Wednesday, January 2, 2013

log book InTRA

Alhamdulillah kita sudah pon masuk hari kedua tahun baru. Dan harini merupakan hari pertama aku bekerja (praktikal) untuk tahun baru. Datang kerja tadi pon dengan hati gembira dan ceria la jugak aku rasa. 

Minggu nie aku masih lagi seorang yang berpraktikal kat sini. Sebab next week baru ada sorang lagi student jmti yang masuk praktikal. Dia start 7.1.2013 sampai la bulan 6 baru dia habis praktikal. Lagi lama dari aku praktikal weyh. 

Masuk minggu ni dah minggu ke-9 aku berpraktikal. Pejam celik pejam celik lagi 7 minggu je aku nak habiskan praktikal. Kejap pulak rasanya nak habis. Tak apa 7 minggu tu lama lagi nak habis. Dalam seminggu ada 7 so kalau ikut hari aku tinggal 49 hari lagi nak habis praktikal. 

So apa je kerja yang aku buat sepanjang aku praktikal kat sini. Aku pon tak tau nak cakap macam mana. Nanti kan la entry seterus aku cite pasal apa kerja yang aki buat time praktikal. 

So misi aku harini berjaya menyiap kan log book mengemas kini log book dari minggu 1-9. Seronok pulak bila aku tuleh log book tu. So aku harap hari-hari aku di tempat praktikal dipenuhi dengan kerja yang berfaedah. Tak lama je lagi nak habis praktikal. Moga dipermudahkan segala urusan aku semasa praktikal.  Amin..

Log book InTRA

No comments:

Real Time Web Analytics