Friday, January 2, 2015

The best video & poster

Apa yang "the best video & poster" nie?? sem nie aku ada amik subjek thinking skills a.k.a kemahiran berfikir. Aku kena buat satu assignment iaitu satu poster dan satu video yang berkaitan dengan kemahiran berfikir. So satu kumpulan kena ada 10-15 orang. Tapi dalam kumpulan ada hanya ada 9 orang jer. Alhamdulillah ahli tak ramai sangat pon kerja tetap jalan dan dapat disiapkan. Kitorang decide satu tajuk tentang Animal abuse a.k.a penderaan haiwan.

Kenapa kitorang pilih tajuk nie tak tau la sebab penderaan haiwan nie terlalu berleluasa dia seluruh pelusuk dunia keran penderaan haiwan nie tak ada undang-undang atau tindakan yang diambil. Okey berbalik pada tajuk entry. Assignment membuat poster dan video nie diberi tempoh selama 10 minggu untuk disiapkan. Poster tu memang sepenuhnye aku yang reka dan aku yang buat. Video pulak satu kumpulan yang buat. Dalam video tu kitorang kena buat satu persembahan tak kisah la cara macam mana kita nak sampaikan tentang tajuk assignment yang kita pilih. Kitorang memilih untuk belakon dan interview orang. 

10 minggu dah berlalu dah submit assignment. Lecturer bagitau kumpulan mana yang the best poster & video akan dapat award. Tak sangka la pulak video kitorang antara yang terbaik sebab terpilih lecturer kata kitorang kreatif sebab belakon. Poster tu pulak ikutkan kitorang pon dapat award jugak tapi lecturer kata pilih salah satu sahaja samada video atau poster. Kitorang pon okey jer.

Terima kasih dan tahniah kepada kawan-kawan kerana telah bekerjasama menyiapkan assignment ni. Walaupon buat video dalam satu hari dalam keadaan hujan kena tebal muka temuramah orang tapi berbaloi usaha kita. Good Job! Aku dapat share gambar je video tak lepas nak upload nanti dapat upload aku bagitau korang.


aku tunjuk kan hasil tangan aku mengedit poster. original idea daripada aku sendiri.

ni la kumpulan aku tak cukup forum haritu. semua sekali ada 9 orang. yang tengah pakai selendang hitam tu la lecturer kitorang puan syamimi sangat sporting dan baik sangat.

amik gambar dulu dengan poster. tu la hadiah yang kitorang dapat.

 

No comments:

Real Time Web Analytics