Saturday, December 15, 2012

selamat berhujung minggu

Kini kembali sudah berminggu-minggu aku menyepi tanpa ada khabar berita daripada aku. Busy?? tak ada masa ker? Ah itu semua tipu berlaka. Cuma kemasalan aku untuk aku mengupdate blog sahaja. Sekarang baru datang kerajinan aku untuk mengupdate blog. Bila ada mood baru la best tangan nie nak menaip entry pepanjang. Masak la korang nak baca entry aku yer. Hehehehe

Harinie dah masuk hujung minggu hari sabtu. Semalam mesti korang layan maharaja lawak mega 2 minggu ke lima yang bertema kan musical comedy. Korang aspek mesti best puny la kalau tiap kali tema nie. Memang pon tidak dinafikan diorang melawak malam tadi memang best la. Tapi ada jugak kumpulan yang kureng. Nasib menyebelahi lapan kumpulan semalam sebab tiada penyingkiran pon. Biasa la tu tiap kali tema musical comedy memang tiada penyingkiran. So diorang masih ada peluang la untuk buat lagi best dari sebelum-sebelum nie. 

Okey habis isu pasal maharaja lawak. Dalam minggu nie je macam-macam isu yang menarik dan agak popular telinga aku nie mendengar nya. Antara nya iphone 5 sudah dilancarkan di malaysia pada 13/12/2012 tengah malam tu jam 11 lebih. Isu yang paling hangat ialah selepas habis nya perlawanan separuh akhir kedua malaysia menentang bangkok yang berlawan di bangkok kemarin apabila pengadil nya berat sebelah dan telah melayang kan kad kuning kedua kepada pemain malaysia, fadhli. Dan berita yang aku baru je dengan malam tadi iaitu datuk k cedera kemalangan di new zealand dan siti terpaksa batalkan konsert nya di Banjarmasin, indonesia.

Ada berita gembira dan ada berita yang menyedihkan. Moga daripada semua berita yang buruk dan berita kurang sedap di dengar nie agar  semua nya kembali pulih seperti sedia kala. Moga semua rakyat malaysia boleh menerima hakikat dan redha diatas semua yang berlaku. Dan kepada datuk K semoga cepat sembuh seperti sedia kala. In sya Allah. 


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

No comments:

Real Time Web Analytics