pasal SMT nie dalam adik badik aku, aku sorang je la yang tercampak masuk ataupon diberi peluang bersekolah disinie. pelik kan. dari kakak aku yang 1st sampai la abang aku semua sekolah dengan mak aku. tapi aku dengan adik aku tak pernah pon berkesempatan nak sekolah dengan mak aku. aku sekolah SMT adik aku sekolah SMKA. 

So aku telah menamatkan zaman sekolah aku sampai form 5 sahaja la di SMTSI nie la aku mengambil SPM pada tahun 2007. alhamdulillah walaupon result SPM aku tak seberapa tapi aku dapt meneruskan pengajian aku di IPT. mula-mula aku ditawarkan di politeknik ungku omar (PUO) untuk meneruskan jurusan aku masa zaman sekolah teknik dulu jurusan kejuruteraan awam dalam sijil. seminggu elok je habis orentasi dekat PUO aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajian aku di UniMAP dalam jurusan yang lari dari bidang aku masa sama sekolah teknik dulu aku amik diploma kejuruteraan komputer. aku belajar di UniMAP sejak 2008 hingga la sekarang. *alhamdulillah berkat doa family, kawan-kawan dan diri aku sendiri aku masih meneruskan pengajian di UniMAP. doakan aku habis belajar di UniMAP dengan memegang diploma kejuruteraan komputer.

Ini la kisah aku zaman sekolah teknik. kejayaan tak berapa cemerlang masa SPM tapi melayakkan aku untuk belajar hingga ke peringkat IPT. alhamdulillah dan bersyukur sangat-sangat. siyes aku tak berapa ingat sangat kawan-kawan zaman SMT cikgu-cikgu nya apatah lagi. yang aku igt cikgu lisa je cikgu add math aku. yang paling aku rindu ialah zaman SMKA dulu. tu kawan-kawan paling best penah aku kenal. siyes aku cakap. 

Lepas je aku hantar cousin aku balik hostel tujuan kedua ke kedia dobi hantar baju mak kau untuk di iron. nie bukan kes malas ye tapi kes tak sempat sebab banyak keje nak buat dekat sekolah dan rumah. selesai di seri iskandar pulang terus ke seri-alfaizin.

Kesian korang dah penat membaca kan. jom-jom kita layan gambar bawah nie. gambar SMVSI yang lama aku tak jejak kan kaki disini. nie pon amik gambar dok dalam kete tak turun kete pon.

asrama putera block apa aku tak tau la

tengok sign board amaran nie. besar-besar dah tulis kalau tak paham lagi tak tau la

kawasan block physic kalau tak silap aku

aku tak pasti la bangunan apa nie. yang aku tau dia berhampiran dengan block asrama putera

pejabat pengetua dan entrance sekolah. lencana tu lambang sekolah

pejabat pengetua juga

misi dan visi sekolah

pintu pagar sekolah

No comments:

Real Time Web Analytics