Walaupon hari guru dah lama lepas. tak lama jugak la baru je 3 hari lepas yang disambut pada 16.5.2011 (isnin) dan disambut di semua sekolah di seluruh malaysia. sapa yang masih berekolah masih merasa kehangatan hari guru. yang dah lepas sekolah pulak merindui zaman menyambut hari guru sama juga dengan aku yang merinduikan zaman sekolah dan cikgu-cikgu sekolah serta sambutan hari guru.
Bila hari guru yang paling best cikgu-cikgu la kan sebab terasa diri nye dihargai dan diingati. kalau macam aku nie honestly aku tak ingat dan tak ada sorang cikgu pon yang menambat hati aku masa zaman sekolah dari sekolah rendah sampai la aku ke sekolah menengah. sorry la cikgu-cikgu. bukan la tak ingat tapi ingat gitu-gitu je la.
Kalau korang nak tau parents aku dua-dua nya cikgu tau. so ramai la kan anak murid mak ayah aku nie. dari zaman sekolah menengah sampai la diorang dah keje masih lagi ingat dekat mak aku nie. masih lagi wish happy teacher's day. wish je pon dah buat cikgu rasa happy dan dihargai tau. punye seronok tu bercerita la anak murid zaman ngajar dekat mahad mesej wish teacher's day. tak ke seronok tu. rugi la cikgu-cikgu yang dapat anak murid macam aku nie tak wish pon dekat diorang. ater nya macam mana nak wish no diorang pon aku tak ada.
Asal la aku tetiba je story pasal hari guru nie sebab tadi pukul 1.30 - 3.30 p.m aku terpacak depan tv tengok cerita melayu lama tak layan sebab tajuk nya menarik dan pelakon nya pon menarik. tajuk cerita nye lilin yang terbiar. dalam hati aku nie mesti cerita pasal hari guru nie. memang betul pon. cerita yang sangat menyayat hati. serius aku tengok cerita nie meleleh air mata aku.
kisah pasal budak laki yang nakal, hafeez masa zaman sekolah dan membeci seorang cikgu disiplin, cikgu mokhtar yang suka menyibuk hal dia. sehinggakan hafeez membalas dendam kepada cikgu mokhtar yang menuduh cikgu mokhtar la meyebabkan kematian ayahnya. sehingga suatu hari kawan baik hafeez iaitu lokman datang kerumah dan memberi kata semangat untuk hafeez berubah. dah sehingga hafeez berjaya dan sekarang nie hafeez sudah pon bekerja dan menjadi seorang guru disiplin di sekolah dia.
So daripada cerita yang aku share dekat korang nie mungkin ada yang teringat zaman kenalan diorang masa zaman sekolah dulu buat nakal dengan cikgu-cikgu ke mintak ampun mintak maaf la korang dekat cikgu-cikgu korang tu. tanpa diorang siapa la kita sekarang nie.
Kalau korang nak tau aku dulu mendapt pendidikan awal di beberapa buah sekolah.
- SK Convent Kajang darjah 1-3 (1997-1999)
- SK Bota kanan darjah 4 - 6 (2000-2002)
- SMKA Slim River tingkatan 1-3 (2003-2005)
- SMT Seri Iskandar tingakatan 4 - 5 (2006-2007)
Dalam empat buah sekolah yang aku dapat pendidikan di sini ada cikgu yang masih aku ingat nama dan ada yang aku tak ingat nama. dan ada yang cikgu masa kenal nama aku dan ada mungkin dah tak kenal or cam aku tu aku tak kisah la sebab aku pon ingat-ingat lupa cikgu-cikgu aku nie. pape pon masih belum terlambat untuk aku wish selamat hari guru kepada cikgu-cikgu di seluruh malaysia especially to my parents happy teacher's day tanpa diorang siapa la kita harini. layankan je la gambar aku zaman sekolah dulu.
masa aku form 4. kelas 4PKA1 guru kelas cikgu junidah dan cikgu rohanizah. cikgu junaidah mengajar aku sejarah cikgu rohanizah mengajar aku bahasa melayu. |
masa aku form 5. kelas 5PKA2 guru kelas cikgu kamal dan cikgu nazri. cikgu kamal mengajar aku bahasa melayu cikgu nazri mengajar aku lukisan kejuruteraan. |
No comments:
Post a Comment