Monday, October 11, 2010

12 maut tragedi lebuh raya

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.













Senarai nama mangsa nahas kemalangan ngeri

Berikut adalah senarai nama mangsa terbunuh dan cedera dalam kemalangan melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, semalam.
Meninggal dunia
---------------------------
1. Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung (Kg.) Pondok Kempas, Selandar, Jasin
2. R. Ramachandra, 52, Kg. Tengah Klebang
3. Muhammad Farizuddin Talib, 19, Batu 3 Balai Panjang, Melaka
4. Azizi Aziz, 20, Kg. Gapis, Jasin
5. Cin Phwa Tuang (Myanmar)
6. Pau Khaw Tual, 29, (Myanmar)
7. Kam Khaw Tual, 18, (Myanmar)
8. Sherene Sofea Fabzry Tan, 18, Taman Semabok Perdana
9. Nur Shapika Baba, 19, Pokok Mangga, Melaka
10. Ng Sok Kuan, 52, Batu 10 1/2 Sungai Udang, Melaka
11. Goo Chuan Heng, 34, Taman Maju, Batu Pahat, Johor
12. Pang Shi Moei, 57, Taman Segar, Segamat, Johor
Cedera
------------
1. Umar Yusop, 31, Bukit Palah, Melaka Pemandu bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2. Rohana Che Ya, 42, Jalan Rambai Jaya, Melaka (penumpang bas Delima)
4. Nur Afiqah Abd. Rahim, 18, Jalan Seri Terubung, Melaka, (penumpang bas Delima)
5. Tan Gin Rong, 18, Taman Merdeka Jaya, Melaka (penumpang bas Delima)
* 6. Siti Meriyam Othman, 51, Taman Rambai Jaya, Melaka (penumpang bas JKM)
* 7. Noor Hafizah Abd. Razak, 21, Taman Seri Emas, Melaka (penumpang bas Delima)
8. Nur Shahila Abdullah, 25, Taman Melati, Setapak (penumpang bas Delima)
9. Kok Ai Wah, 41, Taman Maju, Batu Pahat, Johor (penumpang van)
* 10. Norela Daud, 53, Taman Rambai Jaya, Melaka (penumpang bas JKM)
* 11. Lin Siew Ling, 46, Jalan Gajah Behrang, Melaka (penumpang bas Delima)
12. Chin Sie Ni, 18, Pangsapuri Malim, Melaka
13. Tok Yue Hui, 23, Taman Cheng, Perdana, Melaka
* 14. Lim Wee Kiong, 23, Taman Cheng Perdana, Melaka
* Rawatan pesakit luar

2 comments:

haru said...

mmg seram aku dgr psl bnda nie..seriau aku..

mintak2 la jaouhh

amal_fc1303 said...

tu la pasal nyer. risau gak nie nak g penang weekand nie.

Real Time Web Analytics