Lepas habis je alam persekolahan kita akan berjumpa dengan alam baru dunia baru iaitu alam ipt. kalau belajar daripada peringkat bawah bermula dengan peringkat sijil selama 2 tahun diikuti dengan peringkat diploma 3 tahun dan degree 3 tahun ataupon 4 tahun.
Entry kali nie aku nak story pasal hari konvokesyen abang aku dekat UTHM batu pahat, johot. korang tau ke UTHM tu apa nama penuh nya? Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. ini merupakan konvokesyen kali ke-11. dulu ada gak abang aku sorang lagi konvo tapi aku tak pergi la masa tu aku belajar maa tu 3 tahun lepas la kan.
Lepas habis belajar benda yang paling seronok ialah time hari konvokesyen bak kata semua orang la aku tak tau la sebab aku masih belajar lagi tapi sampai sekarang aku tak grad-grad lagi. insyallah 2013 ke aku grad. amin. maklum la konvokesyen sekali seumur hidup kalau belajar diploma je sekali la konvonye. kalau mula dari bawah macam kakak aku dari sijil-master kira berapa kali konvo dah 4 kali naik pentas amik scroll. memang best kan time belajar nie. lepas habis belajar kita diraikan.
Korang layan la gambar hari konvokesyen abang aku nie. semua nya ada 13 keping gambar. nak letak semua banyak sangat. aku kongsi sikit la gambar nye. masa hari konvo nie sidang terakhir sidang ke-6 yang berlangsung pada 31/10/2011 hari isnin waktu bekerja yer. walaupon waktu bekerja tapi ibu bapa tetap meluang kan masa dengan anak-anak untuk berkongsi hari kegembiraan mereka. dan pada hari tu jugak la hujan turu tanpa henti. so sesi bergambar terbatas dengan kedaan dan cuaca tidak mengizinkan. tapi sempat la jugak aku merakamkan sedikit kengan dengan abang aku masa majlis konvokesyen nya.
masa para graduasi berarak masuk ke dalam dewan |
ahli senat dan dekan-dekan berarak masuk ke dalam dewan |
sementara menunggu majlis habis sementara tu aku bergambar la mana yang dan |
majlis konvokesyen tamat |
ibu bapa dan para graduan keluar dari dewan selepas selesai nya majlis |
di dalam dewan istiadat konvokesyen |
ha nie la abang aku yang konvo tu akmal nama nya |
dekat kapal terbang nie memang tak sah kalau tak bergambar dekat sini |
walaupon hujan sakan jugak kitorang bergambar |
ha yang ni abang aku dengan family kawan dia |
ha nie la library UTHM yang warga UTHM bangg-bangga kan tu |
masjid baru UTHM yang underconsturction lagi. tapi memang sangat besar |
habis bergambar singgah makan dekat gerai abang aku di festa konvo UTHM. abang aku niaga char kueh teow. yang diimport tukang masak dari utara. memang best la char kueh teow nye. |
No comments:
Post a Comment