Saturday, April 11, 2015

wedding fahmee

Menghadiri jemputan kawen kawan aku masa SM Teknik Seri Iskandar dulu. Kebetulan bakal bini dia orang bagan serai dapat la aku hadirkan diri dan memeriahkan majlis. Aku pulak masa tu ada dekat perlis dan kebetulan pulak budak rumah aku memang orang sana so senang la aku nak kesana sebab kawan aku boleh tunjuk kan jalan aku memang tak tu tempat tu dan memang pertama kali aku sampai bagan serai. 

Alhamdulillah sampai jugak aku dekat majlis tu. Kawan aku yang kawen ni nama nye fahmee. Nikah dan resepsi sebelah perempuan hari yang sama pada 28/3/2015 (sabtu). Jam 10.00pagi akad nikah dan jam 1.00tgh bersanding. Aku sebenarnya dah lama tak jumpa dengan fahmee nie tau-tau je dia nak kawen dah dia ada invite aku dekat facebook ke majlis perkahwinan nya. Dan rezeki aku dapat jumpa dengan dia selama 8 tahun baru jumpa balik. Last kitorang jumpa masa tahun 2007 tak silap aku. 

Jumpa fahmee nie perangai dari zaman sekolah sampai la sekarang sampai dah sah jadi suami orang pon masih tak berubah perangai nye. Perangai yang suka buat lawak dan tak pernah nak serious. Tapi alhamdulillah semuda 25 tahun kau telah berjumpa dengan jodoh ko yang aku rasa sangat sesuai dengan ko. Ucapan dari aku untuk korang berdua selamat pengantin baru semoga perkahwinan korang kekal hingga ke syurga. Selamat melayari bahtera perkahwinan. 

ini la pengantin perempuan nya nurbaizura. alhamdulillah sudah pon bergelar seorang isteri.

nie la kawan aku fahmee. gambar baru lepas akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.

pembatalan air semayang.

bersanding sama padan sama cantik diorang berdua nie.

diorang nie bercinta sejak dari zaman plkn lagi masa tu tahun 2008 hampir 8 tahun diorang bercinta. setia jugak kawan aku sorang nie.

aku happy tengok kawan-kawan aku happy. tahniah sekali lagi..

No comments:

Real Time Web Analytics