Tuesday, May 21, 2013

jalan-jalan

Aktiviti harini ke manjung untuk membeli barang makanan stock 2 minggu kata adik aku la. Sebab mak ayah aku 23.5.2013 (khamis) nak berangkat ke tanah suci mekkah untuk menunaikan umrah. So 2 minggu la mak ayah aku tak ada tinggal la kitorang 3 beradik je dekat rumah. 2 minggu kejap je kot tak lama macam pergi buat haji kan. Hope perjalanan mak ayah pergi dan balik dalam keadaan selamat dan sihat walafiat. 

So harini pergi la membeli belah sedikit lepas satu tempat satu tempat singgah nya. Mula-mula singgah pergi makan dulu sebab perut pon dah lapar tak ada makan apa pon tengahari just makan roti sardin yang ayah beli pagi tadi. Makan tu je la. Decide la nak makan kat mana dalam keta mak on je. Ke pizza la makan tengahari tadi. Lagi pon dah lama tak makan pizza kan. 

Lepas perut pon dah penuh semua dah kenyang singgah kedai bata sebelah kedai pizza. Mak aku nak pergi beli kasut nak bawak pergi umrah nanti. Nak cari selipar yang ringan katanya. Nasib baik la jumpa dan bekenan. Cuba-cuba terus beli. Dah dapat selipar nye ke tesco manjung la kita sebelum tu singgah ke farmasi nak beli ubat-ubatan nak bawak ke mekkah nanti. Baru la ke tesco singgah sembahyang asar then shopping time. 

Bukan beli apa sangat pon beli barang keperluan masing-masing jer. Makanan tak ada beli sangat pon just beli kokocrunch, susu, chocolate 3 in 1 tu je la aku rasa. Lain semua barang mandian la bagai. 


No comments:

Real Time Web Analytics