Friday, December 21, 2012

Masa


Ku sagka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Itu lah yang sedang berlaku di bandar baru seri manjung dimana cuaca sekarang menunjukkan hujan yang sangat lebat. Dengan tiupan angin kuat bertambah pula dengan kilat dan guruh. Walaupon aku berada didalam office tapi aku tetap dengar bunyi ritik hujan dan merasakan kesejukan didalam ini. Seperti hujan tidak mahu berhenti turun. Mungkin ini merupakan hujan rahmat yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada kita sempena hari jumaat yang mulia nie merupakan penghulu segala hari. Cahaya kilat tetap kelihatan dan kedengaran bunyi guruh yang kuat.  

Walaupon kadang cuaca tidak menentu ada panas dan ada hujan. Aku disini tetap begini yang hari-hari ku rasakan tiada perubahan dalam diriku. Hari silih berganti. Masa pon tidak menunggu kita. Apa yang harus aku lakukan. Aku pon ingin menjadi seperti mereka yang diluar sana. Berjaya dan mempunyai cita-cita sendiri. Aku inginkan dalam sehari tu ada benda yang berfaedah aku lakukan. Bukan sekadar mengadap laptop yang tidak boleh berkata-kata dengan aku. Bukan itu yang aku mahukan.

Hari-hari duduk didalam office hanya bertemankan laptop yang tiada mendatangkan apa-apa hasil. Sekadar membunag masa, dan membuang tenaga aku. Dari jauh aku datang kesini hanya membuang masa disini tanpa melakukan apa-apa. Di blog biru nie aku meluahkan perasaan aku agar diluar sana atau blogger semua dapat memberikan pendapat dan pandangan kepada aku. Agar pandangan dan pendapat anda sangat bernas dan boleh memberi mafaat kepada diriku ni. 


Aku tidak tahu lagi bagaimana aku ingin meluahkan perasaan yang aku rasakan sekarang. Hanya pada sekeping gambar diatas aku lakarkan, aku lukiskan diatas nya. Inilah perasaanku sekarang. Yang aku alami sudah sekian lama. Mungkin hampir sebulan lebih aku berkeadaan begini. Tiada kawan untuk aku bersembang tiada kawan untuk bergurau senda. Hanya laptop ini la sebagai kawanku disini. Tiada dia mungkin bertambah gila la aku jadinya. Hehehehehe.



No comments:

Real Time Web Analytics