Wednesday, May 16, 2012

Selamat hari guru

 
Salam satu malaysia kepada semua blogger di luar sana. Harini semua orang tahu merupakan hari paling bahagia buat semua guru di seluruh malaysia. kerana harini merupakan hari diorang iaitu hari guru jatuh pada 16 May yang disambut setiap tahun. harini la segala jasa dan kenangan cikgu-cikgu akan di igat kembali samada masa zaman tadika, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah mahupun di peirngkat universiti. tanpa meraka siapa la kita sekarang. tanpa mereka tidak lahir la seorang engineer, tidak lahir la seorang doktor, tidak lahir la seorang accountant mahu pun apa pekerjaan sekali pon. mereka la yang telah membuat kita sehingga berjaya. daripada kita tak kenal A B C, daripada kita tak kenal 1 2 3, daripada kita tak kenal Alif Baa Taa, sehingga la sekarang kita sudah mengenali semua nya. kita sudah pandai membaca kita sudah pandai menulis mahu pon berkata-kata. 

Kepada cikgu-cikgu yang telah mendidik aku daripada zaman tadika hingga la ke peringkat universiti jasa cikgu aku akan sentiasa ingat dan kenang sampai bila-bila. tanpa diorang aku tak akan sampai ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah memberi tunjuk ajar dan memberi banyak nasihat dan teguran kepada aku. tanpa bebelan mereka siapa la aku hingga ke harini. ini semua hasil daripada titik peluh dan penat lelah mereka mengajar aku untuk meastikan aku berjaya untuk bangsa, agama dan juga negara.

Kepada cikgu yang pernah mengajar aku daripada tadika kemas, tadika mambael ulum, sekolah rendah convent kajang, sekoalah kebangsaan bota kanan, sekolah menengah agama slim river, sekolah teknik seri iskandar, dan tidak lupa kepada lecturer-lecutrer universiti malaysia perlis terima kasih kepada cikgu-cikgu kerana sudi melayan kerenah saya walaupon aku gagal banyak kali dalam peperiksaan mereka la yang membangkit kan semnagat aku untuk aku tidak terus jatuh dan terus ingin melihat aku berjaya. 

Terutama kepada lecturer aku di UniMAP walaupon tiap kali sem mengadap muka yang sama dia tetap tidak jemu untuk mengajar aku dan untuk memberi kan aku semangat untuk terus aku belajar di sana. alhamdulillah aku pon dah nak habiskan diploma aku hanya tinggal dua sem saja lagi. especially kepada cik fairus yang merupakan rakan pendamping siswa (rps) aku di UniMAP dia la yang banyak bagi nasihat dan tunjuk aku di sana. walaupon selalu dimarah dengan dia aku tetap terima dengan hati yang terbuka. alhamdulillah dia dah membuat kan aku berpikir lebih matang dan boleh meneruskan pengajian diploma aku dengan lebih semangat. sikit sahaja lagi untuk aku habiskan diploma aku. hopefully lulus dengan jayanya. amin.

Last and not least, kepada kedua mak dan ayah saya cikgu rokiah & cikgu anuar yang juga merupakan sebagaian daripada warga pendidik. walaupon mereka penat megajar disekolah dirumah juga mereka la cikgu kepada saya. mereka jugala banyak mengajar saya sehingga la saya berjaya sekarang. walaupon tidak nampak lagi kejayaan nya tapi pada aku mereka telah berikan yang terbaik untuk aku. mereka telah berikan pendidikan yang sempurna kepada aku. thankx kepada mak dan ayah aku. dan tak lupa kepada kakak sulung aku, azyyati merupakan lecturer di sebuah UiTM di utara sana dia pon banyak memarahi dan menasihatkan aku. kata-kata dia tak pernah aku lupakan hingga ke hari ini. kalau kakak aku boleh berjaya dengan bermula nya daripada bawah kenapa kau tidak mengikut jejak seperti dia. aku yakin aku pon boleh lakukan suatu hari nanti. insyallah.

Dan akhir entry aku untuk harini bersempena hari yang bahagia dan mulia kepada semua warga pendidik dan semua bakal menjadi warga pendidik aku disini ingin mengucapkan selamat hari guru. tanpa anda semua siapa la saya untuk harini. jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila. tema hari guru untuk tahun ini "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".

No comments:

Real Time Web Analytics