Saturday, February 23, 2013

InTRA end

Alhamdulillah harini genap lah empat bulan aku menjalani latihan industri di firma Ekral Mega (M) Sdn. Bhd. Selama empat bulan aku menjalani latihan industri di firma ini pelbagai pengalaman, pembelajaran dan pengajaran yang aku perolehi. Segala pahit manis suka dan duka aku tempuh sejak aku melangkah masuk ke firma ini. Aku mula menjejak kan kaki aku ke firma nie dan mula melaporkan diri sebagai pelajar latihan industri disini pada 5.11.2012 sehingga la berakhirnya latihan industri pada 22.2.2013. 

Aku memanjatkan syukur dan terharu kepada pengarah urusan nya keran sudi memberikan aku peluang dan tempat untuk aku menjalani latihan insdutri disini. Walaupun tidak banyak kerja yang dilakukan tapi ilmu yang diajarnya sangat bermakna dan sangat berguna kepada aku untuk aku bawa balik ke universiti nanti. Insyallah aku akan ingat setiap apa yang diajar sepanjang aku menjalani latihan industri. 

Firma nie tidak la sebesar mana yang korang sangka kan hanya la satu firma yang kecil sebuah pejabat yang teletak di bandar baru seri manjung, perak dan merupakan sebuah rumah kedai dua tingkat. Di tingkat bawah merupakan pejabat dan di tingkat atas merupakan bengkel untuk membuat kerja-kerja services atau merepair barang. Dimana aku mengenali firma ini hanya di senarai nama-nama syarikat dan kilang-kilang yang terdapat di malaysia. Aku dengan tidak membuang masa terus memohon untuk menjalani latihan industri disini. Alhamdulillah aku mendapat jawapan yang baik dari pihak Ekral Mega kerana menerima aku sebahagian daripada pekerjanya sebagai pelajar latihan industri.

Insyallah aku akan kenang dan akan ingat segala apa yang aku belajar di Ekral Mega. Pengalaman aku pergi ke TLDM lumut merasa aku masuk ke kapal tentera laut. Itu la satu pengalaman baru dalam hidup aku. Menjejak kan kaki aku ke dalam kapal tentera laut. Melihat sendiri bagaimana diorang bekerja. Kalau aku tidak di tempatkan disini aku tidak akan dapat merasa naik kapal tentera laut. Mungkin hanya mampu melihat sahaja dari jauh. 

Disini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat sepanjang aku menjalani latihan industri di firma nie. Aku terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengarah urusan, Tn. Hj. Tajudin kepada pihak pentadbiran abg zul dan kawan sama-sama praktikal dengan aku fatin. Dan tidak lupa kepada ahli keluarga aku kepada mak ayah dan abang aku yang hari-hari ulang alik dari rumah ke manjung menghantar dan amik aku. Hope segala jasa pengorbanan dan doa kalian dapat memberi satu kejayaan dalam diri saya sendiri. 

Dengan ini saya disahkan telah menamatkan latihan industri saya di Ekral Mega (M) Sdn. Bhd. 

ha nie la pejabat EMSB yang aku buat latihan industri

sijil yang aku dapat dari EMSB yang menyatakan aku pernah LI disini



No comments:

Real Time Web Analytics