Thursday, June 9, 2011

resepsi sebelah lelaki

Jom teruskan menaip entry aku cerita pasal wedding aku yang bertandang sebelah lelaki pulak. kakak aku ni kawen dengan orang benut, pontian kechil, johor. kalau siapa yang tau dekat mana tempat nie memang akan kata jauh la perak ke benut nie kan. walaupon kitorang stay semalam dekat melaka tapi aku tetap rasakan jauh nya la rumah abang ipar aku. moral of the story lepas nie abang-abang aku dengan adik aku cari la orang yang dekat-dekat ye termasuk la diri aku sendiri. tak da la payah nak bermalam ke apa ker. 

Lagi bertambah meriah dan menarik nya sebelah lelaki nie ada buat 2 pasangan sekali kawen. sekali dengan adik pengantin lelaki. adik nya perempuan. so senang sekali arung jimat kos tak payah la nak buat kenduri 2 3 kali ke kan. yang adik nya pulak kawen dengan orang terengganu lagi la jauh. dah jodoh kan nak buat macam mana. kenduri yang sangat meriah dengan layanan yang aku rasa okey la. sampaikan makan 2x weyh. tapi aku makan sekali je la. 


Menarik lagi wedding sebelah laki nie ada team paluan kompang terasa la wedding nye kan. sebelah perempuan haritu mana ada setakat minus one je la bunyi kompang tu. siap ada pesembahan silat. tapi renjis merenjis tak ada la. sekadar bersanding je la. tema pengantin kali ni colour purple.

nie rumah bertandang kitorang rumah jiran jer.

pengantin siap di make up kan.

get ready untuk berarak

geng kompang

ha benda nie 1st time aku tengok ada dekat weddingday

sebelum bersanding persembahan silat

ada 2 orang yang buat persembahan silat

bergambar dengan family sebelum makan beradab

makan kali kedua bersama pengantin.

kek pengantin ada typo sikit dekat nama pengantin

majlis potong kek

sebelu, berangkat pulang ke destinasi masing bergambar dengan family sebelah ayah


No comments:

Real Time Web Analytics