Monday, July 23, 2012

jalan tengah bendang sampai ke pantai

Salam kepada semua blogger diluar sana. lama dah kan blog biru nie menyepi. bukan tak nak berblogging dah masih ada nafsu untuk berblogging tapi masa, waktu, dan kedaan tak mengizinkan aku untuk berblogging mintak maaf la kepada pembaca yang selalu singgah untuk tengok update blog nie. tapi ada ke?? kahkahakah....

Entry kali nie aku nak story pasal suatu petang aku jalan-jalan dia tengah bendang yang sangat terik jugak la masa tu. masa tu pukul 3.45 petang pergi jalan sana korang banyang kan la cuaca panas nya macam mana nak-nak kawasan perlis paham-paham je la darjah celsius nya berapa. dah la berjalan tengah bendang lepas tu berjacket UniMAP la pulak tu mau tak peluh ketiak kita ni. 

Nak dijadikan cerita kenapa petang tu kitorang berjalan dekat tengah bendang sampai ke tepi pantai sana. sebenar nya 13/7/2012 (jumaat) UniMAP mengadakan program pecah tanah dekat sungai chuchuh kitorang nie dengan baik hati nya nak la pergi join program tu. bersiap punya bersiap dah elok jalan sampai tempat bas aku pergi la tany dekat pakcik bas tu. 

aku : pakcik bas g sungai chuchuh?
pakcik bas : tak ada bas dah. program pon nak abeh dah.
          aku : aku dengan tahan sabar duduk jap dekat tempat bas tu.



Bagitau la dekat budak-budak ni bas dah tak ada dah. so tu yang plan lain tu pergi berjalan dekat tengah bendang sampai ke pantai sana. jalan punya berjalan dah sampai pukul 5 lebih. dah sampai dekat tepi pantai  tengah lepak tangkap gambar nasib baik aku ada bawak kamera aku tu ada la jugak aktiviti yang boleh di buat. tengah lepak tepi pantai nak menghilangkan penat sekali nampak sorang pakcik ni baru lepas menjala ikan kitorang pon baik hati pergi tegur pakcik tu. 


kitorang : menjala ikan pakcik?
pakcik : ha baru balik menjala ikan.
kitorang : mejala kat mana pakcik?
pakcik : mejala dekat-dekat bendang nie je
kitorang : pakcik jual ke ikan nie atau bawak balik jer?
pakcik : jual kalau nak pakcik bagi 2 ekor 10 ringgit jer
kitorang : memikir-mikir nak beli ke dak tawaran hebat ikan besar sedap pulak tu.
pakcik : pakcik pon dah pergi cari plastik nak bungkuskan ikan utk kitorang.
kitorang : nak tak nak kena la beli alih-alih dapat 4 ekor ikan kena 10 ringgit je pakcik tu bagi ingat kan 20 ringgit ker
kitorang : pakcik selalu menjala kat sini? 
pakcik : selalu la kadang student lalu beli la dekat pakcik.
kitorang : kalau kitorang nak beli dekat pakcik lagi?
pakcik : amik no telepon pakcik.
kitorang : kitorang pon amik la no tepon pakcik 012-4******. mekaseh pakcik


Habis dah berurus niaga berjual beli kitorang balik dengan hati yang gembira tak da la hampa sangat haritu keluar berjalan tengah-tengah panas dengan berjacket nya pergi jalan tepi pantai rupanya ada hikmah disebalik berjalan tengah panas tu dapat ikan talapia besar-besar pulak tu. 

Sampai rumah je siang ikan masak-masak lepas maghrib makan panas-panas memang best la. aku la tu yang masak kan untuk diorang. dua ekor goreng sahaj dua ekor lagi masak belada. 


dari depan ke belakang; zu, nisah, wawa, zura aku pergi jalan dengan diorang nie la.

idea si zu nie la tak mau balik rumah ajak pergi jalan pantai kita masing-masing ngantuk

yang si tudung putih tu yang beria ajak nak pergi program pecah tanah kitorang follow jer

selamat sampai pon di tepi pantai merehatkan badan setelah penat berjalan.

ikan terbaik dari ladang ikan talapia. besar tak ikan nya. sini ikan talapia je senang dapat siakap jarang-jarang.

ha tu la pakcik yang jual ikan kat kitorang. dia dok kawasan sini je seberang ramai.

ikan ni bawak balik masih hidup lagi tau. kitorang ketuk-ketuk pengsan dah boleh disiang.


No comments:

Real Time Web Analytics