Thursday, April 14, 2011

lab decoder 7-segment

Salam kepada blogger diluar sana. petang yang indah dan mulia ini aku nak post satu entry aku pasal apa yang aku belajar selama aku duduk dekat perlis nie. sapa yang kenal aku tu tau la aku belajar dekat mana amik course apa dekat perlis nie. dekat perlis nie ada 2 je ipta iaitu UniMAP & UiTM. aku study dekat UniMAP amik diploma computer engineering. 

Mesti korang tertanya-tanya apa la subjek yang ada dalam course aku ni. selama aku belajar course nie ada subjek yang menarik dan ada subjek yang tak menarik untuk aku belajar. tapi nak tak nak kena la belajar semua dan terpaksa la mmeminat kan semua subjek. computer eningineering nama course dah gempak student dia mesti gempak gak kan. aduhai lemah. korang jangn pikir sangat la macam tu. tak semesti nye nama course je power budak pon power weyh. depand pada usaha masing-masing.

Course aku nie nak dikatakan menarik, menarik la jugak daripada tak menarik nyer. ada certai-certain subjek yang aku suka sejak aku belajar course nie antara subjek yang aku suka setakat nie basic communication, digital system 1, engineering drawing & basic engineering. nie je la kot subjek yang menarik minat aku setakat nie la. yang lain bukan tak best, best tapi payah nak paham. 


Okey sem nie aku amik 3 subjek jer. semua sekali ada 8 kredit. subjek yang aku amik sem nie data communication & networking, digital system 1 & engineering entrepreneurship. so digital system 1 subjek favourite aku sem nie sebab nya senang, mudah paham, menarik, seronok belajar subjek ni, belajar dengan relax & lecturer yang sangat sporting. yang menarik nye lagi bila time lab pergh memang best la sebab dapat connect circuit sendiri bagi nyala LED & 7-segment. alhamdulillah semua lab lepas aku boleh buat dapat signature lecturer. hope carry mark aku untuk subjek nie berbaloi-baloi la dengan usaha aku. amin..

So aku nak share la sikit dekat korang dekat luar sana apa yang aku buat lab digital system selasa lepas. dok dalam lab dari pukul 10:30 - 1:30 p.m baru la boleh demo dekat lecturer. see berapa jam baru siap lab tu 3 jam baru siap alhamdulillah berbaloi dan dapat hasil nya. aku share gambar dekat bawah nie. gambar bawah nie buat lab pasal decoder 7-segment.

display number 0

display number 1

display number 2

display number 5

ha yang nie sepatut nye display number 6 tapi cacat sikit ekor atas tu tak nyala

display number 8

ni schematic diagram untuk connection circuit

yang nie paling mahal signature lecturer dapat demo dapat la sign ni

No comments:

Real Time Web Analytics