Saturday, April 11, 2015

Kelajuan internet

Seronok kan bile dok dekat tempat yang kelajuan internet nya tiada batasan. Fuhhhh. Aku la orang paling seronok dan gembira masa tu bukan aku je rasa macam tu korang pon rasa benda yang sama apa yg aku rasakan. Kenapa aku bangkitkan isu macam ni sebab aku nie masih bergelar seorang pelajar masalah inernet dengan pelajar tak dapat dipisahkan. Tapi bila cuti mid sem / cuti sem masa tu syurga internet laju nye masyaallah tak terkata tapi kadang ada masalah jugak. 

Bile internet dah laju depan mata macam-macam benda la rasa nak buat download movie la, online movie la, streaming tv la, download lagu la, cari assignment la, download nota dan lain-lain. Kan seronok kalau setiap univesiti atau di setiap kolej kediaman menyediakan kemudahan seperti ini untuk memudahkan pelajar melayari internet. Macam aku sebagai seorang blogger nak dapat update blog pon payah. Tunggu ada mood dan ada internet yang laju macam sekarang. Sebab sekarang aku berada dirumahku syurgaku. 

Kalau nak dapatkan internet kat Uni aku memang payah ko kena rajin gigih kena pergi perpustakaan atau mencari mana-mana tempat yang menggunakan Wifi atau internet yang laju dan boleh dikatakan untuk korang senang buat kerja yang menggunakan internet. Memandangkan aku dah lama tak update blog aku nie banyak benda sebenarnya aku nak cerita. Tapi aku ringkaskan jela dalam entry yang nie. Jom tengok aktiviti aku sepanjang tahun nie. 

nie masa aku cuti sem lepas seingat aku masa 14/2/2015 aku dipanggil untuk sesi photoshoot ephyra aku pergi la join kebetulan haritu tu jugak ada perlawanan bowling dengan keluarga haji moktar.

lepas habis tournement. buat tournement nie dekat metro in kajang. malam tu pulak ada makan-makan nasi arab kambing golek dekat rumah pakcik aku.
nie tak silap aku masa 7/3/2015 sukan antara ppk. nie gambar pasukan bola tampar perempuan dari ppkkp.

habis je sukan kita pergi berjimba ke jitra kedah tak jauh pon dari perlis setgh jam perjalan je. lepak makan sama hari pon nk senja singgah sekejap dekat tasik darul aman naik itik lepastu balik.

yang nie pulak reunion kecik dengan bekas diploma dulu nie je yang tinggal yang masih belum habis dan bakal habis dan tgh sambung belajar. masa nie 12/3/2015 kitorang lepak makan sembang dekat kfc arau jer.

then hari kelahiran ku 13/32015 kepada kawan-kawn terima kasih untuk kek birthday dan celebration nie. sangat menghargai jasa korang. love u all.

No comments:

Real Time Web Analytics