Monday, October 19, 2015

19/10/2015 (Isnin)

7.00 a.m
Aku terjaga dari tidur lepastu aku tak boleh nak tidur balik asyik terjaga² jer. Sampai la kawan aku bangun yang semalam tumpang tidur rumah aku tu. Dia siap mandi nak pergi kelas dah pukul 8.00 a.m kelas nya. Aku pon cuba untuk tidur balik sebab kelas aku pukul 10.00 a.m pulak. ikutkan Isnin aku tak ada kelas disebabkan kelas RTS hari Selasa batal makanya ganti hari Isnin. Siap ada quiz lagi tu tau.

9.10 a.m
Aku terjaga balik dari tidur boleh jugak tidur balik tadi tapi mata nie berat betul nak terjaga. Baring bergolek pukul 9.30 a.m jugak la bangun. Berebut toilet bangun la lambat sikit sebab masing² kelas pukul 10.00 a.m. Aku kalau mandi paling lambat pon aku tetap siap paling awak dan aku akan jadi penunggu yang setia la dalam rumah tu. Aku dah siap mandi siap pakai baju siap beg semua kawan aku yang mandi awal bangun awal tadi tak keluar² bilik lagi. Jam nie dah 9.45 a.m dah. Aku tunggu kat luar pon diorang masih tak keluar lagi. 

10.00 a.m 
Baru la dapat pergi kelas. Disebab kan tunggu lift punya lama. Dok Bumita harap je ada dua lift tapi yang elok satu jer la. Tak pernah la dapat lift elok dua² dalam satu masa. Kalau elok pon sekejap jer. Sampai kelas nasib baik la kelas tak mula lagi quiz pon tak mula lagi so aku tak terlambat la maknanya. 

12.00 p.m
Kelas habis. Cadang lepas kelas nak lepak la library. Sekali plan aku bertukar sebab kawan aku motor dia masalah pulak tak boleh start. Sebab dah seminggu dah tak start nak pulak akhir² nie kat perlis nie hujan panas hujan panas tu yang mungkin sebab motor tak boleh start tu. Balik Bumita try la start balik motor tak berjaya jugak konon nak mintak tolong guard sekali guard pon tak boleh pakai la. Kitorang pon amik keputusan pergi panggil foreman dia je boleh selesai kan masalah nie. 

12.30 p.m
Sebelum nak ke bengkel makan tengahari dulu dekat chemat masing² perut dah lapar dah. Yang kawan aku ni tak ada mood nak makan paksa la jugak makan sekali. Dekat chemat tu kawan laki aku tanya kenapa motor cakap la tak boleh start dia kata boleh la dia tengok kan lepas makan. Boleh la dia tau sikit pasal motor nie. Habis makan try tengok balik motor hari pulak hujan renyai tolak motor bawah bumbung. Kawan laki aku tadi tolong tengok plug dia kot la masalah tu tapi tak berjaya nak buka. 

1.00 p.m 
Kitorang pon kata tak apa la pergi panggil foreman jer la senang. Bengkel motor tedekat pekan pauh je la. Terus shoot kesana. Sampai sana bagitau foreman motor tak boleh start dia kata okey nanti petang sikit dia datang sebab dekat bengkel dia busy banyak motor yang kena settle kan dulu baru la boleh datang bumita. Settle kat bengkel balik, balik bumita. Sementara tunggu foreman tu sampai apa lagi tidur seround dulu. 

5.15 p.m
Aku terjaga dari tidur pergi rumah kawan aku sekali kawan aku pon tengah tidur lagi la. Bangun je aku tanya tak ada ke orang bengkel tu call ke apa. Aku pon suruh call la bengkel tu takut dia lupa ke kan. Call je dia kata dalam 10minit dia sampai la. Aku pon bersiap nak teman kawan aku pergi betul kan motor dia. Tunggu sekejap orang bengkel tu pon sampai check motor apa masalah memang plug dengan kabarator masuk air. Try start motor dah okey dah sekarang. Kena la dalam RM20 tadi. Elok je betulkan motor hujan pon turun nasib baik la dah settle semua nya.

No comments:

Real Time Web Analytics