Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah & Selamat Hari Lahir Mak

Semalam seluruh umat islam telah menyambut tahun baru bagi tahun hijrah iaitu bersamaan 1 syawal 1434H. Dikesempatan itu saya ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah 1434H. Dan semalam juga merupakan hari kelahiran mak aku yang ke 55 tahun. So kitorang satu family plan nak celebrated birthday mak semalam dekat Horizon Garden Restaurant, Seri Manjung. 

Before nak keluar celebrated makan tu ada la beberapa kejadian yang berlaku. Sebelum masuk waktu maghrib yang laki-laki disuruh ke masjid untuk mengimarahkan lagi bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. Lepas isyak baru nak gerak pergi celebrated birthday mak. Dekat restaurant tu dah siap booking awal dah siang tu. Datang makan je nanti. 

Lepas habis waktu maghrib yang si abang aku, ainal dengan adik aku, yan balik rumah kejap. Apahal la. Gaya nya memang la sangat rushing sebab kata nya nak pergi beli kek. Tak ada tempah-tempah pon beli on the spot. Beli pulak nun jauh di secret recipe, seri iskandar. Aku pikir dah ingatkan ke sitiawan ke beli kek nya sebab lama bebenor sampai ayah aku dah balik surau lepas isyak dah diorang tak balik-balik lagi. Kitorang yang ada siap-siap la nak keluar dah. Dah siap kunci pintu dah dh start enjin kete nak gerak dah nasib baik ayah aku call diorang pon ngam-ngam je sampai rumah time tu memang dah nak gerak. Yang balik dari surau tu nasib la ye keluar dengan berkain pelekat berbaju melayu bersongkok. Habis tu nak cepat sangat. Booking dekat sana janji pukul 9.00p.m sampai nak dekat pukul 10.00p.m. 

Tak apa la makan bukan lama pon. Restaurant pon tutup pukul 11.30p.m. Tak ada la time tu orang ramai sangat.Orang pon pakat nak balik dah time tu. Elok je sampai memang parking depan restaurant tu macam tau-tau je kan kitorang nak datang elok je ada. Masuk restaurant memang sudah di reserve kan untuk kitorang atas nama ayah, anuar. Menu yang diorder semua nya oleh abang aku, akmal. Menu malam tu nasi putih, ikan stem bot, sotong celup tepung, ayam goreng dengan somtam, kangkung masak belacan dan tom yam campur. Kalau nak makan kat situ sesuai la bawak family. Sebab style order nya ada set-set. Memang berbaloi, sedap dan murah la. Diorang la cakap. Jom tengok apa yang diorder malam tadi. Sangat sedap dan sangat berpuas hati. 

destinasi yang dituju. disini la letak nya horizon garden restaurant. sapa orang manjung tau la tempat ni.

meja sudah di reserve kan untuk kitorang atas nama ayah aku, anuar

sebelum kita makan ayah membaca kan doa selamat sempena menyambut kedatangan tahun baru dan sempena menymbut kelahiran mak aku yang ke-55 tahun. 

ni abang aku, ainal dia sibuk la dok twitter sampai habis battery hone nya

nie pulak abang aku, akmal dia la tukar orderkan menu untuk malam tadi

nie la meal kitorang dinner tadi. lima lauk je dalam satu set. nak tambah order pon boleh.

nie katanya ikan steam bot tapi lain cara masak nya. memang sedap la. air yang dia kasi dalam set green tea korang paham la air tu rasa apa. tu yang order air lain tu. 

kek untuk mak aku dari secret recipe nama kek nie turkish indulgence baru nie. 1st time aku makan weyh. 

meja makan kitorang meja kedua daripada pintu dekat dengan kaunter pembayaran

yang diraikan mak, rokiah binti mustafa

carrot susu

ice blended cappucino

apple juice

watermelon juice

nie la nama restaurant nye

sempat bergambar before balik. nie je yang ada yang dh bekeluarga tak dapat nak join

aku pon nak juge.

kitorang datang memang dah lewat so restaurant pon dah letak sign CLOSE.

No comments:

Real Time Web Analytics