Saturday, December 8, 2012

Happy 5th anniversary

Salam kepada blogger luar sana. Amacam puas hati tak dengan penyingkiran pertama untuk Maharaja Lawak Mega 2 (MLM2) harini? Aku okey jer. Nasib baik malam nie semua perform okey la. Okey back to the topic tadi tu sekadar selingan je nak bagitau yang aku baru je lepas layan MLM2. 

Dua hari lepas aku baru je celebrated anniversary mak dengan ayah aku yang ke 32. Kalau korang ada jenguk la entry yang sebelum nie. Harinie pulak merupakan ulang tahun perkahwinan kakak aku yang no dua. Harinie ulang tahun perkahwinan dia yang ke-5. Dan sekarang dah pon mempunyai dua orang cahaya mata yang merupakan RA Junior aku panggil. Dua-dua anak dara yang comel dan bijak pandai like mama and papa nya. 

Yang sulung diberi nama Rania Ayesha sekarang berumur empat tahun. Lebih senang dengan panggilan nia atau pon kakak. Kejap je kan dah besar nia nie. Yang kedua pulan diberi nama Rihana Adelia sekarang berumur dua tahun. Lebih senang dengan panggilan adel. Wah dah macam nama artis pulak ana sedara aku nie. Hehehehe.

Di blog biru ini aku ingin ucap kan kepada kakak ku dan abang ipar ku happy 5th anniversary moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Moga cepat-cepat la adel dapat anak. hehehehe. Moga hubungan kekeluargaan korang bahagia hingga hujung nyawa. In sya Allah. 

Tiada apa yang aku boleh berikan hanya ucapan dan doa dari jauh sahaja. Dan sedikit video movie maker yang aku buat semalam time kerja. Sebab aku tak ada kerja sedang aku fikir harini merupakan anniversary kakak aku so aku nak buat sedikit video yang simple je bagi aku. Basic movie maker. Hope enjoy and like the video.  Maaf kerana kualiti video kurang dan nampak kembang dan pecah sikit. Nak kualiti video yang elok boleh dapat kan yang original daripada saya. Hehehehe.

Nie la family kakak aku. Gambar nie masa dekat legoland



No comments:

Real Time Web Analytics