Thursday, November 17, 2016

Picnic

Sabtu lepas aku dengan kawan-kawan aku berkelah dekat tasik darul aman, jitra kedah. Saja la nak buat makan-makan sebab kawan-kawan aku tu semua last sem. Bila lagi nk buat kan. Nanti kalau hujung sem dah sibuk dengan exam lagi final year project lagi. Ni semua idea kawan aku la ida. Dia memang suka buat makan-makan nie semua. Sebab dia la tukang masaknya. Ida masak power kot sedap mati.

Hari jumaat malam tu dh start masak dah. Buat kek, cream puff. Esok nya pulak masak nasi ayam, sandwich, kentang goreng, hotdog dengan air oren sunquick. Masak malam tu sampai tak tidur la. Esok pagi bangun dah pening bangun pulak lewat masa tu pukul 12.00p.m baru bangun. 

Bangun tidur aku siap nak ke arau beli baranh sikit sebab ada tak cukup. Yanh dekat rumah dah mula masak. Plan nya pukul 3.30p.m nak gerak dah tapi bangun dah lewat siap masak pon tak lagi makanya pukul 5.00p.m lebih baru gerak dari bumita. Bawak turun barang semua gerak terus ke jitra. Dalam pukul 6.00p.m sampai tasik. Orang hari tu punya la ramai. Yela sebab hujung minggu nasib baik la ada tempat yg sesuai untuk berkelah. 

Sampai je tasik cari parking setting tempat semua masing-masing dah lapar simpan perut dari pagi. Petang baru dapat makan tu pon dh lewat baru dapat makan. Tapi alhamdulillah la semua plan menjadi. Sebenarnya picnic tu nak meraihkan birthday kadok dengan angah sebab selalu diorang je sambut birthday ida kali ni ida pulak sambut birthday diorang. Sesi bergambar bagai baru la dapat makan dengan tenang. Masing-masing dah kebulur. Dapat makan senyap terus. 

Lepak pon tak lama bergambar pon tak banyak sebab hari dah nak maghrib. So habis je makan terus balik bumita dengan perut kenyang. Alhamdulillah.




No comments:

Real Time Web Analytics