Monday, October 11, 2010

lepak jitra

6.10 (khamis) lepas aku dah plan dengan kawan lama aku (didie) zaman smka dulu ajak jumpa dengan dia. kitorang selalu je plan nak jumpa tapi tak penah pon menjadi. time aku busy dia free pulak. time aku free dia pulak yang busy. akhir nya berjumpa jugak  kitorang setelah hampir 5 tahun tak berjumpa. last jumpa pon masa f3. tu pon masa amik result pmr pon tak jumpa jugak dengan dia. ye la masing-masing result tak berapa nak okey. nak-nak pulak kitorang last kat smka time f3. lepas masing-masing pindah sekolah. aku masuk teknik kawan aku sekolah kebangsaan biasa. habis sekolah lepas spm pun tak jumpa-jumpa gak. walaupon kitorang duduk senegeri tapi masing-masing duk jauh. aku duk bota kawan aku lak duk langkap. 

aku lepak dengan didie dekat alor star dengan jitra. kebetulan pulak kitorang nie study dekat-dekat kawan aku study ipda, jitra aku pulak UniMAP, perlis. so kitorang decide jumpa dekat tempat dia la senang. sebab kedah macam-macam ada banding dekat perlis nie. aku g alor dengan kawan aku faris & niniey. kebetulan diorang pon nak g alor star jugak. aku just follow je la. aku tunggu kawan aku dekat pacific. so di situ la pertemuan buat kali pertama setelah 5 tahun tidak berjumpa. dia tak la datang sorang dia. dia datang dengan kawan dia 2 orang dak ipda jugak. kawan-kawan dia pon baik sporting. friendly la diorang.

sebelum gerak balik ipda lepak jalan-jalan dulu dekat pacific. aku g minum makan dulu. lepas tu g popular usya-usya novel dulu. yang didie ingatkan aku balik dengan novel yang penah diceritakan oleh uya dulu masa zaman f3. novel tu sekarang baru dijual so aku berminat aku beli la 1. itu baru satu ada lagi sambungan nya tapi tak ada pulak dekat popular masa tu. so ke jitra mall la nanti cari sambungan novel tu. aku nie bukan la gila novel pon. mana novel best ngan sempoi-sempoi aku beli la. kawan-kawan didie pon tak ketinggalan beli gak novel. ha diorang nie ye memang giler novel.


lepas habis pusing pacific terus balik jitra. sebelum nak sampai ke ipda singgah pasar malam beli makanan untuk makan malam. aku beli oblong dengan jagung bakar jer. memang best la makanan kat situ. besar dan meriah pasar malam nyer. macam-macam makanan ada. dah beli semu makanan  gerak terus balik ipda sebab masa tu dah maghrib. time maghrib tak elok kuar sangat. so aku bermalam di hostel ipda. aku teruja sangat-sangat dengan hostel nya sebab satu bilik dua orang dan bilik yang sangat luas dan selesa. hostel dia pon cantik. mana tak nya baru 1 tahun je hostel tu. puas hati la boleh la aku datang lepak sana lagi. 

malam tu sebelum tido sembang-sembang la dulu. maklum la lama tak jumpa. so macam-macam story la kuar. cerita pasal kawan-kawan. pasal senior nie senior tu junior nie junior tu. memang ingat-ingat balik zaman sekolah memang lawak la. gelak pecah perut aku di buat nya. cerita pasal tempat belaja masing-masing pon ada. maklum la life maktab dengan U nie lain sikit kan. aku lepak ipda sampai hari jumaat jer. kalo didie tak busy sabtu memang aku lepak sampai sabtu. maktab dia pon busy dengan gerko masa tu. tak apa la janji dapat jumpa dengan didie.

hari jumaat pulak kedah cuti kan. aku perlis mana la cuti. so aku tak ada kelas tu pasal la aku lepak dengan didie dekat jitra. pagi tu sebelum g jalan-jalan aku jumpa dulu sorang lagi geng f8 aku study ipda juga. uya nama nya. nak kata banyak perubahan biasa je dia kering dan keding seperti dulu jugak. cuma ada gelap sikit sebab dia amik pj dekat ipda. so dia dengan padang memang tak dapat dipisah kan. aku jumpa dia baru nie pon sibuk dok pantau gerko. sembang ada la dalam beberapa minit pastu gerak terus ke jitra mall. dekat jitra mall dapat  lagi 1 novel sambung untuk novel yang aku semalam nya tu.

lepas pusing-pusing jitra mall elok je pas zohor gerak pacific balik. makan tengahari di sana. aku belanja didie dan kawan-kawan nya makan McD maklum la kat alor setar je ada McD tempat aku perlis mana la ada McD nie. yang kawan aku si uya nie birthday dia baru je lepas 30.9 aritu so dia demand dekat aku dengan didie nak present birthday. dia mintak topi tapi nak berjenama la. adidas ke nike ker. so pusing la kitorang mencari topi dia. butik pon tak banyak dalam pacific tu. so cari la mana yang ada. akhir nya jumpa jugak. pas shopping topi uya balik terus. sebab masa tu pon dah lewat takut tak ada bas. aku balik naik bas jer. kira okey la tu ada gak bas. didie hantar aku ke shahab perdana aku naik mara liner kol 5.30 p.m.

kalo dah naik bas berenti-berenti nie paham-paham je la. perjalan sejam dah jadi 1jam setengah. boleh sampai ke penang dah aku rasa. tapi tak apa sampai juga aku ke kangar. dekat kangar kawan aku. iema amik aku dekat sana. sebab nak tunggu bas UniMAP dah lambat kol 10 p.m baru ada bas. pas maghrib gerak balik kuala perlis. singgah makan jap iema pon lapa. sebelum balik KKF iema ajak aku makan cucuk-cucuk dekat tepi pantai. kol 9 p.m balik KKF. 

thankx faris tumpang kan aku sampai alor star. didie pulak thankx ajak aku tido lepak ngan kawan-kawan ipda ko. korang memang best la. last but not least to iema my housemate amik aku dekat kangar n belanja makan.


nie la kawan didie sida & ida. roomate dia dengan kawan ipda dia. best la korang. dua2 kelantan mari.

nie la kawan aku didie yang bebel kan dari tadi. nie dekat McD pacific.

2 novel yang aku beli minggu lepas. yang di promote oleh kawan aku.

 novel tunas yang dikarang oleh Hlovate.

aA+bB nie pulak sambungan daripada novel tunas.

berehat sebentar di tepi pantai kuala perlis dengan iema.

3 comments:

Nine said...

pacific best, nine suka ...

amal_fc1303 said...

semua pon best nine nie.

Anonymous said...

Отличная статья! большое спасибо автору за интересный материал. Удачи в развитии!!! :)
--
http://www.miriadafilms.ru/
[url=http://mpeg4.com.ru/index.shtml]Вестерны скачать[/url]

Real Time Web Analytics