Tuesday, February 17, 2015

Makan besar

Cerita lama tertunggang baru ada masa dan rasa nak bercerita. Cerita yang minggu lepas bile aku pergi KL yang aku cerita pergi rumah kakak aku tgk MLM separuh akhir. Keesokkan nye rumah makcik aku dekat bandar tun razak ada buat kenduri arwah. Kenduri nya lepas zohor kitorang pon sampai elok orang nak mula makan. Makan sembang lepak gitu gini selesai semua gerak terus ke shah alam ada birthday party kawan kakak aku. 

Birthday party nye start pukul 3.00-6.00p.m. Birthday party nie buat dalam satu rumah kedai yang kedai tu memang untuk disewakan buat apa-apa event macam sambut birthday party nie. Birthday party nie meraikan kelahiran anak dan mama nye, Emran Hamzah & Elmira Azlan. Yang di jemput orang tertentu je aku terjoin sekali sebab aku naik satu kereta dengan kakak aku maka nya aku pon nak tak nak kena la join. Tidak la private party sangat.

Tema birthday party tu construction macam ada lorry, tools, etc. Best birthday party macamtu ada permainan untuk kanak-kanak. Tak adala budak-budak boring sementara makpak sibuk menyembang. Adala jugak aktiviti anak-anak. Habis je birthday party ke masjid shah alam singgah semayang asar dekat sana. Habis semayang asar terus gerak balik sebelum balik tu isi perut dulu pekena ikan bakar dekat area puchong. Nama kedai nye, Ikram Mikael Ikan Bakar, Puchong Gateway. Makanan lautnye sedap dan besar-besar pulak tu. Memang puas hati la kalau nak ajak makan malam dengan keluarga.Tempat pon selesa. 

Perut kenyang bergerak pulang balik rumah kakak aku dekat seri kembangan. Dekat je daripada kedai ikan bakar tu tadi. 

lama dah tak join birthday party gini. tu la tema yang aku cakapkan.

ni 1st time aku datang masjid shah alam. sesat weyh dalam nie semata-mata nak cari toilet jer.

menu makan malam aritu. sedapkan.
 
ikan siakap bakar

ikan siakap masak steam

kangkung goreng belacan

lala masak lemak cili api

sotong goreng tepung

ketam masak sambal

udang goreng butter

No comments:

Real Time Web Analytics