Saturday, August 21, 2010

Kecoh Betul


baru je dapat movie nie pagi tadi masa sahur dengan member. dia asyik tanya aku dah tengok ke belum cerita nie. aku mana la nak senang download cerita kat UniMAP nie. semua nye nak kena block. so aku pon amik dari member senang sikit. pastu pas sahur aku layan la. tu yang tak tido-tido tu dok layan cerita nie. menarik jugak cite nie. ada lawak nyer. ada pengajaran nye cerita nie. korang tengok la. tak boring la kalo tengok cerita nie.

sinopsis kecoh betul
KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.

Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.

Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana . Belon yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.

Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang.

Mampukah mereka menyelamatkan Dayana? Mampukah mereka mendapatkan wang untuk melunaskan hutang-hutang mereka? Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini?

Semuanya menjadi kecoh, betul punya kecoh dan anda dapat merasai kekecohannya dengan menonton KECOH BETUL

4 comments:

miSs nAdia (。◕‿◕。) said...

salam singgah menyinggah. moh ler kite komen mengomen. :)

amal_fc1303 said...

okey tak ada hal punye la. thankx walking blog saya.

alyyani said...

apsl la ko suka tgk cite bukan bukan ni. dari ko download cite ni, baik ko tolong aku download greys' anatomy season 6 :D

amal_fc1303 said...

la ko nk ker. ko xpenah ckp kat ina pon ko nk citer. boleh jer. nk subtitle skali ker?

Real Time Web Analytics